TOTS: R 12

663 81 0
                                    

 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐌𝐈𝐆𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐎𝐔𝐋: 𝐘𝐔𝐄 𝐘𝐔𝐄

"Yang Mulia Qing Yuan?" Ia menoleh ke arah orang yang menyebut gelarannya itu. "Tidak Lama Lagi Bulan Purnama akan tiba, apa Yang Mulia mahu kembali ke Gunung suci?" Ujarnya sambil menuangkan teh hangat di cawan Qing Yuan.

  Qing Yuan hanya mendiamkan dirinya, membiarkan persoalan itu tidak dijawab. Namun, dalam pemikirannya ia sedang berfikir sesuatu yang sangat berat. Matanya tertumpu tepat di sebuah lukisan yang disangkut didepannya itu. Lukisan itu mengambarkan seorang gadis yang berpakaian serba putih dan memegang sebuah payung berwarna merah, gadis itu berdiri di tepi sungai sambil memandang ke arah sebuah gunung yang merupakan gunung suci. Lukisan itu seperti Bernyawa bagi Qing Yuan.

 Ia seperti dapat merasakan sesuatu yang sangat hangat dari lukisan itu. Lukisan itu diberikan kepadanya oleh seorang biksu tua di gunung suci ketika ia berumur 10 tahun. Kata Biksu Tua itu, Lukisan itu adalah sebuah saksi bisu yang melihat janji yang tercipta dan sejarah Kekuatannya reinkarnasi dan apabila Ia kembali lukisan itu akan bersinar kerana itu adalah bukti Janji mereka masih terukir indah . Pada mulanya ia tidak memahaminya tetapi baru-baru ini warna Lukisan itu semakin terang dan ia menunjukkan seperti ia ingin bersinar, Namun hal itu hanya terjadi apabila ia menemuinya.

"Oh, Warna lukisan itu semakin terang" Ujar Pembantu Qing Yuan sambil tersenyum manis. Dia ialah Zhe Hu, Pembantu paling dipercayai Qing Yuan. Zhe Hu bukan orang yang biasa-biasa, Dia Dilahirkan di sebuah keluarga Bangsawan dan memiliki gelaran iaitu Tuan Muda Lin. Namun, sesuatu telah terjadi terhadap Keluarganya membuatkan ia sahaja yang berjaya hidup dan memilih untuk berkhidmat dengan Qing Yuan untuk membalas dendam terhadap kematian seluruh keluarganya itu.

 Keluarganya sebenarnya telah dibunuh oleh Puak Wei Zhi. Puak Wei Zhi adalah musuh ketat Keluarga Lin. Mereka sebenarnya menginginkan Pedang Air yang merupakan kekuatan utama keluarga Lin, Namun Pedang Air itu tidak dijumpai oleh mereka kerana Zhe Hu sempat membawa lari Pedang itu bersamanya dan Ia tidak menyangka Ia akan diselamatkan oleh Qing Yuan yang kebetulan berada dikawasan ia diserang itu. 

 Sejak dari itu ia mula berkhidmat dengan Qing Yuan dan menyembunyikan asal usulnya serta kuasanya. Hanya Qing Yuan yang tahu siapa Zhe Hu yang sebenarnya dan Kuasa yang dimiliki oleh Zhe Hu.

"Yue Yue.."

 sebaik sahaja ia mendengar nama Yue Yue disebut ia pun memandang Zhe Hu. "Dia seorang gadis yang pelik. Tahap kuasanya bukan lagi 0, Bahkan, kuasanya mungkin lagi tinggi dari kakak tirinya Ru Shi." ujar Zhe Hu sambil memandang langit yang tidak terhias bintang itu.

"samar-samar"

 Zhe Hu mengangguk. "Apa Yang Mulia mahu berjumpa dengannya lagi?"

"mungkin." balas Qing Yuan dingin lalu ia dengan perlahan melepaskan topeng yang menutup mukanya separuh itu. Zhe Hu memandang Qing Yuan lalu dia mengelengkan kepalanya. "Kamu patut berhenti memakai topeng itu.. ehh kau mahu kemana?!" ujar Zhe Hu dengan nada yang cemas apabila Qing Yuan tiba-tiba melompat dari jendela bilik itu tanpa memakai topeng muka itu.

BEREHATLAH..

"Berehatlah?! tsk, Dasar lelaki dingin" gumam Zhe Hu terus berjalan keluar dari bilik Qing Yuan itu.

 Ketika Ia sudah keluar dari bilik Qing Yuan tiba-tiba langkahnya terhenti apabila ia melihat Tuan Puteri Yuan Yuan berada dihadapannya. "Ah, Selamat Malam Zhe Hu" sapa Puteri Yuan Yuan dengan nada yang lembut. Zhe Hu menundukkan kepalanya sebagai tanda hormat kepada Tuan Puteri Yuan Yuan lalu dia kembali memandang Tuan Puteri Yuan Yuan itu.

"Pakcik Qing Yuan ada di dalam bilik kah?" Katanya sambil menjengketkan kakinya untuk melihat bilik Qing Yuan. "mm, Tidak. Yang Mulia baru saja keluar tadi" 

"Ha?! jadi kenapa kamu tidak menemaninya?" soalnya dengan nada yang terkejut. "Yang Mulia tidak mengizinkan patik untuk menemuinya jadi.."

"mmm" Puteri Yuan Yuan menghembus nafasnya lalu dia pun mengucapkan selamat jalan kepada Zhe Hu kerana hajatnya untuk berjumpa dengan Qing Yuan tidak kesampaian.

"Baiklah kalau begitu, Selamat jalan" katanya terus pergi dari sana bersama pengiringnya.

Transmigration of the soul: Yue YueWhere stories live. Discover now