TOTS: Y 60

291 37 2
                                    

 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐌𝐈𝐆𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐎𝐔𝐋: 𝐘𝐔𝐄 𝐘𝐔𝐄

  Jari-jemarinya mula bergerak perlahan apabila musik yang dibawanya itu semakin mendekati pengakhirannya.

Tidak lama setelah itu, Yue Yue pun memberhentikan gerakan jarinya dengan perlahan, menandakan persembahan telah berakhir.

Setelah ia menamatkan persembahan, Mereka semua menepuk tangan mereka sambil tertawa bahagia, begitu juga Maharaja Tian dan Permaisuri Chua, mereka sangat menyukai persembahan Yue Yue sebentar tadi.

"Bagus! Sangat Bagus! Beta sangat menyukainya." Ujarnya sambil menepuk tangannya dengan kuat.

Mendengar pujian darinya, Yue Yue pun tersenyum kecil. Dia tidak menyangka Persembahan tadi berjaya membuatkan Maharaja Tian senang.

"Nampaknya Kerajaan dunia laut akan memiliki seorang Permaisuri yang berbakat" Kata Maharaja Tian dengan nada yang kuat.

Long Bai Feng hanya tertawa kecil saat mendengar kata-kata daripada Maharaja Tian itu.

"AHAHAHA"

Mereka yang mendengarnya juga hanya memberikan reaksi yang sama seperti Long Bai Feng.

"Yue Yue, bolehkah beta tahu lagu apa yang kamu bawakan tadi?"

"Aa, itu adalah “Qīngchéngshān Xià Bái Sùzhēn”."

"“Qīngchéngshān Xià Bái Sùzhēn”?"

"Lagu itu mengisahkan Siluman Ular Putih yang telah bertapa di Gunung Qīngchéng selama beribu tahun."

"Oh? Jadi kenapa kamu memilih lagu ini untuk persembahan kamu?"

"Ah, Yue Yue pernah membaca cerita tentangnya dan Yue Yue amat menyukainya.. disebabkan itulah Yue Yue mahu menjadikan lagu itu sebagai persembahan Yue Yue pada harini." Ujarnya panjang lebar dengan senyuman manis yang terukir dibibirnya.

Mendengar penjelasannya itu, Mereka pun menganggukkan kepala mereka dengan perlahan menandakan mereka faham apa yang disampaikan oleh Yue Yue itu.

Walaupun.. sebenarnya.. itu hanyalah sebuah jawapan rekaan daripada Zhen Yue Yue sendiri😌. Sebenarnya yang memilih lagu itu adalah Cui Ling.

Dia tidak pernah membaca cerita itu mahupun tahu akan kewujudan cerita itu tetapi semuanya berkat Cui Ling kerana menceritakan itu kepadanya.

Flashback, Di Istana Long.

Mendengar ia mengeluh banyak kali.. Cui Ling pun mendekati Yue Yue yang berada tidak jauh darinya itu.

"Cik Muda?"

"Hm?" Yue Yue mengalih pandangan ke arah Cui Ling.

Sekarang posisi Yue Yue adalah ia membaringkan kepalanya di atas meja bulat yang ada di ruang tamu biliknya itu, manakala kedua-dua tangannya sedang bermain dengan cawan teh yang ada dihadapannya itu.

"Apa yang membuat Cik Muda banyak kali mengeluh?"

"Oh, kau mendengarnya? Aku fikir kau tidak mendengarnya." Jawab Yue Yue dengan selamba.

"Cik Muda bosan?"

"Sedikit"

"Kalau begitu.. Cik Muda mahu Cui Ling temankan Cik Muda berjalan-jalan sebentar?"

"Tidak. Terima kasih."

"Huh?"

"Cui Ling.. shh.. duduk saja dan diam. Sekarang adalah waktu yang tepat untuk kita mengeluh" katanya sambil melambai-lambai tangan ke udara dengan longlainya.

Cui Ling hanya menggelengkan kepalanya. Dia tidak dapat berbuat apa-apa lagi kerana Yue Yue memang tidak akan mendengar kata-katanya nanti.

"Ohyaa, Cui Ling.. Boleh kau cadangkan aku sebuah lagu untuk aku bawakan nanti untuk majlis itu?"

"Hmm, Cik Muda mahu yang macam mana?"

"Kalau boleh, lagu yang singkat sahaja. Aku tidak mahu membuat persembahan lama-lama"

Mendengar kata-katanya itu, Cui Ling pun mula berfikir dalam-dalam. Beberapa minit kemudian, dia pun kembali memandang Yue Yue dengan raut wajahnya yang gembira.

"Kamu sudah memikirkannya?"

"Hmm-mm, apa kata Cik Muda bawa lagu “qīngchéngshān xià bái sùzhēn”."

"“qīngchéngshān xià bái sùzhēn”.?"

"Ahh, lagu itu mengisahkan tentang ular putih yang bertapa di Gunung Qingcheng, namanya ialah Bai Suzhen"

"Ular putih? Gunung Qingcheng?"

"Gunung Qingcheng adalah gunung suci bagi dunia siluman. Disanalah tempat mereka untuk bertapa beribu tahun."

"Oh? Menarik.. Teruskan.."

Tanpa menunggu lama, Cui Ling pun menceritakan tentang Ular Putih dan Gunung Qingcheng itu.

Dan begitulah kisahnya...

FLASHBACK END.

"Bagus."

"Beta amat terhibur dengan persembahan kamu tadi. Melodinya yang perlahan itu membuatkan telinga Beta tidak bosan mendengarnya lagi dan lagi.. jika kamu yang memainkannya" pujinya sambil tertawa gembira.

Mendengar ia banyak kali memujinya, perasaan bencinya pun semakin membuak dengan gadis yang bernama Zhen Yue Yue itu.

"Terima Kasih atas pujian Maharaja Tian dan Permaisuri Chua. Zhen Yue Yue senang mendengar pujian dari Yang Mulia" ujarnya dengan nada yang perlahan.

"AHAHAHA, bagus.. bagus.. Baiklah, kamu dibenarkan merehatkan diri kamu"

"Mm.. kalau begitu, izinkan Zhen Yue Yue untuk keluar sebentar."

"Baiklah, dipersilakan.."

Dengan langkah yang perlahan, dia berjalan keluar daripada aula utama itu dan diikuti dengan Xiao ba dibelakangnya.

"Cik Muda.. cik muda nampak sangat menawan masa persembahan tadi!!!"

"AHAHAHA cukuplah, aku tidak mahu mendengar pujian lagi" ujar Yue Yue sambil mengelus perlahan rambut Xiao ba itu.

- CONTINUE

Transmigration of the soul: Yue YueWhere stories live. Discover now