TOTS: Y 51

297 35 0
                                    

 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐌𝐈𝐆𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐎𝐔𝐋: 𝐘𝐔𝐄 𝐘𝐔𝐄

Melalui cahaya bulan purnama, Ia dapat melihat jelas wajahnya yang sudah dibasahi peluhnya itu.

Walaupun serangannya tidak pernah mengena padanya tetapi dia tetap tidak berputus asa, serangan demi serangan yang dilakukan olehnya tetapi orang yang ia serang itu tidak pernah membalas serangannya itu.

Membuatkan ia seperti seorang yang bodoh. "Apa Yang Kau Buat?!" Ketusnya dengan nada yang marah.

Jelas kelihatan di wajahnya tiada apa-apa reaksi dari kata-katanya tadi.

"Yang Mulia Wu?!"

Seorang lelaki datang dari belakang Qing Yuan, lalu dia berdiri di hadapannya. Pedangnya yang kelihatan tajam itu sudah dikeluarkan dari sarung pedangnya.

Dalam posisi tersebut, dia sedang melindungi Qing Yuan. Walaupun sebenarnya dia tahu yang Wu Qing Yuan lebih kuat darinya, tapi tetap saja.. Wu Qing Yuan adalah orang terpenting baginya.

Jika ia gagal melindungi Qing Yuan dari bahaya, Nyawanya akan tergadai.

"Oh, bukan kau juga salah satu dari pengikut Pendeta Suci itu?" Kata Qing Yuan dengan raut wajah yang datar.

Dia terkejut saat mendengar kata-kata Qing Yuan itu, jauh dalam hatinya dia sedang gembira kerana orang yang ia kagumi sedarakan kewujudannya.

"Ah! betul.. aku ialah She Zi, Pengikut Pendeta Suci Tahap 4" ujarnya gembira.

Kegembiraan yang terpancar di wajahnya membuatkan Qing Yuan tersenyum kecil kerana ia mengingatkannya kepada Zhe Hu saat mereka pertama kali bertemu.

Walaupun ketika itu mereka bertemu dalam keadaan yang janggal tetapi kegembiraan yang terpancar di wajahnya saat itu membuatkan keadaan pada saat itu seperti tiada apa-apa yang berlaku.

"Baiklah, kau uruskan dia. Aku mahu ke sana"

Setelah ia berkata sedemikian, dia pun menghilang seperti dibawa angin. Kini tinggallah mereka berdua disana.

She Zi memandang lelaki yang ada dihadapannya itu. "Siapa kau? Kenapa kau menyerang Yang Mulia Wu?"

"Tch!" Dalam sekelip mata ia menghilang begitu saja.

"Black Magic?!" She Zi dapat merasakan orang tadi itu menggunakan kuasa Dunia Bawah. "Apa dia pengikut dewa Neraka?!"

- [ISTANA LONG]

Cui Ling mendekati Yue Yue yang masih berbaring di atas katilnya sambil membelakanginya itu. "Cik Muda?"

Sudah beberapa kali ia memanggilnya tetapi tetap saja Yue Yue tidak membalas sepatah pun.

Disebabkan ia risau akan keselamatannya, Dia pun mengerakkan badan Cik Mudanya itu dengan perlahan.

Setelah ia berbuat demikian, badan Yue Yue pun jatuh di pangkuannya. Saat itu ia sedar yang Yue Yue dalam keadaan tidak sedarkan dirinya.

"Xiao Ba!!!"

Cui Ling membetulkan posisi badan Yue Yue lalu dia berlari keluar dari bilik Yue Yue itu.

Xiao ba berlari mendekati Cui Ling yang baru saja keluar dari bilik Yue Yue itu. Wajahnya yang cemas itu membuatkan Xiao ba juga ikut cemas. "Ke-kenapa?!"

"Panggil Tabib.. cepattt!!" Ujar Cui Ling dengan nada yang cemas.

Tanpa menanya apa yang terjadi, ia terus berlari menuju ke Tempat tabib istana berada.

Sampai sahaja ia disana, ia terus meminta seorang tabib untuk mengikutinya. Ketika mereka sedang berjalan menuju ke bilik Yue Yue tiba-tiba langkah mereka terhenti disebabkan kehadiran Yang Mulia Long itu.

"Xiao ba? Apa yang kau mahu lakukan dengan tabib istana ini?" Ujarnya sambil memandang wajah Xiao Ba yang sedang cemas itu.

"Maafkan patik, Yang Mulia Long.. tetapi ini arahan Cui Ling untuk membawa Tabib ke bilik Cik Muda Yue" jelasnya dengan wajah yang risau.

Mendengar nama Yue Yue disebut, ia pun berlari menuju ke tempat Yue Yue berada, begitu juga Xiao ba dan Tabib istana itu.

"Xi- eh?" Seorang lelaki yang berpakaian serba putih dengan mata yang ditutup dengan kain putih itu membuatkan Cui Ling terdiam kaku.

Dia cuba mendekati Yue Yue namun Cui Ling dengan pantas menghalang laluannya itu. Lelaki itu memandangnya lalu dia menggunakan kuasanya untuk membuatkan Cui Ling tidak mengganggunya.

"Badan aku?!"

Setelah ia mengenakan kuasanya kepada Cui Ling, Badan Cui Ling terus tidak dapat bergerak. Hanya matanya saja yang boleh melihat bergerak, bahkan mulutnya juga seperti ditutup dengan sesuatu membuatkan ia tidak dapat bersuara.

"Aku akan mengambilnya, dia akan tahu" walaupun kata-katanya itu amat sukar untuk ia fahami namun dalam sekelip mata, Ia menghilang bersama Yue Yue didalam dakapannya itu.

Transmigration of the soul: Yue YueWhere stories live. Discover now