𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐌𝐈𝐆𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐎𝐔𝐋: 𝐘𝐔𝐄 𝐘𝐔𝐄
Sampai sahaja mereka diluar aula utama, Qing Yuan pun melepaskan tangan Yue Yue, kemudian Ia memandang Yue Yue dengan raut wajah yang serius.
"Apa yang kamu lakukan sehingga penampilan kamu pada harini sangat kotor dan tidak terurus?" tanyanya sambil membersihkan bajunya yang memegang tangan Yue Yue tadi.
Yue Yue memandang Qing Yuan lalu dia menjelingnya, "cih, kalau kau tidak suka kotor kenapa kau menarik aku keluar tadi" Kata Yue Yue dengan wajah yang berkerut marah.
Melihat Yue Yue kelihatan tidak suka dengan tindakannya itu, dia pun berhenti membersihkan bajunya itu. Dia kemudian menghulurkan sapu tangan miliknya ke tempat Yue Yue. "Apa yang kau mahu lagi?"
"Muka kamu kotor, bersiaplah aku mahu membawa kau ke suatu tempat" Kata Qing Yuan terus berjalan keluar dari kediaman Perdana Menteri Zhen itu.
Yue Yue hanya mengetus kecil melihat tingkah laku Qing Yuan yang dingin itu. Tanpa membuang masa, Yue Yue pun berjalan menuju ke biliknya. Sebaik sahaja dia sampai di biliknya, Dia merasakan seperti ada sesuatu yang hilang. "Kenapa sunyi?"
"Xiao ba? Mei Ru?" Yue Yue baru teringat, semenjak dia sampai di kediaman Zhen, dia tidak pernah nampak kelibat Mei Ru atau Xiao ba. Yue Yue mula risau, dia berlari keluar dari biliknya lalu dia pergi ke bilik Xiao ba dan Mei Ru. Dia berharap sebaik sahaja dia disana dia dapat melihat mereka lagi.
Namun sebaik sahaja ia sampai di bilik Xiao ba, jantungnya tiba-tiba berdegup dengan kencang kerana Pintu bilik xiao ba dikunci dengan manga besar dari luar. "Xiao ba?" Yue Yue menghampiri pintu bilik xiao ba dengan perlahan.
"Xiao ba?"
Sebaik sahaja ia mendengar suara yang memanggil namanya itu, terus dia bangun dari baringnya dengan badan yang lemah kerana sudah seharian dia tidak diberikan makan ataupun minum.
"Cik M-muda Yue"
Yue Yue mendengar suaranya, Suara yang begitu lemah. "XIAO BA!!!"
Tanpa berfikir panjang, Yue Yue terus melanggar pintu bilik Xiao Ba itu dengan sepenuh tenaganya.
Sebaik sahaja pintu itu rebah kerana ulahnya itu, Dia ternampak Xiao ba sedang memandang ke arahnya dengan wajah yang pucat dan lemah.
"Xiao Ba!!!"
Yue Yue terus berlari mendekatinya lalu ia memeluknya dengan erat. Xiao ba yang terkejut dengan kehadiran Cik Mudanya itu terus menangis.
Seharian dia berfikiran negatif, Dia berfikir dia tidak akan dapat lagi bertemu dengannya, dia takut itu terjadi. Dia sayang dengan Cik Mudanya itu.
"Kenapa kamu di kurung disini?"
"C-cik muda t-tidak a-a-apa-apa kah?" Ujarnya dengan suara yang lemah.
Yue Yue menggelengkan kepalanya, dia sudah tahu apa yang terjadi. "Marilah, Aku akan membawa kamu berjumpa dengan tabib berdekatan." Katanya terus mengendong Xiao ba dibelakangnya.
Pada mulanya Xiao ba menolak halus tetapi Yue Yue tetap berkeras dan akhirnya dia terpaksa membiarkannya.
"Berani mereka mengurungnya! Sial! Aku akan membalas semuanya 10kali ganda!!"
YOU ARE READING
Transmigration of the soul: Yue Yue
Historical Fiction[ 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 #1 ] [ DALAM PROSES PEMBAIKAN ] Dalam prosesnya untuk menyelesaikan misi, Mo Yue Yue malah diserang oleh musuhnya. Disaat ia tahu ia sudah menjumpai jalan mati, tanpa tersengaja, ia tersentuh buku terkutuk yang akan memb...