TOTS: R 34

463 66 2
                                    

 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐌𝐈𝐆𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐎𝐔𝐋: 𝐘𝐔𝐄 𝐘𝐔𝐄

"Huh.."

Keluhannya itu didengari oleh Xiao ba.

"Cik Muda?"

Yue Yue memandang Xiao ba yang kini berdiri disebelahnya. "Cik Muda kebosanan kah?" Soalannya dengan nada yang lembut.

"Hm, boleh dikatakan seperti itu.. Oh yaa, Xiao ba"

"Ya, Cik Muda?"

"Dimana Mei Ru? Sudah beberapa hari dia tidak memunculkan dirinya.. apa dia dalam masalah?"

"Ohh.. entahlah.. setahu Xiao ba dia ada urusan yang perlu dibuat. Mungkin benda tu masih memakan masa yang lama😅" ujar Xiao ba sambil tersenyum kecil.

"Hmm, baiklah.."

"Apa cik muda mahu berjalan-jalan sekejap?"

"Okay"

"Baiklah" ujar Xiao ba dengan senyuman manis dibibirnya.

Petang itu, Cuacanya agak sedikit sejuk. Angin yang melanggar tubuhnya itu juga membuatkan ia sedikit kesejukan.

"Rasanya tidak lama lagi Bulan purnama akan muncul"

"Betul sebab itu cuaca sekarang sejuk."

Perbualan orang-orang tersebut membuatkan Yue Yue teringat akan sesuatu.

"Bulan purnama? Ak! Haish baru teringat tentang itu"

"Cik Muda?" Xiao ba memandang Yue Yue dengan wajah yang kehairanan.

"Aa tiada apa-apa, Xiao ba mari kita balik. Ada sesuatu yan- eh!!" belum sempat ia menghabiskan kata-katanya tiba-tiba Yue Yue dapat merasakan sesuatu.

"Perasaan ini.. sama seperti buku itu.. tapi darimana? Darimana dia berada sekarang?"

"Cik Muda?" Xiao ba mendekati Yue Yue yang semakin melemah itu.

Ya, badan Yue Yue menunjukkan reaksi apabila dia merasakan sesuatu yang sama seperti yang ia rasakan ketika dia menyentuh buku terkutuk itu.

Tidak lama beberapa saat kemudian, Yue Yue pun pengsan di depan Xiao ba. Aura yang ia rasakan ketika itu sangat kuat. Sehinggakan badannya tidak boleh menerimanya sangat.

"C-CIK MUDAAAA!!!" Xiao ba mula cuak.

Asap hitam mula mendekati mereka. Xiao ba boleh melihatnya kerana kuasanya adalah tahap 2 tapi kuasanya hanya mampu melindunginya.

"Xiao ba?!" Jeritannya yang kuat itu membuatkan Xiao ba segera menoleh ke arahnya.

"Mei Ruuuu" air mata xiao ba mula mengalir deras di pipinya ketika ia melihat Mei Ru.

"Bukankah ini aura iblis? Kenapa mereka disini? Sial! Cik Muda Yue pasti dalam masalah sekarang!"

Mei Ru berhenti dihadapan Xiao ba sambil memandang Yue Yue yang sudah tidak menyedarkan dirinya itu.

"Xiao ba masih boleh bertahan dalam serangan ini? Pasti kuasanya sudah meningkat."

"Xiao ba, bawa Cik Muda Yue pergi sekarang!! Kalau tid-" belum sempat ia menghabiskan kata-katanya, Mereka tiba-tiba diserang oleh beberapa orang yang berpakaian serba hitam.

"Sial! Xiao ba cepat!" Jerit Mei Ru dengan nada yang serius.

Tanpa membuang masa Xiao ba pun mengendong Yue Yue lalu dia berlari untuk melindungi Yue Yue.

Melihat Yue Yue dibawa pergi oleh Xiao ba, mereka pun mula mengejarnya namun langkah mereka terhenti apabila Mei Ru memandang mereka dengan tatapan yang serius.

"Apa yang kamu mahu?"

"Kau bukan sasaran kami. Ketepi!" Ujar mereka dengan nada yang tinggi.

Mei ru tahu siapa sasaran mereka sebab itu lah dia tidak mahu beranjak sedikit pun.

"Kalau begitu kau perlu mengalahkan aku dahulu"

Mei Ru mula mengeluarkan kuasanya. "Tsk!"

Tanpa membuang masa mereka pun mula menyerang Mei Ru. Setiap serangannya dapat ia elakkan. Namun sayang, sesuatu telah terjadi, membuatkan pergerakan Mei Ru terhenti. Dia tidak dapat bergerak kerana..

"Heh, Gadis lemah seperti kau tidak patut masuk campur dalam hal ini" katanya dengan nada yang sombong.

Aura hitam mula mengelilingi badannya. Mei Ru sudah tidak dapat melawan. Badannya semakin lemah disebabkan aura hitam yang melilit tubuhnya itu.

"Hm? Bukankah dia Mei Ru? Puteri Kesayangan Naga Putih?" Dia mula mendekati Mei Ru.

Mei Ru yang masih boleh menyedarkan dirinya itu memandang wajah orang itu dengan tatapan yang penuh kebencian.

"Aa, kamu masih hidup? Bukankah kamu sepatutnya sudah mat-"

"Lepaskan dia"

Suara yang bernada serius dan dingin itu membuatkan dia tidak dapat meneruskan kata-katanya.

"Aura ini?"

"Yang Mulia.. Kita patut pergi. Dia buk- ahk!"

"Yang Mulia!"

"Tsk! Wu Qing Yuan.."

Tidak lama setelah itu, mereka pun menghilang begitu saja. "Zhe Hu"

Zhe Hu memandang Qing Yuan lalu dia mengangguk perlahan.

"Bawa mereka ke kediaman Wu kecuali dia" Para pengawalnya menganggukkan kepala mereka menandakan mereka faham atas arahannya itu.

Sebenarnya, ketika xiao ba sedang berlari untuk mencari tempat yang selamat, dia tiba-tiba terjumpa dengan Qing Yuan yang kebetulan berada disana.

"Yang Mulia.. tolong selamatkan Cik-" dia tidak dapat menghabiskan kata-katanya kerana badannya sudah melemah.

"Nampaknya mereka sudah dapat mengenali pemilik kuasa itu. Kau akan dalam bahaya Yue Yue."

Transmigration of the soul: Yue YueWhere stories live. Discover now