𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐌𝐈𝐆𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐎𝐔𝐋: 𝐘𝐔𝐄 𝐘𝐔𝐄
Kehadirannya di Kediaman Tuan Jenderal Liu telah mengejutkan mereka yang melihat sosoknya saat ia berjalan masuk ke dalam kediaman Tuan Jenderal Liu itu. Ada juga diantara mereka mula bercerita kotor tentangnya dan ada juga yang menafikan apa yang mereka lihat tadi ialah dia.
"Cik Muda Yue.. bukankah pakaian Cik Muda Yue kelihatan begitu terdedah?" ujar Xiao Ba dengan raut muka yang risau kerana ia takut akan ada cerita buruk tentang Cik Mudanya itu lagi.
Yue Yue yang sedar akan kerisauan Xiao Ba itu hanya tersenyum manis lalu ia kembali menyuruh Mei Ru untuk terus meriaskan mukanya itu agar kelihatan lebih manis. "Cik Muda Yue, ini adalah bedak pemerah pipi yang terbaru. Jika Cik Muda Yue menggunakan ini pasti Wajah Cik Muda Yue akan kelihatan lebih cantik dan manis." ujar Mei Ru sambil memakaikan Yue Yue bedak pemerah pipi yang dikatakan olehnya tadi.
Yue Yue hanya menganggukkan kepalanya sahaja menandakan dia setuju dengan kata-kata Mei Ru tadi. Xiao Ba yang berdiri diam dibelakang Cik Mudanya itu hanya mendiamkan dirinya dan raut wajahnya memang jelas kelihatan yang dia sedang merisaukan Cik Mudanya itu.
"Sudahlah, Xiao Ba.. Lagipun takkan kamu mahu melihat Cik Muda Yue Yue kita kelihatan hodoh setiap hari?" kata Mei Ru sambil tertawa kecil dan hal itu juga membuatkan Xiao Ba turut tertawa.
Jika ia fikirkan semula, walaupun pakaian yang dikenakan oleh Cik Mudanya itu agak terdedah tetapi orang lain akan sedar bahawa Cik Muda Yue mereka masih waras dan tidak bodoh seperti dulu.
"oh? jadi sebelum ini apakah aku benar-benar kelihatan hodoh dimata kamu?" ujar Yue Yue dengan wajah yang berkerut menandakan ia sedikit terasa dengan kata-kata Mei Ru tadi. Tindakan Yue Yue itu hanya membuatkan Xiao Ba dan Mei Ru tertawa bersama. "mm, tidak.. tidak.. Dimata Xiao ba, Cik Muda Yue adalah orang yang paling cantik di dunia ini" ujar Xiao Ba sambil tersenyum manis.
Yue Yue yang melihat senyuman manis Xiao Ba itu membuatkan ia merasa sedikit sedih kerana ia takut ia tidak dapat lagi melihat senyuman manis Xiao Ba itu kerana rancangannya untuk membalas dendam akan bermula dan ia tahu risiko disetiap perbuatannya itu nanti.
Walaupun, rancangannya itu tiada kena mengena dengan Xiao Ba ataupun Mei Ru tetapi Mereka akan tetap dibawa masuk campur kerana mereka berdualah yang berkhidmat untuknya. Memikirkan hal itu, Yue Yue benar-benar ingin mendapatkan satu kuasa supaya ia dapat melindungi dua orang yang sentiasa berada bersamanya itu.
"Cik Muda Yue, tandu untuk menuju ke kediaman Tuan Jenderal Liu sudah sedia." ujar Mei Ru sambil mengemas barang-barang yang ingin dibawa oleh Cik Mudanya untuk berjumpa dengan Tuan Jenderal Liu itu.
Xiao Ba yang baru sahaja selesai menghias rambut Yue Yue terus menoleh kebelakang untuk melihat Mei Ru begitu juga Yue Yue. "baiklah, Xiao Ba.. kemas-kemaslah dahulu.." kata Yue Yue terus berjalan menghampiri Mei Ru, Xiao Ba hanya menganggukkan kepalanya lalu ia pun mula mengemas tempat periasan muka Cik Mudanya itu.
