𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐌𝐈𝐆𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐎𝐔𝐋: 𝐘𝐔𝐄 𝐘𝐔𝐄
Sebaik sahaja Pengawal yang bertugas untuk menjaga Yue Yue itu memberitahukan kepada Qing Yuan yang Yue Yue sudah menyedarkan dirinya, dia terus berlari meninggalkan para pembesar-pembesar yang lain berserta Maharaja Zhou di aula utama Istana itu.
"Yang Mulia?!"
"Biarkan dia, Zhe Hu kamu akan menganti Qing Yuan disini" ujar Maharaja Zhou dengan nada yang tenang.
Zhe Hu mengangguk kecil lalu dia kembali berdiri seperti sedia kala. "Qing Yuan! Beraninya kau tinggalkan aku disini.. ish" ketus Zhe Hu dalam hati.
"Zhe Hu, bagaimana dengan hal itu?"
"Ah, menurut Yang Mulia Qing Yuan, kekecohan itu berlaku disebabkan Pengikut Dunia bawah. Seperti ada yang mereka cari disini" ujar Zhe Hu dengan nada yang serius.
Mendengar penjelasan Zhe Hu, Maharaja Zhou pun mula mengerutkan dahinya. Raut wajahnya menjadi serius.
"Dunia bawah? Apa yang mereka mahu disini?!
Qing Yuan memberhentikan langkahnya apabila dia sudah berada dihadapan pintu masuk biliknya itu.
"Zhen Yue Yue" suaranya yang penuh manly itu membuatkan Yue Yue dan Xiao ba terkejut.
"Ah, itu pasti Yang Mulia Qing Yuan.. sekejap yaa Cik Muda" ujar Xiao ba dengan nada yang ceria lalu dia berjalan menuju ke arah pintu utama bilik itu untuk membenarkan Qing Yuan masuk ke dalam.
"Qing Yuan?"
Sebaik sahaja pintu dibuka, Qing Yuan pun berjalan masuk ke dalam dan dia juga memberikan isyarat kepada Xiao ba untuk menunggu di luar.
Isyarat itu difahami oleh Xiao ba lalu dia pun berjalan keluar dari bilik itu dan tidak dilupakan juga untuk menutup pintu bilik itu.
"Eh? Xiao-"
"Yue Yue"
Yue Yue memandang Qing Yuan lalu dia cepat-cepat menundukkan kepalanya.
"Kenapa kau berada disini?"
"Ini bilik aku"
"Eh?"
Yue Yue terdiam buat seketika. Dia tidak menyangka yang dia sekarang berada di bilik Qing Yuan dan seingatnya.. "aaa, ini bukan kali pertama aku masuk ke dalam bilik lelaki 😅"
"Baiklah, kita sudah tiada masa.. Yue Yue siapa sebenarnya kau?" Soalan Qing Yuan yang tiba-tiba itu membuatkan Yue Yue terkejut.
"Kau.. kalau kau mahu membincangkan hal itu, kau patut memilih tempat lain lagipun diorang masih belum tahu tentang hal ini" kata Yue Yue dengan nada yang serius.
Qing Yuan memahami kata-kata Yue Yue itu lalu dia pun menggunakan kuasanya untuk membuatkan tiada siapa boleh mendengar perbualan mereka di dalam bilik itu.
"Sekarang kau boleh katakan"
"Apa yang kau mahu tahu?"
"Semuanya"
"Eh? Kenapa? Kenapa kau-"
"Kalau kau tidak mahu memberitahu aku semuanya, jadi kau boleh memilih untuk dibunuh oleh pengikut dunia bawah"
"Apa maksud kau?"
"Semenjak kau memasuki badannya, Badannya telah mengeluarkan sesuatu Aura yang sangat Kuat dan sudah semestinya mereka mahu kau"
"Jadi maksud kau, aku sekarang dalam pencarian mereka?"
Qing Yuan tidak menjawab soalan itu tapi dia menganggukkan kepalanya menandakan apa yang dikatakan oleh Yue Yue itu betul.
"Aura? Mei Ru juga pernah perasan aura yang ada dalam badan ini tapi.. kenapa aku tidak dapat merasakannya?"
"Baiklah, nama aku Mo Yue Yue dari Dunia moden. Aku ialah Pembunuh Upahan, sebelum aku masuk ke dalam tubuh ini. Aku sedang menjalankan misi rahsia tetapi sesuatu telah terjadi membuatkan aku terpegang sesuatu yang tiada sesiapa boleh menyentuhnya dan begitulah kisahnya.. sebaik sahaja aku sedar, aku sudah berada disini dengan tubuh yang lemah ini.. jadi kau sudah tahu kan, aku bukan Tunangmu dan aku tiada kena mengena dengan sesiapa pun."
"Walaubagaimanapun.. kau berada didalam badannya kan? Kau tetap dia" Ujar Qing Yuan terus mengalihkan pandangannya ketepi.
Kata-katanya tadi membuatkan Yue Yue mula kehairanan. Dia pelik, apakah sebenarnya dia menyukai Zhen Yue Yue atau dia sebenarnya ada maksud yang lain..
YOU ARE READING
Transmigration of the soul: Yue Yue
Fiksi Sejarah[ 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 #1 ] [ DALAM PROSES PEMBAIKAN ] Dalam prosesnya untuk menyelesaikan misi, Mo Yue Yue malah diserang oleh musuhnya. Disaat ia tahu ia sudah menjumpai jalan mati, tanpa tersengaja, ia tersentuh buku terkutuk yang akan memb...