TOTS: Y 09

721 88 2
                                    

 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐌𝐈𝐆𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐎𝐔𝐋: 𝐘𝐔𝐄 𝐘𝐔𝐄

 Beberapa minit telah berlalu, Yue Yue yang tadinya tertidur pulas kini terbangun semula apabila ia mendengar seseorang sedang terbatuk.

"Maaf, apa aku telah membangunkan kamu?" Ujar Jenderal Liu dengan nada yang perlahan.

Yue Yue menggelengkan kepalanya kemudian Dia membetulkan semula kedudukannya. Jenderal Liu tertawa kecil apabila ia melihat tingkah laku Yue Yue yang comel itu.

"Maaf. Aku tidak sengaja tertidur." Kata Yue Yue meminta maaf atas perbuatannya yang tidak sopan itu.

Jenderal Liu kembali tertawa kecil lalu dia meletakkan buku bacaannya itu di atas meja kemudian ia menatap wajah Yue Yue.

"Tidak mengapa. Oh, jadi kenapa kamu kesini?" Soalnya sambil meniup perlahan tehnya yang panas itu sebelum ia meminumnya dengan perlahan.

"Ah, sebenarnya, kedatangan aku di sini disebabkan herba istimewa yang diberikan oleh Jenderal Liu." Jawab Yue Yue dengan tenang.

"Oh? Kenapa? Apakah Herba itu tidak sesuai dengan kamu atau Kamu me-" belum ia menghabiskan kata-katanya, Yue Yue telah memintasnya.

"Bukan, cuma.." Yue Yue tiba-tiba meletakkan sesuatu di atas meja dan barang yang ia letakkan di atas meja itu membuatkan Jenderal Liu terkejut.

"Tujuan utama aku kesini adalah untuk mengembalikan semula Herba Istimewa yang diberikan oleh Jenderal Liu."

"Maksud kamu?"

"Herba istimewa ini adalah sebuah Herba yang jarang ditemui atau didapati di pasaran luar sana. Jenderal Liu, sebelum ini kita tidak memiliki apa-apa hubungan mahupun sebarang pertemuan bersama. Bahkan, bertentang mata juga tidak pernah kecuali hari ini."

"Jadi.. kamu menolak pemberian Aku?"

"Maaf, tetapi Ya. Jenderal Liu, Aku tidak tahu apa yang membuatkan kamu tiba-tiba memberikan benda ni kepada ku tetapi aku berterimakasih kerana memberikan aku peluang untuk merasainya sedikit." Ujar Yue Yue terus berdiri dari tempat duduknya.

"Baiklah. Sampai disini sahaja pertemuan kita. Semoga kita tidak berjumpa lagi" kata Yue Yue terus berjalan keluar dari bilik bacaan Jenderal Liu itu.

Tindakan dan perilaku Yue Yue yang agak sedikit kasar itu membuatkan Jenderal Liu sedikit terkejut. Ia tidak menyangka seorang gadis yang dahulunya sering disebut lemah rupanya memiliki satu sifat yang jauh berbeda dari Khabar itu.

"Tuan Jenderal Liu" Seorang lelaki yang berpakaian serba hitam itu berjalan menghampiri Jenderal Liu dengan raut wajah yang dingin.

"Yu Shen" Jenderal liu tampak seperti mengenalinya juga. Dia yang bernama Yu Shen itu mendekati Jenderal Liu lalu dia berdiri di depannya dengan raut wajah yang dingin. "Mengapa gadis itu ada disini?" Ujarnya dingin.

 Jenderal Liu memandangnya sekilas lalu ia kembali memandang herba yang Yue Yue letakkan tadi disebelahnya itu. "Jangan Risau dia hanya memulangkan sesuatu yang dia tidak inginkan."

"Kau patut ingat dengan tujuan kau kesini. Jangan timbulkan apa-apa perasaan dekatnya kerana suatu hari nanti dia ak-" Belum selesai ia menghabiskan kata-katanya, Jenderal Liu tiba-tiba memintas percakapannya "Kau tidak perlu mengatakannya lagi. Langit semakin gelap, kau patut pergi" Ujar Jenderal Liu dengan nada yang dingin lalu ia berjalan keluar dari bilik bacaannya itu.

 Kini tinggal lelaki itu sahaja seorang disana, Dalam diam ia mengepalkan penumbuknya lalu ia terpandang seorang gadis yang sedang menaiki kereta kuda itu. "seberapa menariknya kamu sehingga ia boleh tertarik kepada kamu!" monolog Yu Shen dengan nada yang perlahan.

Transmigration of the soul: Yue YueWhere stories live. Discover now