𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐌𝐈𝐆𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐎𝐔𝐋: 𝐘𝐔𝐄 𝐘𝐔𝐄
Setelah Yue Yue berlalu pergi, ia pun meneruskan perjalanannya ke aula utama untuk bertemu dengan Perdana Menteri Zhen. Sampai sahaja ia di Aula Utama ia pun di sambut dengan baik oleh Perdana Menteri Zhen yang kebetulan berada di sana.
"Ah, Selamat datang Yang Mulia Tuan Qing Yuan" ujar Perdana Menteri Zhen sambil mendekati Qing Yuan.
Qing Yuan. Wu Qing Yuan, dia ialah seorang yang dingin dan tidak suka mana-mana orang mendekati atau menyentuhnya terutama sekali perempuan kerana baginya melakukan sentuhan fizikal itu adalah menjijikkan.
Oleh kerana itu tiada sesiapa pun yang berani mendekati atau menyentuhnya. Walaubagaimanapun, dirinya tetap diminati ramai kerana paras rupanya yang kacak, walaupun hanya separuh wajahnya saja yang kelihatan.
Selain itu, Qing Yuan juga memiliki tahap kuasa yang tertinggi dan dia adalah seorang yang sangat dihormati di dunia Spiritual. Bahkan, Maharaja Zhou juga menghormatinya kerana pelbagai hal aneh yang berlaku saat ia dilahirkan.
Antaranya ialah Langit yang sepatutnya cerah kerana masih Siang tiba-tiba berubah menjadi gelap. Dari tiadanya tanda-tanda ingin hujan tiba-tiba langit bergentur. Kehadiran angin kencang membuatkan keadaan semakin teruk. Tidak hanya itu, orang-orang yang memiliki kuasa tahap tertinggi juga secara tiba-tiba menjadi lemah.
Dan yang paling mengejutkan seluruh orang di dunia Spiritual itu apabila tubuh Qing Yuan yang baru lahir itu tiba-tiba bersinar dengan sinaran yang berwarna merah kebiruan.
Disebabkan kejadian aneh itu, Para Pendeta Suci dari Dunia Spiritual mengatakan Qing Yuan adalah Orang Terpilih namun mereka menyembunyikan yang sebenarnya QING YUAN ialah Kelahiran semula DEWA API SUCI.
DEWA API SUCI adalah antara Dewa yang paling disanjung di Dunia Dewa-dewi namun ia telah meninggal beberapa ribuan tahun lamanya kerana usahanya dalam menyelamatkan Isteri tercintanya sehingga ia sanggup mengorbankan dirinya demi isterinya itu.
Isteri tercintanya itu adalah seorang dewi Salji yang lahir di dunia dewa-dewi namun dia tidak dianggap oleh dewa-dewi di sana kerana kuasanya dianggap lemah dan tidak berguna.
Oleh kerana dia tidak dianggap oleh Dewa-dewi disana, dia pun memilih untuk membunuh dirinya namun dia diselamatkan oleh Dewa Api Suci.
Dan bermula dari situlah, Cinta mereka kian berkembang mekar sehinggalah datangnya seseorang yang menghancurkan hubungan mereka dan menyebabkan Dewi Salji dihalau dari kediaman Dewa Api Suci.
Namun, cerita mereka tidak berhenti disitu.. setelah Dewa Api Suci mengetahui perkara sebenar, dia pun pergi mencari Dewi Salji kembali namun sayangnya.. dia terlambat selangkah kerana Dewi Salji sudah berada dalam keadaan tenat setelah ia berlawan dengan orang yang menghancurkan hubungannya dengan Dewa Api Suci itu.
Demi menyelamatkan Dewi Salji, Dewa Api Suci telah menggunakan Kuasa Api Sucinya yang terlarang untuk menyelamatkan orang yang ia cintai itu. Namun, usahanya tidak membuahkan hasil.
Akhirnya, mereka berdua mati bersama di gunung terlarang. Kematian mereka berdua telah diketahui oleh semua dewa-dewi di dunia Dewa-dewi dan menyebabkan mereka berasa kasihan dan kagum terhadap kisah cinta mereka itu.
Dan akhirnya, Dewa segala dewa telah memutuskan untuk menyatukan mereka di kehidupan seterusnya namun hanya dewi salji yang akan lahir di kehidupan seterusnya kerana Dewa Api Suci adalah dewa yang terhormat. Kelahirannya semula memerlukan beribu-ribu tahun.
Sepanjang Dewa Api Suci tidak dilahirkan, Dewi Salji akan ditakdirkan untuk hidup keseorangan sehingga Dewa Api Suci terlahir semula dan ingatan tentang kisah cinta mereka juga dipadam kerana Dewa segala dewa tidak mahu melihat Dewi Salji sedih.
Dan pada akhirnya, Dewa Api Suci pun lahir semula di Dunia Spiritual sebagai seorang lelaki yang bernama Qing Yuan, Wu Qing Yuan.
Oleh Kerana itulah, Qing Yuan digelar Yang Mulia dan kehadirannya sentiasa dihormati kerana dia adalah Kelahiran Semula Dewa Api Suci.
Tidak lama setelah Qing Yuan lahir di dunia Spiritual, Pendeta Suci mengatakan yang Dewi Salji telah dilahirkan semula di dunia spiritual tetapi dalam tubuh siapa.. mereka juga tidak tahu.
Tetapi mereka diberi petunjuk, Gadis yang memegang takdir sebagai Dewi Salji adalah sesuatu yang tidak jelas.
Dan hal itu membuatkan Para Pendeta menjadi pening tetapi pada akhirnya mereka dikejutkan dengan berita yang Qing Yuan ditunangkan dengan seorang gadis yang bernama Zhen Yue Yue.
Perkara itu telah berjaya membuatkan ramai pendeta tidak bersetuju dengan pertunangan itu namun keputusan itu dibuat oleh Maharaja Zhou.
Lagipun mereka sendiri yang memilih untuk menyembunyikan kisah mengenai Kelahiran Dewi Salji dan kisah cinta Dewi Salji Dan Dewa Api Suci kerana Para Pendeta tahu seseorang yang menyebabkan kematian pasangan sejoli itu juga telah lahir kembali di dunia spiritual.
Identiti Qing Yuan sebagai Dewa Api Suci juga disembunyikan oleh para pendeta kerana mereka mahu melindungi Qing Yuan sehingga ia bertemu kembali dengan Dewi Salji.
— 𝐜 𝐨 𝐧 𝐭 𝐢 𝐧 𝐮 𝐞
YOU ARE READING
Transmigration of the soul: Yue Yue
Historical Fiction[ 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 #1 ] [ DALAM PROSES PEMBAIKAN ] Dalam prosesnya untuk menyelesaikan misi, Mo Yue Yue malah diserang oleh musuhnya. Disaat ia tahu ia sudah menjumpai jalan mati, tanpa tersengaja, ia tersentuh buku terkutuk yang akan memb...