𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐌𝐈𝐆𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐎𝐔𝐋: 𝐘𝐔𝐄 𝐘𝐔𝐄
Qing Yuan memandang Zhe Hu lalu dia kembali memandang Yue Yue. "Apa yang terjadi?" Tatapan Qing Yuan tiba-tiba menjadi dingin.
"Cik Mud-"
"Qing Yuan.." Yue Yue mendongakkan kepalanya ke atas untuk memandang wajah Qing Yuan yang dingin itu.
"Sudah beberapa kali aku cuba membuang kau dalan kehidupan Zhen Yue Yue ini namun kau masih memilih untuk tetap berada di sisiku."
"Bulan Purnama akan tiba tidak lama lagi.."
"Kalau kau betul-betul mahu tetap mahu berada di sisiku, jadi aku tiada pilihan lain, aku..."
"Apa kau masih mahu terus berada disini dan.."
"Aku akan mengikut alurnya.. lagipun, mustahil aku akan jatuh cinta pada dia.."
"terus terseksa disebabkan kuasa kamu itu?" Ujar Yue Yue dengan nada yang serius.
Mendengar kata-kata Yue Yue itu membuatkan Qing Yuan terdiam. Dia tahu jika dia tidak pergi ke Gunung Suci pada bulan purnama itu. Dirinya akan menjadi sangat-sangat lemah dan musuhnya akan mengambil kesempatan itu untuk menyerangnya bila-bila masa.
"Kenapa kau tiba-tiba berkata sebegitu?" Kata Qing Yuan sambil menatap mata Yue Yue yang kelihatan kosong itu.
"Aku tidak tahu kenapa kau mahu aku tahu tentang keadaan kau tapi bukankah kau juga ada katakan tadi yang aku adalah milik kau jadi aku akan jujur sesuatu.."
Yue Yue memberhentikan percakapannya lalu dia berjalan melalui Qing Yuan yang masih berdiri di tempat yang sama itu.
"Aku tidak suka bertunang dengan seseorang yang lemah dan tidak berguna, Bagi ku benda itu hanya MERIMASKAN"
Ujar Yue Yue dengan nada yang perlahan tapi masih boleh didengari oleh Qing Yuan.
Setelah ia menghabiskan kata-katanya tadi, Yue Yue pun berlalu pergi dari situ membiarkan Qing Yuan berdiri disana.
"Heh, Mo Yue Yue.. apa kau mencabar aku?"
Yue Yue memberhentikan langkahnya apabila dia ternampak Xiao ba sedang berdiri tidak jauh dari tempatnya berdiri sekarang. "Cik Muda Zhen!!"
Raut wajah Xiao ba yang cemas itu membuatkan Yue Yue merasakan sedikit tidak nyaman.
Sebaik sahaja Xiao ba sudah berada di sebelahnya, Xiao ba pun membisikkan sesuatu kepada Yue Yue.
"Mari kita pulang sekarang!" Kata Yue Yue dengan nada yang serius.
[ KEDIAMAN ZHEN ]
"ZHEN YUE YUE!" Jeritan yang kuat itu membuatkan langkahnya terhenti. Dia menatap wajahnya dengan tatapan yang dingin.
"Kemana kau pergi selama dua hari ini?!" Ujarnya dengan nada yang tinggi.
"Kemana? Tsk! Kenapa kamu tiba-tiba mengambil berat tentang diri aku?" Kata Yue Yue sambil memandangnya dengan tatapan yang dingin.
"Mei Mei, Jie Jie dengar kamu sedang dilamun cinta dengan Penguasa kerajaan laut, Long Bai Feng" ujar Ru Shi dengan nada yang sedih.
Mendengar kata-kata Ru Shi tadi membuatkan kepala Yue Yue semakin sakit. Dia betul-betul sudah tidak dapat menahannya, tapi dia tetap bersikap tenang di depan mereka.
"Oh? Dari mana kamu mendengar itu?" Suara yang dingin itu membuatkan semua orang menoleh ke arahnya begitu juga Yue Yue.
"Qing Yuan?! Dia lagi?!"
YOU ARE READING
Transmigration of the soul: Yue Yue
Ficção Histórica[ 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 #1 ] [ DALAM PROSES PEMBAIKAN ] Dalam prosesnya untuk menyelesaikan misi, Mo Yue Yue malah diserang oleh musuhnya. Disaat ia tahu ia sudah menjumpai jalan mati, tanpa tersengaja, ia tersentuh buku terkutuk yang akan memb...