TOTS: Y 02

1.1K 103 3
                                    

 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐌𝐈𝐆𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐎𝐔𝐋:
𝐘𝐔𝐄 𝐘𝐔𝐄

  Beberapa Minit telah berlalu, Yue Yue masih terbaring lemah di atas katilnya. Suara-suara dari luar yang mengata tentang dirinya tidak dihiraukannya.

Sudah beberapa kali ia didatangi dengan seorang gadis yang merupakan pelayan peribadinya. Namun, ia menolak untuk menjumpainya mahupun mengikut kata-kata Pelayannya itu kerana dia tahu..

Tidak semua pelayan disitu yang betul-betul berkhidmat untuknya.

Waktu telah berlalu dengan cepat, langit yang tadinya cerah kini berubah menjadi gelap(malam).

"Ahh, sudah malam?" Gumamnya perlahan sambil membetulkan rambut panjangnya yang dibiarkan tanpa diikat itu.

"Cik Muda Zhen? Apakah kamu sudah berasa baik?" Ujar seorang gadis dengan nada yang risau.

"Kau siapa?" Suaranya yang dingin itu membuatkan gadis itu terdiam "A-Apakah Cik Muda sudah tidak ingat siapa saya?" soal gadis itu dengan matanya yang berkaca-kaca.

Dia terkejut saat melihat mata gadis itu berkaca-kaca dan dalam masa yang sama badannya tiba-tiba bereaksi aneh.

Melihat gadis itu menangis dihadapannya membuatkan ia berasa kasihan. "Siapa dia? Kenapa badan ini tiba-tiba bereaksi aneh? Apa perasaan ini?"

- MO YUE YUE POV !

   Namaku ialah Mo Yue Yue, seorang pembunuh upahan di abad ke-22. Namun itu dulu.. sekarang aku ialah Zhen Yue Yue, seorang gadis yang lemah dari Dunia (???)

  Zhen Yue Yue ialah seorang gadis yang lahir dari keluarga yang berada namun sayang keberadaannya tidak dianggap oleh keluarganya sendiri.

Zhen Ming Yuen ialah ayah kepada gadis ini. Dia seorang Perdana Menteri dan dia seorang yang sangat tegas. Dia pada mulanya sangat menyayangi Zhen Yue Yue namun semuanya berubah apabila Maharaja Zhou memasangkan dia dengan seorang janda anak 1.

Dan Janda itu ialah Puteri Chin (puteri ke-empat Maharaja Tang) pada mulanya dia dipasangkan dengan General Li namun General Li telah tewas dalam peperangan dan menyebabkan ia menjadi janda selama 3tahun sebelum dipasangkan dengan Perdana Menteri Zhen.

Puteri Chin memiliki seorang anak perempuan yang berumur 19 tahun pada tahun ini dan anak perempuannya itu bernama LI RU SHI atau ZHEN RU SHI.

Zhen Ru Shi memiliki kuasa tahap 5 dan ia berjaya menempatkan dirinya sebagai seorang gadis yang tercantik di Dunia (???). Jika ia dibandingkan dengan Zhen Yue Yue, Zhen Ru Shi lebih sesuai Memegang gelaran Cik Muda Zhen kerana tahap kuasa yang ia miliki dan kecantikannya yang dimilikinya itu.

Kecantikan? Zhen Yue Yue juga sebenarnya seorang yang cantik namun sayang.. Gadis ini malah tidak pandai mendandan kan dirinya mahupun merawat dirinya.

- (-_-'')- (reaksi Mo Yue Yue)

  Kuasa? Aku tidak faham kenapa dunia ini menggunakan kuasa? Tetapi Tubuh ini.. LANGSUNG TIADA KUASA!!! AAAAAAAA, gadis ini benar-benar menyusahkan.

Patut saja dia tidak dianggap oleh Ayahnya sendiri.  (Huh ┐( ˘_˘)┌)

Selain menyusahkan dia juga seorang yang sangat bodoh!!! Aku tidak dapat menafikannya tapi dia memang seorang yang bodoh.

