𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐌𝐈𝐆𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐎𝐔𝐋: 𝐘𝐔𝐄 𝐘𝐔𝐄
Qing Yuan mendekati Yue Yue yang masih belum menyedarkan dirinya itu. "Siapa sebenarnya kau?" Ujar Qing Yuan sambil mengusap perlahan rambut Yue Yue.
Masa berlalu dengan cepat, langit semakin gelap, menandakan malam akan tiba. Yue Yue masih belum menyedarkan dirinya.
Xiao ba dan Mei ru yang sudah lama tersedar itu hanya berdiri disebelah Yue Yue dengan raut wajah yang sedih.
"Xiao ba? Itu nama kamu kan?" Suara Zhe Hu yang sopan itu membuatkan Xiao ba dan Mei Ru sama-sama terkejut.
"Ah, iya.. Nama saya ialah Xiao ba" kata Xiao ba sambil mengelap air matanya yang mengalir di pipinya itu. "Cik Xiao ba, jangan risau.. Cik Muda Zhen akan bangun tidak lama lagi." Ujarnya sambil tersenyum manis.
"Hmm, maaf, saya cuma merisaukan Cik Muda Zhen saja"
Zhe Hu yang memahami kata-kata Xiao ba itu hanya menganggukkan kepalanya lalu dia mengalihkan pandangannya ke Mei Ru.
Dia perasan, Mei Ru seorang yang pendiam. Walaupun dia tidak menunjukkan kerisauannya seperti Xiao ba tapi matanya tidak pernah menipu.
Jelas kelihatan dia sedang sedih dan rasa bersalah terhadapnya. "Ahh, kalau kamu?"
Xiao ba memandang Mei Ru. "Mei Ru. Saya juga pembantu Cik Muda Zhen" ujar Mei Ru dengan nada yang perlahan.
"Oh, Mei Ru. Baiklah, saya Zhe Hu. Kalau kamu perlukan apa-apa boleh berjumpa dengan saya" kata Zhe Hu sambil tersenyum lebar.
Xiao ba dan Mei Ru sama-sama menundukkan kepala mereka. "Kami berterima kasih atas bantuan kamu." Kata Mei Ru dengan nada yang sopan.
Mendengar kata-kata Mei Ru itu, Zhe Hu mula merasa curiga dengan Mei Ru. Kesopanannya bukan seperti seorang pembantu biasa.
~ FLASHBACK ~
"Qing Yuan, Cik Muda Zhen masih belum sedarkan dirinya kah?"
"Hmm"
"Baiklah, oh, pembantunya xiao ba dan seorang lagi sudah sedarkan diri mereka."
"Zhe Hu"
"Ya?"
"Cari tahu identiti sebenar pembantunya itu."
"Mmm? Yang mana? Xiao ba atau gadis yang itu"
"Yang cuba berlawan dengan pengikut dunia bawah itu"
"Aa, baiklah." Ujar Zhe Hu sambil menganggukkan kepalanya lalu dia kembali memandang Qing Yuan yang masih memegang tangan Yue Yue itu.
~ END ~
POV ( YUE YUE)
AHK! aku dimana ini? Kepalaku merasa sedikit sakit seperti ada yang menusuk-nusuk kepalaku.
Bunyi air sungai yang mengalir dengan tenang itu membuatkan aku semakin kehairanan.. apa aku diculik lagi?
Ahh tidak, kalau aku diculik sepatutnya penculiknya akan berada disini.. tapi sekarang dimana mereka?
Xiao ba ? Xiao ba ?
Dimana Xiao ba? Aku perlu berdiri, Aku harus cari jalan keluar dari sini.
"Kamu sudah bangun?"
Suara siapa itu? Ahk! Kepala ku!!
"Tenangkan diri kamu. Akhirnya kita berjumpa juga.. Mo Yue Yue"
Tunggu. Macam mana dia tahu nama sebenar ku? Apa dia?? Ah..ahh..umh..
