[ 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 #1 ]
[ DALAM PROSES PEMBAIKAN ]
Dalam prosesnya untuk menyelesaikan misi, Mo Yue Yue malah diserang oleh musuhnya. Disaat ia tahu ia sudah menjumpai jalan mati, tanpa tersengaja, ia tersentuh buku terkutuk yang akan memb...
Tidak lama setelah itu, majlis pun berlangsung, Ia dimulakan dengan ucapan selamat datang dari Maharaja Tian iaitu Maharaja Kerajaan Langit.
Setelah ia habis berucap, Semua lelaki mengangkat gelas mereka yang berisikan air arak dari Kerajaan Langit.
Yue Yue yang duduk di sebelah Bai Feng hanya mendiamkan dirinya dan tidak berbuat apa-apa, Walaupun di hadapannya sudah dihidangkan dengan pelbagai makanan yang enak, Namun firasat dirinya berkata untuk tidak memakan makanan tersebut.
"Yue Yue? Apa kau tidak suka dengan makanan ini?" Ujarnya sambil memandang Yue Yue.
Yue Yue hanya menggelengkan kepalanya, "maaf, tapi aku tidak berasa sedap badan. Jadi aku memilih untuk melihat kamu sahaja" balas Yue Yue dengan nada yang perlahan.
Mendengar jawapan Yue Yue, Bai Feng hanya mengangguk perlahan. Ia menghormati keputusan Yue Yue itu.
Tidak lama setelah perbualan mereka itu, Putera Mahkota Tian tiba-tiba berdiri dihadapan mereka dengan senyuman yang manis dibibirnya.
Yue Yue hanya memandangnya sekilas pandang lalu dia kembali memandang ke hadapan untuk menikmati tarian yang dibawa oleh sekumpulan gadis yang cantik itu.
"Mengapa Yang Mulia Tian datang kesini? Adakah Yang Mulia tidak mempersilakan kami disini?" Ujarnya dengan nada yang dingin.
"Oh.. tidak.. adakah aku menganggu ketenangan kamu?" Katanya sambil memandang wajah Bai Feng yang dingin itu.
"Nampak sep-"
"Yang Mulia, Maaf kerana menganggu perbualan kamu berdua.. tapi boleh kah kamu berdua berbual jauh sedikit? Aku ingin melihat tarian mereka." Ujar Yue Yue dengan nada yang tenang.
Dengan begitu saja, perbualan antara Bai Feng dan Yi Qing terhenti disitu.
Tindakan Yue Yue yang tenang saat memberhentikan perbualan mereka itu, menarik perhatian seseorang dan hal itu membuatkan ia ingin mengetahui lebih tentangnya.
"Yang Mulia Long Izinkan Yue Yue untuk keluar sebentar untuk menghirup udara segar dan kamu dipersilakan untuk menyambung pergaduhan kamu tadi" ujar Yue Yue kembali.
Tidak lama setelah ia berkata sedemikian, Yue Yue pun berdiri dari tempat duduknya lalu dia berjalan keluar dari aula utama itu dan ia ditemani oleh Xiao ba di belakangnya.
Selangkah demi selangkah ia berjalan mengelilingi taman yang ada di hadapannya itu.
Tenang. Hanya itu yang terlintas di fikirannya, sudah lama ia menginginkan ketenangan seperti ini tetapi pasti ada saja yang akan berlaku, seakan Tuhan tidak mahu melihat ia dalam ketenangan.
Seperti jangkaannya.. Setiap Ia berada dalam ketenangan pasti akan ada yang mengganggunya.
"hm?"
Yue Yue dan Xiao ba sama-sama memberhentikan langkah mereka. Dia yang ada dihadapannya memandang mereka dengan raut wajah yang seperti tidak menginginkan kewujudan mereka disana.
"Maaf?"
"Oh, bukankah ini pasangan Yang Mulia Long?"
Seorang lagi gadis tiba-tiba muncul dihadapan mereka. Bukan seorang tetapi tiga, Ya.. kini ada empat gadis dihadapannya.
Mereka memandangnya dengan tatapan yang angkuh.
Yue Yue tidak mengenali mereka tetapi dia kenal salah seorang dari mereka.
Dan orang itu ialah Zhen Ru Shi.
"Maaf, kita tidak saling berkenalan. Jadi bolehkah kamu memberikan aku laluan?" Ujarnya dengan nada yang lembut.
"Hey, kau tidak belajar adab?! Dihadapan kau sekarang ialah Puteri Mahkota Tian.. ck! Sungguh tidak sopan" ujarnya sambil menjeling Yue Yue yang ada dihadapannya itu.
Mendengar ia berkata sedemikian, dia pun memilih untuk kembali ke sisi Bai Feng.
"Sebuah kehormatan bagi saya untuk mengenali Puteri Mahkota Tian, Semoga Puteri Mahkota Tian akan baik-baik selalu dan selamat tinggal"
Ia menamatkan percakapannya lalu dia berjalan kembali ke aula utama. Ia ingin menamatkan keadaan itu sekarang, dia tidak mahu bergerak lebih jauh.
Dan sudah semestinya realiti berkata lain.
PLOPPPPP !!!!
Saat ia membuka semula matanya, dia sudah berada didalam kolam yang sepatutnya ada disebelahnya tadi.
Kelihatan Jelas wajah Xiao ba yang penuh cemas itu sedang berusaha untuk membantunya kembali naik ke darat.
Dan di sebelah Xiao ba.. ada mereka yang merupakan orang yang merancang hal ini.
Saat ia keluar dari kolam itu, Bajunya yang berwarna putih itu sudah menjadi kotor, bahkan Rambutnya juga turut basah.
"C-Cik Mudaaaa"
"AHAHAHAHHAHAHAHA"
Hanya itu yang terdengar jelas di telinganya.
"Oopss, bukankah sepatutnya nanti adalah waktu untuk pasangan para tetamu menunjukkan kemampuan mereka.."
"Ahh, kasian.. sekarang kamu tidak dapat berbuat apa-apa.. Jika kamu ke aula utama sekarang.. apa kau fikir kau dibenarkan masuk dengan berpakaian seperti ini?"
"Hm, Yang Mulia Long sepatutnya memilih Puteri Mahkota Tian daripada orang lemah seperti kamu.."
"Tsk"
Ia memandangnya dengan tatapan yang puas. Ya, ia puas hati melihat gadis yang menjadi pasangan seseorang yang ia suka itu jatuh di dalam kolam itu.
Dia begitu Gembira melihat adegan tadi, Kini tiada siapa yang boleh mengambil 'dia' darinya...
Dengan tertawa dan raut wajah yang gembira, mereka berjalan menuju ke aula utama dan mereka hanya membiarkan Yue Yue dalam keadaan begitu.
-
Btw, for those yg accidentally terjumpa my story from TOP PICKS FOR YOU tu.. Thank You sbb sudi tekan and baca cerita ni, btw saya cakap begini sbb dia keluar dkt TPFY saya😌 so yaa... Just appreciate it laa thank youu..
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.