Hanya tahu menangis, mudah mengalah dan hanya berfikir untuk membunuh dirinya saja. Bukankah itu satu perkara yang bodoh?! ಠಿ_ಠ

  Dan akhirnya, aku pula yang terjebak dalam dunianya yang bodoh ini. Apa yang dia mahu aku lakukan? Membalas dendam untuknya? Lalu? Apa yang aku akan dapat setelah itu?

Menjadi seorang Cik Muda yang terkenal? Huh, bukan taste ku tapi aku akan membantunya untuk membalas dendam.

Oh, aku ingin membantunya membalas mendendam bukan kerana mahukan nama atau apa tetapi aku lakukan ini sebab tubuhnya adalah tubuh ku yang baru.

Dunia ini begitu menarik, aku ingin menjelajahinya dan baru aku memikirkan cara untuk kembali ke dunia ku semula.

Uh, baiklah.. MARI KITA MEMULAKAN PERMAINAN GILA INI!!

- MO YUE YUE POV !! (END)

 Angin sejuk yang memasuki bilik Yue Yue melalui jendela biliknya itu membuatkan keadaan sekelilingnya menjadi sejuk.

"Mei Ru, Tolong tutup jendela. Keadaan semakin dingin" arahannya yang simple itu difahami oleh Mei Ru dengan cepat.

Mei Ru? Mei Ru ialah Pelayan baru Yue Yue yang baru ia lantik untuk menjadi pelayannya.

Mei Ru ialah seorang gadis yang dingin. Dia memiliki kuasa tahap 4, namun dia menyembunyikan kuasanya dan berpura-pura menjadi seorang yang lemah.

"Cik Muda Zhen..." Jeritan kuat bersertakan nafas yang tercungap-cungap itu membuatkan Yue Yue dan Mei Ru menoleh ke pemilik jeritan kuat itu.

"Xiao Ba"

Xiao Ba ialah pelayan setia Zhen Yue Yue dan dialah gadis yang menangis teresak-esak saat Mo Yue Yue tidak mengenalinya.

↓ (dialah Xiao Ba) ↓

Xiao Ba mendekati Yue Yue dan Mei Ru lalu dia menundukkan kepalanya, tanda hormat kepada Yue Yue sebagai Cik Mudanya dan Tuannya

Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.

Xiao Ba mendekati Yue Yue dan Mei Ru lalu dia menundukkan kepalanya, tanda hormat kepada Yue Yue sebagai Cik Mudanya dan Tuannya.

"Minumlah air ini" kata Mei Ru sambil menghulurkan segelas air kepada Xiao Ba yang tercungap-cungap kerana kepenatan itu.

"Rehatlah dulu" ujar Yue Yue kemudian dia kembali memandang cermin yang ada di depannya itu.

Yue Yue sebenarnya sedang bersiap-siap untuk menuju ke suatu tempat. Sudah beberapa hari telah berlalu, Mo Yue Yue sudah mula membiasakan dirinya di dunia spiritual ini.

Dan sepanjang beberapa hari itu, dia sudah memulakan permainannya untuk membalas dendam untuk Zhen Yue Yue.

Antaranya ialah dia membiarkan Mereka menganggapnya gila dan Mo Yue Yue juga membiarkan dirinya kelihatan seperti seorang yang sangat kasihan kerana dia sedang menunggu waktu yang tepat.

Lagipula, dia jarang bertembung dengan Keluarganya mahupun Ru Shi kerana Biliknya terletak jauh dari Aula Utama dan Bilik-bilik Keluarganya itu.

Dan hal itu memudahkan dia untuk terus berpura-pura.

"AHH!! CIK MUDA YUE SEBENARNYA SESEORANG AKAN DATANG KESINI NANTI"

"APA?!"

—  𝐜 𝐨 𝐧 𝐭 𝐢 𝐧 𝐮 𝐞

Transmigration of the soul: Yue YueWhere stories live. Discover now