TOTS: Y 23

588 75 0
                                    

 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐌𝐈𝐆𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐎𝐔𝐋: 𝐘𝐔𝐄 𝐘𝐔𝐄

Yue Yue memandang lelaki yang berada dihadapannya itu dengan tatapan yang dingin. Baginya, mungkin pembantu lelaki itu bodoh tetapi mustahil lelaki itu juga bodoh.

"Kamu bukan Siluman Rubah Putih kan dan badan kamu mempunyai aura Dewa Teratai Salji."

Yue Yue terkejut mendengar kata-kata lelaki itu. Selama ini dia memang dapat merasakan yang dirinya ada membawa sesuatu aura tetapi dia tidak tahu aura jenis apakah itu.

"APA?! DIA BUKAN SILUMAN RUBAH PUTIH?!"

Pembantunya yang pada mulanya dingin sahaja kini mula bersuara. "Kalau dia bukan Siluman Rubah Putih jadi kenapa mereka boleh menangkapnya?"

"Mereka telah dibohongi olehnya."

Lelaki itu hanya menganggukkan perlahan kepalanya lalu dia duduk di kerusi yang telah disediakan di hadapan Yue Yue itu. "Siapa nama kamu?"

"Kenapa kau mahu mengetahuinya?"

"Saja."

"Kalau begitu aku tidak akan menjawabnya." Ujar Yue Yue terus mengalihkan pandangannya ke tempat lain.

Lelaki itu tersenyum sinis melihat gelagat Yue Yue itu lalu dia menyuruh Pembantunya itu untuk melepaskan Ikatan yang mengikat Tangan Yue Yue itu.

Ikatan di tangannya pun terlepas, Yue Yue kemudian memusingkan tangannya berkali-kali untuk menghilangkan rasa sakit sepanjang tangannya diikat tadi.

"Kenapa kau melepaskan aku?"

"Sebab kau orang itu. Apapun, Kau berhutang Nama dengan ku."

"Kenapa kau mahu tahu Nama ku? Adakah Namaku akan membawa kebaikan untukmu di masa akan datang?" Ujar Yue Yue terus memandang lelaki itu dengan tatapan yang kosong.

"Mungkin" balasnya sepatah dan hal itu membuatkan Yue Yue teringat akan sesuatu.

Dalam sekelip mata saja, Raut Wajahnya berubah menjadi sinis dan penuh ke'setanan'.

"Apa yang kau sedang fikirkan?"

"Ha? Oh, Nama Aku Zhen Yue Yue dan kamu?" Ujar Yue Yue dengan senyuman yang misteri.

Senyumannya yang seram itu membuatkan ia berasa takut dengannya. "Kenapa? Bukan kau yang mahu berkenalan dengan aku tadi?"

Yue Yue sedar yang dia mungkin kelihatan menyeramkan sekarang sebab dalam kepala otaknya hanya ada sebuah rancangan yang Jahat untuk mengenakan seseorang yang ia kenal.

"Gadis ini bukan saja memiliki aura yang kuat tetapi dia juga seorang yang licik. Menarik, sehingga aku ingin berkenalan dengannya lebih jauh."

"Long Bai Feng, Penguasa Kerajaan laut."

"Penguasa Dunia laut? Kalau ada penguasa Kerajaan laut pasti ada penguasa Kerajaan langit. Dunia bawah dan dunia siluman.. Hmm menarik.."

"Apa yang kau fikirkan?"

"Hmm? Tiada. Apapun, aku mahu kau buat sesuatu untuk aku."

"Apa dia?"

"Aku mahu Bedak Pemerah Pipi."

"Bedak pemerah pipi?" Bai Feng kehairanan. "Apa kau miskin sehingga tidak mampu membelinya sendiri?"

"Aipp, tunggu.. yang aku mahu bukan bedak pemerah pipi yang biasa tetapi yang luar biasa"

"Ha?"

"Bedak Pemerah Pipi Naga Putih di Kerajaan Laut. Aku mahu itu."

Mendengar nama bedak yang diminta oleh Yue Yue itu membuatkan Bai Feng terdiam.

Kerana bedak pemerah pipi yang diminta oleh Yue Yue itu bukanlah sebuah bedak yang biasa, kerana bedak itu hanya boleh dimiliki oleh seseorang yang memiliki darah Naga putih sahaja.

"Aku mahu itu, apa kau boleh mendapatkan untuk aku?"

"Kenapa kau mahu benda yang langka itu? Riasan di wajah kamu sangat nipis dan kelihatan murah, adakah itu sebabnya kau mahu bedak pemerah pipi itu?"

Mendengar kata-katanya itu ia berjaya membuatkan Hati Yue Yue ditusuk dengan beribu-ribu pisau. "Apa aku semiskin itu?!" Gumam Yue Yue dalam hati.

"Kata saja kalau kau tidak boleh mendapatkannya, aku tidak perlu berbahasa basi lagi dengan kau disini." Kata Yue Yue dengan wajah yang dingin.

Bai Feng tersenyum melihat wajah Yue Yue yang dingin itu. "Aku boleh mendapatkannya tapi dengan satu syarat"

Yue Yue kembali memandang Bai Feng.

"Apa dia?"

"Pada Malam Purnama di Istana Kerajaan Langit, kau harus menjadi pasangan aku."

"Menjadi pasangan kau?! Hanya pada waktu itu saja kan?"

Bai Feng mengangguk, "hmm, baiklah. Kalau begitu aku setuju."

Mendengar ia setuju, Bai Feng pun tersenyum sinis. "Baiklah. Aku tahu kediaman kau, Esok aku akan menyuruh orang aku untuk menghantar Bedak itu."

"Okay"

Begitulah perjanjian mereka tercipta. Selesai sahaja mereka bercerita, Yue Yue pun dihantar pulang ke tempat asalnya iaitu KEDIAMAN ZHEN.

Transmigration of the soul: Yue YueWhere stories live. Discover now