𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐌𝐈𝐆𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐎𝐔𝐋: 𝐘𝐔𝐄 𝐘𝐔𝐄
Sepanjang perjalanan pulang ke kediaman Zhen, Yue Yue hanya mengelamun dan tidak bercakap sepatah pun. Raut wajahnya menunjukkan dia sedang berfikir sesuatu yang penting.
"C-cik mudaaa?" Xiao ba menghentikan lamunan Yue Yue itu. Dia kembali memandang Xiao ba.
"Xiao ba.."
"Kenapa Cik Muda? Apa yang Cik Muda sedang fikirkan sekarang?" Ujar Xiao ba dengan nada yang perlahan.
Melihat raut wajah Xiao ba yang penuh kerisauan itu membuatkan hati Yue Yue tenang sikit. "Tiada apa-apa. Kamu patut berehat Xiao ba, nanti kamu akan menjadi penat sebab aku tidak akan melepaskan mereka yang mengunci kamu di bilik Itu !!!🔥" Kata Yue Yue dengan mata yang berapi.
Xiao ba tertawa kecil melihat tingkah laku Cik Mudanya itu. "Xiao ba tidak kisah tentang itu, Xiao ba bersyukur Cik Muda baik-baik saja" katanya sambil memeluk Yue Yue yang ada disebelahnya itu.
Pelukan hangat yang diberikan oleh Xiao ba itu membuatkan dia tenang.
Ketibaan Yue Yue di aula utama kediaman Zhen membuatkan Perdana Menteri dan dua beranak nenek sihir itu sedikit terkejut.
"Akhirnya kamu sudah balik" kata Puan Zhen dengan nada yang lembut. Senyuman yang terukir dibibirnya itu penuh kepalsuan.
"Ck! Nenek sihir"
"Nenek Sihir?? Apa yang kamu maksudkan Yue Yue?!" Ujar Perdana Menteri Zhen dengan nada yang marah.
"T-tuan Zhen tidak mengapalah itu.. Saya tahu.. saya tidak setanding Puan Zhen yang dahulu.." kata Puan Zhen itu dengan nada yang pura-pura sedih.
Lakonan yang menjijikkan itu membuatkan Yue Yue meluat melihatnya.
"Ahh, baiklah baiklah.. Melihat kamu bertiga hanya membuatkan mood aku rosak jadi Selamat malam" kata Yue Yue terus berlalu pergi dari aula utama itu diikuti dengan Xiao ba dibelakangnya.
"ZHEN YUE YUE!!" Jeritan kuat Perdana Menteri Zhen itu membuatkan semua orang disana terkejut begitu juga Xiao ba.
Yue Yue memberhentikan langkahnya lalu dia menoleh kebelakang. Tatapannya yang dingin itu membuatkan mereka bertiga terdiam.
Aura yang diberikan oleh Yue Yue itu membuatkan mereka bertiga terdiam.
"T-tatapan itu.."
Perdana Menteri Zhen tiba-tiba teringat akan tatapan yang mematikan itu. "Tatapan itu sama seperti dia"
'dia' yang dimaksudnya itu ialah "Yang Mulia Qing Yuan?"
"Ha? Dia?" Yue Yue kembali menoleh ke hadapan.
Seperti jangkaannya.. Qing Yuan sekarang sedang berdiri dihadapannya dengan tatapan yang dingin.
"K-kau?"
"Eh, er.. apa hajat Yang Mulia datang ke sini semula? Bukankah tadi.."
"Ada sesuatu yang aku mahu bincangkan dengan kau"
"Eh? Yang Mulia?"
Tidak disangkakan Kata-kata Perdana Menteri Zhen tadi tidak dihiraukan oleh Qing Yuan. Malah dia sebaliknya bercakap dengan Yue Yue.
Hal itu membuatkan Perdana Menteri Zhen semakin membenci dengan Yue Yue. Dua beranak Nenek Sihir itu juga begitu.
"Tiada hal penting yang harus kita bincangkan. Tamatkan perbualan kita disini" kata Yue Yue lalu dia berjalan meninggalkan Qing Yuan disitu.
"C-cik muda.. dia kan Yang Mulia Qing Yuan, kenapa Cik Muda.."
"Xiao ba.. dia bukan orang penting. Aku penat, tolong sediakan air mandian herba." Kata Yue Yue sebelum ia berjalan masuki kedalam biliknya itu.
"B-baiklah" Xiao ba hanya mengangguk perlahan dan dia terus pergi menyediakan air mandian Herba untuk Cik Mudanya itu.
"Ah! Kalau diingatkan semula.. dimana Mei Ru?"
Kepulangan Qing Yuan dari kediaman Zhen itu membuatkan Zhe Hu semakin kehairanan. "Eh? Apa lagi yaitu terjadi ni?"
"Qing Yuan?"
"Hm"
"Apa sebenarnya yang terjadi?"
"Patutkah aku membatalkan pertunangan kami?"
"HA?!" Zhe Hu terkejut. Ya, dia benar-benar terkejut.
Dia tidak pernah menyangka yang Qing Yuan akan berkata sedemikian kerana dia tahu selama ini, Qing Yuan selalu kisah tentang Cik Muda Yue Yue.
Dia tahu yang Qing Yuan sudah jatuh hati kepada Cik Muda Yue, tapi kenapa harini dia malah berkata sebegitu.
"Qing Yuan? Apa yang sebenarnya berlaku?"
"Tiada apa-apa" kata Qing Yuan terus masuk kedalam biliknya.
Zhe Hu hanya terdiam kaku di depan bilik Qing Yuan.
"Hm? Pelik"
YOU ARE READING
Transmigration of the soul: Yue Yue
Ficción histórica[ 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 #1 ] [ DALAM PROSES PEMBAIKAN ] Dalam prosesnya untuk menyelesaikan misi, Mo Yue Yue malah diserang oleh musuhnya. Disaat ia tahu ia sudah menjumpai jalan mati, tanpa tersengaja, ia tersentuh buku terkutuk yang akan memb...