Suara? Kenapa dengan suaraku? AKU TIDAK DAPAT BERSUARA!!
"Tenang"
Tenang? Macam mana aku boleh bertenang sekarang ha?!
"AHAHAHAHAHAHA kamu memang seorang yang baran sama seperti dia"
Dia? Tapi.. kalau dilihat.. kau boleh membaca fikiran ku kan?
"Betul. Aku boleh membaca fikiran mu.."
Ah, patutlah. Jadi kenapa aku tidak boleh bercakap? Apakah ini angkara kau juga?
"Betul ☺️"
Haa?! Kenapa ? Kenapa kau buat aku begini? Kenapa aku berada disini?
"Tenang Mo Yue Yue.. aku tidak akan mencederakan kamu"
Ck! Kau fikir aku akan percaya kalau kau tidak memunculkan diri kau?!"
"AHAHAHAHAHA.. aku tahu, tapi kalau aku tunjukkan diri aku yang sebenar, apakah kau akan takut?"
Maksud kau? Suaranya begitu manis dan lembut macam mana aku bol- eh?
"Aku tidak memiliki rupa Mo Yue Yue"
AHHHHH!! kau mengejutkan aku!
"M-maaf"
Sekarang dia berada dihadapan ku. Rambutnya panjang, pakaiannya begitu cantik tetapi yang membuatkan ia kelihatan menyeramkan ialah.. rupanya..
Dia tidak memiliki mata, hidung mulut.. dia tidak sama seperti aku.
"Mo Yue Yue"
Sekejap! Macam mana kau tahu nama aku?
"Ahh, sebab aku boleh melihat masa depan dan masa lalu mu"
Maksud kau?
"Aku ada kuasa seperti itu. Sebenarnya aku mahu meminta pertolongan dari kamu"
Huh, kau patut mencari yang lain. Aku tidak sesuai. Kau silap orang.
"Tidak. Aku.. aku tidak pernah salah memilih orang.. Sama seperti dia.."
Dia? Siapa Dia? Kenapa kau selalu menyebutnya?
"Ahh, sebab aku tidak boleh menyebut namanya😅"
Kenapa?
"Kalau aku menyebutnya, Dia akan berada disini"
Jadi? Kau tidak mahu menjumpainya?
"Kenapa? Aku tidak menyukai"
Eh? Pelik. Jadi apa yang kau mahu katakan?
"Ahh, tolong bantu adik aku"
Adik kau ? Macam man-
"Dia ada bersama dengan kamu. Oh yaa.. aku tidak boleh lama, kalau tidak kamu akan tertidur sehingga bulan depan"
Eh? Bulan depan ??
"Iya.. ohh.. ini adalah kuasa aku. Kuasa melihat masa lalu, kau boleh melihat masa lalu dengan menyentuh tangannya. Terima kasih, jumpa lagi"
Ha?? Kejap.. KEJAPPPPP!!!
POV (YUE YUE END)
"KEJAPPPPPP!!!"
Jeritannya yang kuat itu membuatkan Mereka yang berada diluar terus masuk ke dalam biliknya untuk melihat apa yang terjadi.
"Cik muda?"
"Eh? Aku... Dimana?"
"Cik Mudaaaaaa😭" Xiao ba berlari menghampiri Yue Yue lalu dia memeluknya dengan erat.
"Xiao ba?" Yue Yue cuba menenangkan Xiao ba namun semakin dia buat begitu semakin Kuat Xiao ba menangis.
YOU ARE READING
Transmigration of the soul: Yue Yue
Ficción histórica[ 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 #1 ] [ DALAM PROSES PEMBAIKAN ] Dalam prosesnya untuk menyelesaikan misi, Mo Yue Yue malah diserang oleh musuhnya. Disaat ia tahu ia sudah menjumpai jalan mati, tanpa tersengaja, ia tersentuh buku terkutuk yang akan memb...