Setelah ia siap mengemas tempat itu, barulah ia berjalan keluar dari bilik Cik Mudanya itu dan dia pun menuju ke tandu yang akan membawa mereka ke Kediaman Tuan Jenderal Liu itu.
Dengan langkah yang perlahan, Yue Yue berjalan masuk ke dalam kediaman Tuan Jenderal Liu dan kedatangannya itu disambut oleh seseorang lelaki yang berpakaian hanfu yang berwarna hitam. Saat ia mendongakkan kepalanya untuk melihat wajah Yue Yue ia sedikit terkejut dan hal itu membuatkan ia tiba-tiba berasa gugup untuk memandang wajah Yue Yue kembali.
"Mm, maaf.. Sekarang Tuan Jenderal Liu ada tetamu dan Tuan Jenderal Liu mengarahkan saya untuk membawa Cik Muda Zhen ke bilik bacaannya terlebih dahulu." Ujarnya terus berjalan menuju bilik bacaan Tuan Jenderal Liu itu. Yue Yue hanya mengikutinya dari belakang bersama Mei Ru dan Xiao Ba.
Namun, sesampai sahaja mereka di bilik bacaan Tuan Jenderal Liu.. Hanya Yue Yue yang dapat masuk kerana Bilik Bacaan Tuan Jenderal Liu hanya boleh dimasuki oleh orang yang diizinkan sahaja.
"Mm, maaf, hanya Cik Muda Zhen yang dapat menunggu didalam. Kamu berdua sila ikut saya" Ujarnya dengan nada yang perlahan. Walaupun pada mulanya, Yue Yue tidak mahu berjauhan dengan Xiao Ba atau Mei Ru tetapi ia terpaksa menerimanya lagipun dia bukan seorang yang lemah. Hanya saja badannya yang lemah kerana tiada tahap kuasa.
Setelah Yue Yue memasuki bilik bacaan Jenderal Liu, dia pun duduk ditepi tingkap sambil menikmati pemandangan yang cantik di luar bilik bacaan Jenderal Liu itu. "Apa dia seorang yang suka akan ketenangan?" gumam Yue Yue sambil menghelakan nafasnya.
Beberapa minit telah berlalu, Batang hidung Jenderal Liu masih belum kelihatan. Disebabkan Yue Yue sudah kepenatan menunggu, ia pun tertidur pulas ditepi tingkap bilik bacaan Jenderal Liu itu. Setelah 10minit ia tertidur, Jenderal Liu pun akhirnya datang ke bilik bacaannya itu.
Sampai sahaja ia di bilik bacaannya, baru ia sedar yang ia sudah membiarkan seorang tetamu untuk menunggunya dibilik bacaannya ini. Pada mulanya ia ingin mengejutkan Yue Yue namun melihat Yue Yue sedang tertidur pulas, Ia pun membiarkan Yue Yue tertidur disitu walaupun sebenarnya tempat yang Yue Yue duduk itu adalah tempatnya.
Kerana ia tidak mahu kebosanan, ia pun mengambil buku bacaannya lalu ia membacanya ditepi Yue Yue. Namun, bukunya itu tidak terbaca apabila Yue Yue tanpa sengaja memegang tangannya dan gelagat Yue Yue juga membuatkan ia tertawa.
"ayam panggangggg... Xiao Baaaa, Mei Ruuuuu"

ANDA SEDANG MEMBACA
Transmigration of the soul: Yue Yue
Ficción histórica[ 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 #1 ] [ DALAM PROSES PEMBAIKAN ] Dalam prosesnya untuk menyelesaikan misi, Mo Yue Yue malah diserang oleh musuhnya. Disaat ia tahu ia sudah menjumpai jalan mati, tanpa tersengaja, ia tersentuh buku terkutuk yang akan memb...