𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐌𝐈𝐆𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐎𝐔𝐋: 𝐘𝐔𝐄 𝐘𝐔𝐄
Semenjak kejadian Yue Yue diculik oleh Longyan walaupun sebenarnya dia bukan menculiknya. Bai feng telah menambahkan lagi pengawal dan pembantu untuk menjaga dan memastikan keselesannya selama di Istana Long itu terjaga.
Yue Yue duduk di tepi tingkapnya lalu dia membaca buku yang baru saja ia ambil dari Library Istana itu. Walaupun buku itu kelihatan sudah lama tetapi entah kenapa Yue Yue tertarik untuk membacanya. Tanpa menunggu lama, ia pun membaca kandungan buku tersebut.
Di dalam buku itu, Ia menceritakan tentang buku suci yang terletak di Kerajaan Langit. Buku Suci itu dikatakan memiliki kuasa yang mampu membuatkan seseorang itu menjadi terkuat di dunia dewa dewi. Namun sayang, Buku itu telah diambil oleh seseorang yang misterius. Sehingga kini, buku suci itu sudah tidak ditemui oleh sesiapa lagi.
Selain itu, buku itu juga menceritakan tentang pengontrolan kuasa Yin Yang dalam tubuh seseorang. Jadi sudah tentu Yue Yue ingin mengetahui tentang Pengontrolan Yin Yang itu daripada cerita tentang buku suci itu.
"Cik Muda Yue?" Cui Ling membuka perlahan pintu bilik Yue Yue lalu dia memandang Yue Yue yang sedang syok membaca buku yang kelihatan tua itu.
Kedatangan Cui Ling membuatkan bacaannya terhenti. "Kenapa?" Ujarnya sambil memandang Cui Ling
"oh, Ini pakaian yang Cik Muda akan pakai untuk Majlis Malam nanti." katanya sambil memandang Xiao ba yang ada disebelahnya itu. Xiao ba pada ketika itu sedang memegang pakaian yang Yue Yue pakai untuk majlis malam nanti.
"ah, aku hampir lupa tentang itu." Yue Yue meletakkan buku itu di atas meja yang ada didepannya lalu dia berjalan mendekati Xiao ba dan Cui Ling.
Setelah ia berada dihadapannya, Yue Yue pun mengambil pakaian itu daripada Xiao ba lalu ia membelek-belek pakaian itu. Baginya Pakaian itu kelihatan begitu pelik baginya. "haih, Xiao ba.. Cui Ling.. sekarang katakan kepada ku.. siapa yang memilih pakaian ini?" ujar Yue Yue sambil memandang mereka dengan tatapan yang berapi.
Melihat tatapannya yang berapi itu, Xiao ba pun berdiri di belakang Cui Ling. Hanya separuh dari wajahnya yang kelihatan oleh Yue Yue. Cui Ling juga kelihatan seperti melindungi Xiao Ba dari Yue Yue.
Melihat dari tingkah laku mereka, Yue Yue hanya mengelengkan kepalanya. Dia tahu semua ini memang kerja Xiao ba kerana Xiao ba sudah lama ingin melihatnya memakai pakaian yang menutup dan labuh, Namun jiwa Ke-modernan Yue Yue tidak pernah berkata YA untuk ideanya itu.
"Sekarang ambilkan aku pakaian yang aku minta itu.."
Xiao ba menganggukkan kepalanya lalu dia memandang Cui Ling kerana Cui Ling yang memegang pakaian itu.
Tanpa membuang masa, Cui Ling pun menggunakan Kuasanya untuk mengeluarkan pakaian sebenar yang Yue Yue akan pakai pada malam nanti.
Seperti jangkaan Yue Yue, Xiao ba memang seorang yang boleh diharapkan. Yue Yue mengambil pakaian itu lalu dia membelek-belek pakaian itu dengan senyuman lebar dibibirnya. "Baiklah, Cui Ling kamu simpan kembali pakaian ini dan Xiao ba pakaikan aku pakaian pilihan kamu itu." ujar Yue Yue sambil memandang Xiao ba yang sudah berdiri di sebelah Cui Ling itu.
Mendengar arahannya itu, membuatkan Xiao ba terkejut. "tapi cik muda bukankah ini...?"
"Malam ini pasti ada sesuatu jadi kita perlu bersiap sedia. Ingat.. sediakan payung sebelum hujan" kata Yue Yue sambil tertawa kecil.
Mendengar pepatah Yue Yue itu, Xiao ba pun kembali bersemangat kerana dia suka melihat watak jahat cik mudanya itu.
Tanpa melengahkan masa, Xiao ba pun mula menyiapkan Cik Mudanya itu dan Cui Ling juga membantu Xiao ba.
Sejam setengah telah berlalu, akhirnya Yue Yue pun siap. Langit sudah kelihatan malam dan kini sudah tiba masanya untuk berjalan keluar dari biliknya itu untuk bertemu dengan pasangannya itu.
YOU ARE READING
Transmigration of the soul: Yue Yue
Ficción histórica[ 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 #1 ] [ DALAM PROSES PEMBAIKAN ] Dalam prosesnya untuk menyelesaikan misi, Mo Yue Yue malah diserang oleh musuhnya. Disaat ia tahu ia sudah menjumpai jalan mati, tanpa tersengaja, ia tersentuh buku terkutuk yang akan memb...