𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐌𝐈𝐆𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐎𝐔𝐋:
𝐘𝐔𝐄 𝐘𝐔𝐄
Sudah banyak kali ia berfikir tetapi fikirannya tetap kosong. Dia tidak faham kenapa dia tiba-tiba boleh berada ditempat yang aneh ini.
"Cik Muda Yue? Adakah kepala Cik Muda masih sakit?" Ujar seorang gadis yang berpakaian seperti seorang pelayan itu.
"Bukankah aku menyuruh kau untuk keluar dahulu?!" Ketusnya dengan nada yang sederhana kuat.
Mendengar ia berkata dengan nada yang sedemikian. Ia pun dengan cepat berjalan keluar dari bilik Cik Mudanya itu.
"Bai Chin?"
"Maafkan hamba Tuan Perdana Menteri Zhen tetapi tad--"
"Ayah, Nampaknya Yue Yue semakin biadab. Ayah juga dengarkan apa yang dia katakan kepada Bai Chin tadi" kata seorang gadis yang berpakaian serba seksi itu.
Dan gadis itu ialah ZHEN RU SHI atau nama sebenarnya ialah Li Ru Shi. Dia ialah Anak Tiri kesayangan Perdana Menteri Zhen.
Sekarang kuasanya berada dalam tahap 5, dimana dirinya sudah mampu memiliki haiwan roh sendiri dan haiwan Roh pilihannya ialah Rama-rama berwarna Ungu.
Rama-rama Ungu yang ia pilih bukanlah sejenis Rama-rama yang biasa sebaliknya, Rama-rama itu mampu meracuni orang dan membuatkan orang yang terkena racunnya itu meninggal dalam beberapa saat sahaja.
Tetapi buat masa sekarang, Rama-rama Ungu yang dimiliki oleh Ru Shi itu masih dalam tahap 1 dan rama-rama itu masih belum boleh mengeluarkan racunnya apatahlagi bertukar menjadi manusia.
"Kalau Kakak Tirinya Tahap 5, jadi gadis ini???" Tanpa membuang masa ia pun meletakkan jarinya di pergelangan tangannya untuk memeriksa tahapnya.
Namun, usahanya itu hanya sia-sia sahaja kerana nadi bukanlah tempat untuk dia memeriksa Tahapnya.
Sebenarnya, Setelah Yue Yue tersentuh Buku Terkutuk di Dunia Moden itu, Jiwanya terus memasuki tubuh seorang gadis yang kosong dari dunia lain.
Nama Dunia tersebut ialah Dunia Spiritual. Dunia dimana semua orang menggunakan kuasa mereka untuk melindungi diri mereka dan mendapatkan 'Nama' (kuasa) melalui Tahap Kuasa yang mereka ada.
Cik Muda Yue atau Namanya sebenarnya iaitu ZHEN YUE YUE adalah seorang gadis yang sentiasa dibuli, dihina, dipergunakan dan sebagainya, sehinggakan ia diberi gelaran sebagai Cik Muda Bodoh oleh orang disekelilingnya.
Disebabkan sentiasa dihina dan dibuli, Zhen Yue Yue pun mengambil keputusan untuk membunuh dirinya namun sayangnya dia malah diselamatkan oleh seseorang yang ia sendiri tidak kenal.
Setelah ia diselamatkan, Dia pun kembali meneruskan hidupnya dengan penuh perasaan kecewa dan pada akhirnya dia tetap memilih untuk membunuh diri lagi.
Tetapi bukan dengan cara ia lakukan sendiri sebaliknya dia sengaja mencari pasal dengan kakak tirinya itu dan membiarkan Kakak tirinya melawannya sehingga ia mati.
Dan kali itu, Caranya berjaya kerana Kuasa kakak tirinya yang lebih tinggi darinya itu membuatkan dirinya tidak dapat menahannya dengan lebih lama lagi.
Namun, sayangnya.. walaupun dia sudah mati, Tubuhnya masih tetap bernafas tetapi bukan dengan jiwa yang sama sebaliknya dengan jiwa orang lain iaitu jiwa MO YUE YUE, seorang gadis dari Dunia lain.
"Arghhhhhhhh!!! Sebenarnya macam mana mahu tahu Tahap Kuasa dia niii!!?" Jeritnya dengan nada yang geram.
"Ahh, sudahlah.. Aku patut berjumpa dengan mereka da--" belum sempat ia menghabiskan kata-katanya tadi tiba-tiba kepalanya berdenyut-denyut membuatkan dia kembali terduduk di katilnya yang keras itu.
"ergh! Sial! Tubuhnya benar-benar lemah" ujarnya kesal lalu dia mengurut perlahan dahinya yang masih berdenyut itu.
𝐜 𝐨 𝐧 𝐭 𝐢 𝐧 𝐮 𝐞
YOU ARE READING
Transmigration of the soul: Yue Yue
Ficción histórica[ 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 #1 ] [ DALAM PROSES PEMBAIKAN ] Dalam prosesnya untuk menyelesaikan misi, Mo Yue Yue malah diserang oleh musuhnya. Disaat ia tahu ia sudah menjumpai jalan mati, tanpa tersengaja, ia tersentuh buku terkutuk yang akan memb...