𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐌𝐈𝐆𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐎𝐔𝐋: 𝐘𝐔𝐄 𝐘𝐔𝐄
Ia pun mengambil mangkuk kecil yang berisikan ubat yang diberikannya itu.
"Erhh, rasanya masih sama" rungutnya sambil mengelap mulutnya dengan telapak tangannya.
"Jadi apa yang sebenarnya terjadi, guru?" Ujar Yue Yue dengan nada yang serius.
Jika dia cuba ingat kembali, Dia sedang bercakap dengan Mei Ru dan Ingatan lama Zhen Yue Yue tiba-tiba muncul, setelah itu dia sudah tidak ingat apa apa lagi.
"Yue Yue.. apa kau tidak tahu atau kau berpura-pura tidak tahu?"
Yue Yue menoleh ke tepinya, dia melihat seorang lelaki sedang berdiri disebelahnya dengan raut wajah yang kosong.
"Hm?" Yue Yue mengerutkan keningnya.
Melihat ia mengerutkan keningnya, Long Yan pun memilih untuk tidak meneruskan kata-katanya tadi.
"Cukuplah, kau patut berehat"
"Ta-"
"Sudah, kita jumpa lagi kemudian.." katanya terus dengan sekelip mata ia menghilang dari mata Yue Yue.
Kepala Yue Yue yang masih sakit itu membuatkan niatnya terbatal untuk mengikuti Long Yan. Jikalau kondisinya baik-baik sahaja, pasti ia akan mengikuti Long Yan.
-
Kedatangannya yang secara mengejut itu membuatkan kegiatannya tadi terhenti untuk seketika.
"Kenapa kau kesini?"
Long Yan membuka jendela biliknya itu lalu dia menatap lama Pokok Buah Peach Seribu Tahun itu.
"Mo Yue Yue.."
"Mo Yue Yue? Oh, gadis dari dunia lain itu kan ?"
Long Yan mengangguk perlahan,
"Jadi, kenapa dengan dia?" Ujarnya.
"Apa dia boleh kembali ke dunianya itu?"
"Sudah semestinya."
Dia meletakkan bukunya ke atas meja, lalu dia mendekati sebuah bekas bulat yang berisi air itu.
"Dia boleh kembali ke dunianya, hanya saja jika jiwanya sudah tidak memiliki apa apa perjanjian dengan jiwa Zhen Yue Yue. Kau tahu yang itu kan?"
Mendengar jawapannya itu membuatkan Long Yan terdiam seketika.
Entah apa yang ia sedang fikirkan. Baginya Tubuh Zhen Yue Yue sangat lemah, Namun, Mo Yue Yue tidak.
Ia dapat merasakan ketidakserasian mereka berdua. Jika ia membiarkan hal itu, Jiwa Mo Yue Yue boleh terancam.
Kerana tubuh Zhen Yue Yue yang lemah itu boleh menghalang Mo Yue Yue untuk membalas dendam.
"Sial, kenapa dia begitu lemah" ketus Long Yan dengan nada yang kesal.
-
"Cik Muda Yue"
Kedatangannya semula setelah kejadian tadi, membuatkan Xiao Ba menghela nafas lega.
"Dimana Mei ru?" Soal Yue Yue kepada Xiao ba yang berada dihadapannya itu.
"Mm.. Cik Muda, sebenarnya.. kita perlu kembali ke Kediaman Zhen semula"
"Ha?" Yue Yue terkejut.
Setahunya dia masih ada masa untuk terus tinggal di kediaman Long ini, tapi kenapa sekarang tiba tiba dia perlu kembali ke kediaman Zhen, hal itu membuatkan dia merasakan ada sesuatu yang tidak baik.
"Hm, baiklah. Kita tunggu Cui Ling dan Mei Ru dulu, baru kita balik ke sana." Ujar Yue Yue sambil berjalan menuju ke katilnya.
Xiao ba mengangguk perlahan lalu dia membantu Yue Yue untuk menuju ke katilnya itu.
.
.CONTINUE
-
Haii, setelah lama saya menyepi, kini saya kembali dengan chapter yang baru. Sila nantikan next chapter Yaa.. sampai jumpa lagi 🙌🏻❤️
YOU ARE READING
Transmigration of the soul: Yue Yue
Historical Fiction[ 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 #1 ] [ DALAM PROSES PEMBAIKAN ] Dalam prosesnya untuk menyelesaikan misi, Mo Yue Yue malah diserang oleh musuhnya. Disaat ia tahu ia sudah menjumpai jalan mati, tanpa tersengaja, ia tersentuh buku terkutuk yang akan memb...