TOTS: Y 43

406 50 1
                                    

 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐌𝐈𝐆𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐎𝐔𝐋: 𝐘𝐔𝐄 𝐘𝐔𝐄

Qing Yuan memandang Yue Yue lalu dia mengetik jarinya, tidak lama setelah itu, muncullah sebuah buku yang kelihatan baru. Tindakan Qing Yuan itu mengejutkan Yue Yue.

"Apa yang kau buat?"

"Aku merasakan sesuatu aura dari badan kamu tapi kau tidak dapat mengeluarkannya kerana kau tidak tahu menggunakannya kan?" Kata Qing Yuan sambil menghulurkan buku itu kepada Yue Yue.

Tanpa membuang masa, ia pun mengambil buku itu dari tangan Qing Yuan. Dia membelek-belek buku itu lalu dia membukanya untuk membaca kandungan dalam buku itu. "Apa yang kau maksudkan dengan aura? Kau tahu kan tubuh ini mana mungkin ada kuasa" ketus Yue Yue yang sedikit tidak puas hati dengan tubuh badan yang ia masuki itu.

"Dulu dia memang tidak memiliki apa-apa kuasa tetapi sejak kau memasuki tubuhnya. Tubuhnya telah memberikan reaksi yang berbeda dari sebelumnya."

"Maksud kau?" Yue Yue mula serius dengan kata-kata Qing Yuan tadi.

"kau telah membawa sebuah kuasa dan kuasa itu kelihatannya terkunci di dalam badan ini" katanya dengan nada yang serius.

"Jadi maksud kau, aku sebenarnya memiliki sebuah kuasa?"

Qing Yuan hanya menganggukkan kepalanya. "Buku itu akan mengajar kamu untuk membuka semula kuasa kamu yang terkunci itu dan.."

"Dan?"

"Kau perlu mencari sebuah tempat yang lapang, Seeloknya bersebelahan dengan sebuah tasik."

"Hmm? Kenapa?"

"Membuka sebuah kuasa yang terkunci bukanlah sebuah perkara yang senang. Jika kamu tersalah langkah, pengakhirannya adalah Kematian" ujar Qing Yuan dengan nada yang serius.

Yue Yue terdiam saat mendengar perkataan 'kematian'.  "Apakah kuasa itu berasal dari buku terkutuk itu?"

"Boleh aku bertanya sesuatu?"

"Hm?" Yue Yue kembali memandang Qing Yuan.

"Macam mana kau boleh memasuki tubuhnya?" Soal Qing Yuan sambil menatap wajah Yue Yue yang berada disebelahnya itu.

"Kenapa kau mahu tahu?" Ujar Yue Yue. Mendengar kata-katanya itu, Qing Yuan terus mengalihkan pandangannya ke tepi.

"Kau kelihatan tidak menyukai tempat ini. Jadi aku mahu tahu sedikit macam mana dunia kau itu" kata Qing Yuan dengan nada yang perlahan.

"Hmm, baiklah memandangkan kau sudah memberikan aku buku ini jadi aku akan menceritakan hal yang sebenar."

Sebelum Yue Yue memulakan ceritanya, dia berdiri dari kerusinya lalu dia berjalan menuju ke tingkap biliknya itu.

"Sebelum aku memasuki tubuh ini, aku ialah Mo Yue Yue, seorang pembunuh upahan dari dunia moden. Dunia aku mungkin tidak semenarik dunia ini tetapi dunia itu penuh dengan ketidakadilan. Semua orang di sana hanya menginginkan kekayaan, jika kau tidak kaya. Kau akan hidup dalam kesengsaraan tetapi jika kau kaya, Kau akan disanjung tinggi dan untuk pengetahuan kau, Aku tidak begitu menyukai Dunia aku tapi itu tidak bermaksud aku tidak mahu kembali ke sana. Aku akan menyelesaikan masalah Zhen Yue Yue dan aku mahu kembali ke dunia ku." Ujar Yue Yue sambil memandang langit malam itu.

Qing Yuan terdiam, dia tidak tahu untuk berkata apa lagi. Gadis yang berada dihadapannya itu membuatkan dia buntu. Sebelum ini, dia tidak pernah terfikir untuk menginginkan sesuatu tetapi sekarang dia menginginkan gadis yang berada dihadapannya ini untuk terus hidup bersamanya.

"Yue Yue, apa kau benar-benar mahu meninggalkan dunia ini dan kembali kesana?"

"Walaubagaimanapun, dunia ini bukan tempat kelahiran ku. Sudah semestinya aku mahu pulang ke dunia asal ku" kata Yue Yue dengan nada yang bersemangat.

Melihat raut wajahnya yang bersemangat dan bahagia itu membuatkan Qing Yuan kembali terdiam. "Rasanya sudah cukup untuk hari ini."

"Ha? Kenapa?" Ujar Yue Yue sambil memandang Qing Yuan yang sudah berdiri itu.

"Aku akan ke gunung suci itu dalam dua hari kemudian."

"Ah, aku baru teringat tentang itu. Berapa lama kau akan pergi?" Ujar Yue Yue

"Dua Tahun"

Mendengar jawapan Qing Yuan itu membuatkan Yue Yue terkejut. "Sebegitu lama?"

"Zhen Yue Yue"

"Hm?" Yue Yue kembali memandang Qing Yuan.

"Aku berharap kau akan mengubah keputusanmu." Kata Qing Yuan dengan nada yang perlahan lalu dia menghilangkan kuasa yang membuatkan percakapan mereka tidak didengari orang luar itu.

"Apa? Aku tidak mendengarnya?? Qing Yuan?!"

Qing Yuan mengendahkan kata-kata Yue Yue itu lalu dia berjalan keluar dari bilik Yue Yue itu. "Ehh tungguu Qing-"

Belum sempat ia mengejarnya, Qing Yuan dan Zhe Hu sudah pergi dari situ dengan mengunakan kuasa mereka.

"Ehh? Kenapa Yang Mulia pergi begitu saja?" Ujar Xiao ba lalu dia memasuki bilik Cik Mudanya itu.

"Cik Muda?"

"Mereka sudah pergi?"

"Hmm-mm" Xiao ba menganggukkan kepalanya. Melihat Xiao ba menganggukkan kepalanya, Yue Yue pun mengeluh perlahan.

"Ada apa dengan dia?"

Transmigration of the soul: Yue YueWhere stories live. Discover now