𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐌𝐈𝐆𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐎𝐔𝐋: 𝐘𝐔𝐄 𝐘𝐔𝐄
"Ah, aku patut fikir benda tu nanti. Sekarang aku perlu mencarinya" bisik Yue Yue dalam hati.Pada mulanya ia berfikir, kehadirannya tidak akan diketahui oleh Haiwan-haiwan tersebut namun tanggapannya itu salah. Saat ia cuba meneruskan jalannya, tiba-tiba Ular yang bersisik Naga itu memandang ke arahnya dengan tatapan yang tajam.
Yue Yue menyedari tatapannya itu tetapi dia masih bersikap seperti tidak tahu apa-apa. "Adakah manusia itu bodoh?"
"Hey, gadis kecil.. apa yang kau sedang buat disana?"
"Apa dia fikir kita tidak akan sedar dengan kehadirannya?"
Walaupun mereka telah menyedari kehadirannya namun Yue Yue tetap berjalan seperti tiada apa-apa yang berlaku.
Ketika ia sudah menghampiri tempat yang dikatakan oleh Lin Xi semalam, tiba-tiba dia terdengar suara seseorang yang ia kenal.
"LEPASKAN AKU!!"
"DIAM!"
Dengan langkah yang perlahan, dia berjalan menghampirinya lalu dia memandangnya dengan tatapan yang bengis.
"JIKALAU KAKAK KAU TIDAK MEMBUNUH DIRINYA SUDAH SEMESTINYA KAU TIDAK BERHARGA BAGI MEREKA" katanya sambil meludahkan air liurnya di atas lantai bilik itu.
"Kakak? Maksudnya dia adalah.." buat seketika Yue Yue terdiam. Dia tidak percaya yang gadis itu adalah adik kepada Lin Xi.
"Mei Ru?!"Ternyata adik kepada Lin Xi itu adalah Mei Ru, pembantu pribadinya. Mei Ru yang dalam masa yang sama menyedari kehadiran Yue Yue itu juga terkejut.
Mereka saling berpandangan namun dia mengalihkan pandangannya ke tempat lain apabila dia melihat lelaki yang bersikap bengis itu memandang ke arahnya semula kerana dia tidak mahu lelaki itu sedar akan kehadiran Yue Yue itu.
Walaupun Yue Yue masih terkejut tetapi dia tetap meneruskan misinya. Dia memandang Mei Ru lalu membuat beberapa isyarat tangan kepadanya.
Mei Ru memahami Isyarat tangan Yue Yue itu lalu dia kembali memandang lelaki itu dengan wajah yang marah kemudian dia berjalan menuju ke hujung dinding tempat itu.
Melihat Mei Ru sudah tidak membuat bising, lelaki itu pun duduk semula le tempatnya lalu meneruskan semula perbuatannya tadi iaitu meminum arak yang tersedia di atas mejanya itu.
Maksud Isyarat tangan yang dilakukan oleh Yue Yue tadi adalah "tenang dan tunggu kedatanganku semula. Aku perlu buat sesuatu."
Oleh disebabkan itulah Mei Ru mula bersikap tenang dan cuba untuk tidak mencari masalah kerana dia mempercayainya.
Setelah keadaan kembali tenang, Yue Yue pun meneruskan jalannya untuk mencari sesuatu yang dikatakan oleh Lin Xi tadi iaitu ubat yang terletak berdekatan dengan bunga 7warna.
Yue Yue pernah terbaca berkaitan bunga 7warna itu. Ia dikatakan mampu menjadi ubat penawar atau racun yang berbahaya. Lagipula, bunga itu hanya tumbuh sekali dalam 20tahun. Jika dijual, harganya mampu mencecah ratusan ribu tetapi Yue Yue hairan, mengapa Lin Xi malah memintanya untuk mengambil benda yang lain selain bunga itu.
Tidak jauh dari tempat ia Mei Ru di kurung tadi. Yue Yue sudah menjumpai Bunga 7warna itu.
Baunya wangi dan warnanya juga tidak terlalu terang. Menandakan bunga itu akan layu dan ia sesuai dijadikan racun yang mematikan.
Tanpa menunggu lama, ia pun mendekatinya lalu dia mengambil sebuah botol ubat yang kecil disebalik bunga 7warna itu. Saat ia mengambil botol ubat itu, tiba-tiba tangannya ditahan oleh seseorang.
Yue Yue yang terkejut itu menghunuskan pedang kecil yang dibawanya bersama itu ke arah orang yang menahan tangannya itu.
Tindakan Yue Yue yang pantas itu membuatkan orang itu melepaskan tangan Yue Yue.
"Yue Yue" Nada suaranya kecil seakan-akan dia tidak mahu orang mendengar suaranya atau lebih tepat lagi, dia tidak mahu kehadiran disedari oleh orang lain.
"Siapa!?" Walaupun suara Yue Yue kecil tetapi nadanya menunjukkan ia sedikit agresif.
Mata Pedang Kecil milik Yue Yue itu berada tepat di wajahnya yang di tutup dengan kain hitam itu.
"Guo'er"
"Guo'er?" Yue Yue menurunkan pedang kecilnya itu lalu dia membuka kain hitam yang menutup separuh wajahnya itu.
Sebuah senyuman manis terukir dibibirnya sebaik sahaja kain hitamnya itu ditarik oleh Yue Yue.
"Oh, kau.." Yue Yue mula kembali tenang.
Melihat Yue Yue sudah kembali tenang, Dia pun memulakan perbualan.
"Apa yang kau buat disini? Bagaimana kau boleh masuk disini?" Soalnya sambil memandang Yue Yue yang sedang mengambil botol ubat yang ada dihadapan mereka itu.
YOU ARE READING
Transmigration of the soul: Yue Yue
Historical Fiction[ 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 #1 ] [ DALAM PROSES PEMBAIKAN ] Dalam prosesnya untuk menyelesaikan misi, Mo Yue Yue malah diserang oleh musuhnya. Disaat ia tahu ia sudah menjumpai jalan mati, tanpa tersengaja, ia tersentuh buku terkutuk yang akan memb...