[ 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 #1 ]
[ DALAM PROSES PEMBAIKAN ]
Dalam prosesnya untuk menyelesaikan misi, Mo Yue Yue malah diserang oleh musuhnya. Disaat ia tahu ia sudah menjumpai jalan mati, tanpa tersengaja, ia tersentuh buku terkutuk yang akan memb...
Kini mereka berada di sebuah bilik yang kelihatan usang. Bahkan, Pintunya juga kelihatan seperti ingin tercabut. Pokok-pokok yang ada di sekitarnya juga layu dan mati.
Saat mereka masuk ke dalam, habuk-habuk mula berterbangan mendekati dan menjauhi mereka. Ada juga beberapa tempat di dalam bilik usang itu dipenuhi dengan daun mati yang mungkin masuk ke dalam bilik itu melalui tingkap yang terbuka luas itu.
"Disini"
Ia memandang ke arahnya, sebuah pintu rahsia tiba-tiba terbuka dihadapannya.
"Sebentar lagi Mereka akan tiba" ujarnya sambil menundukkan kepalanya ke bawah.
"Aura yang kuat. Kau perlu berhati-hati"
"Aku tahu"
Tanpa membuang masa mereka pun berjalan masuk ke dalam tempat rahsia itu. Tidak lama setelah mereka masuk ke dalam, Pintu itu pun tertutup sendiri.
Pengawal yang membawa mereka itu memandang mereka dengan tatapan yang dingin. "Silakan."
Mereka berdua hanya mengikuti langkahnya dengan perlahan, semakin jauh mereka berjalan, semakin kuat aura yang mereka rasakan itu.
-
"Terima Kasih kerana sudi datang ke Majlis ini. Beta amat menghargai kedatangan kamu semua disini, semoga kita berjumpa lagi dan kamu boleh bersurai." Ujarnya sambil tersenyum kecil.
Mendengar ucapan penutupnya itu, Yue Yue pun mengeluh perlahan. Akhirnya, hari yang memenatkan itu sudah berakhir.
"Aa, akhirnya semua sudah berakhir." Ujarnya sambil memandang Bai Feng yang ada disebelahnya itu.
Pada saat itu, Raut wajah Bai Feng seperti sedang berfikir sesuatu.
"Bai Feng?"
Sudah berkali-kali ia menyebut namanya namun dia tetap tidak menjawab panggilan Yue Yue itu.
"Bai Feng??"
Disebabkan tiada reaksi dari panggilannya tadi. Yue Yue pun menepuk perlahan bahu Bai Feng itu dan hal itu berjaya membuatkan bai Feng tersedar kembali.
Yue Yue memandang wajah Bai Feng buat seketika lalu dia kembali memandang ke hadapan. Dia tahu Bai Feng masih berfikir sesuatu.
Dengan langkah yang perlahan, mereka berjalan keluar dari aula utama Istana Langit itu. Namun langkah Yue Yue terhenti apabila kepalanya secara tiba-tiba berdenyut kuat.
"Cik Muda?!"
"Yue Yue?" Bai Feng menahan badan Yue Yue dari jatuh ke lantai. Yue Yue memegang kepalanya yang masih berdenyut-denyut itu.
Dalam masa yang sama, dia juga seperti terdengar suara seseorang yang sedang memanggil namanya dengan kuat.
Itu bukan suara Bai Feng mahupun Xiao ba atau Cui Ling.
"YUE YUEE !!!"
Yue Yue sudah tidak dapat menahan denyutan itu, tanpa dia sedari dia pun pengsan di pangkuan Bai Feng.
"CIK MUDAAAAA!!!"
"YUE YUE?!" Bai Feng mengangkat badan Yue Yue yang tidak menyedarkan dirinya itu.
Melihat Yue Yue secara tiba-tiba tidak menyedarkan dirinya, Dia pun berlari menuju ke arahnya.
"Permaisuri Chua.." Maharaja Tian berlari mengejar Permaisuri Chua yang secara tiba-tiba berlari menuju ke pintu Aula Utama itu.
"Kenapa dengannya?" Permaisuri Chua memandang Bai Feng dengan raut wajah yang kerisauan.
"Maaf kerana menyusahkan Permaisuri Chua tetapi bolehkah Permaisuri memanggil tabib?"
"Boleh, Tentu saja boleh" Tanpa membuang masa, dia pun menyuruh pengawal yang ada berdekatan itu untuk memanggil tabib.
"Sediakan Bilik Sekarang!!" Arahnya sambil memandang Yue Yue yang tidak menyedarkan dirinya itu.
"Terima Kasih Yang Mulia Tian dan Permaisuri Chua" ucap Xiao ba sambil menundukkan sedikit kepalanya.
Maharaja Tian dan Permaisuri Chua hanya tersenyum manis membalas ucapan terima kasih daripada Xiao Ba itu.
-
"Yue Yue!!"
Yue Yue membuka matanya lalu dia memandang sekelilingnya. Kini dia berada di sebuah hutan dan disebelah tempat ia berada itu ada aliran air sungai yang kelihatan jernih.
Yue Yue tahu tempat ini. "Kau kah yang memanggil nama aku tadi" soal Yue Yue sambil memandang ke arahnya.
Di hadapan Yue Yue ada seorang gadis yang berambut panjang dan wajahnya juga kelihatan begitu manis dan cantik.