[ 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 #1 ]
[ DALAM PROSES PEMBAIKAN ]
Dalam prosesnya untuk menyelesaikan misi, Mo Yue Yue malah diserang oleh musuhnya. Disaat ia tahu ia sudah menjumpai jalan mati, tanpa tersengaja, ia tersentuh buku terkutuk yang akan memb...
Ia kenal pemilik suara itu, tanpa membuang masa ia pun menolehkan kepalanya ke kanan untuk melihatnya.
Tekaannya tepat, orang itu tidak lain kalau bukan ..
"L-Longyan?!" Yue Yue melihat sekeliling. Dia sedar yang dia sekarang bukan di dalam biliknya.
Bahkan sekarang ia berada di atas katil, dan separuh tubuhnya ditutupi dengan selimut. "A-apa yang kau mahu?!" Dia menutup dadanya dengan kedua-dua tangannya.
Dia mengerutkan dahinya, wajahnya sekarang kelihatan serius.
Namun, di pengelihatannya.. raut wajahnya pada ketika itu malah kelihatan seperti seekor arnab yang sedang memandangnya dengan tatapan yang serius.
Example:
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
Btw credit to pinterest and "Rabbit and the black panther" author.
"Ha.., jangan berangan. Nah." Dia memberikannya semangkuk kecil yang berisikan cecair berwarna gelap itu.
"Ini?"
"Ubat. Dia akan membantu aliran Yin kau berjalan lancar" ujarnya dengan nada yang dingin.
Walaupun ia kelihatan seperti tidak peduli terhadapnya tetapi tingkah lakunya tidak dapat menipu Yue Yue.
"Apa aku boleh mempercayai kau?" Kata Yue Yue sambil melirik ke arahnya yang berdiri tidak jauh darinya itu.
"Kau mahu aku meminumnya dahulu?"
"Silakan" wajahnya menunjukkan ia benar-benar serius dengan kata-katanya itu tadi.
Melihatnya serius, ia pun mendekati Yue Yue lalu dia meneguk semangkuk ubat itu tanpa teragak-agak.
Setelah ia selesai meminumnya, dia pun menuangkan semula mangkuk kecil itu dengan ubat yang sama seperti tadi.
"Aku tidak berniat untuk membunuhmu dan tiada untungnya untuk aku membunuhmu" katanya sambil memberikan semula Yue Yue semangkuk kecil yang berisikan ubat untuknya itu.
Walaupun ia masih tidak mempercayai tetapi Yue Yue tetap meminum ubat itu kerana dia dapat merasakan badannya seperti semakin melemah.
"Untuk beberapa hari ini aku akan menjagamu"
Kata-katanya tadi membuatkan Yue Yue terkejut.
Purhhhhhhhh
Dia mengelap bibirnya yang sedikit basah disebabkan ubat yang ia minum tadi tersembur keluar dari mulutnya.
Wajahnya pada ketika itu 100% terkejut dengan kata-katanya tadi. Melihat ubat itu tersembur keluar dari mulutnya, dia pun mengisi semula mangkuk itu dengan ubat tadi untuk memberikan Yue Yue meminumnya sekali lagi.
-_-' — reaksi Yue Yue ketika Longyan mengisi semula ubat itu di mangkuknya.
Dengan raut wajah yang terpaksa, dia pun meminum semula ubat itu dengan matanya yang tertutup rapat.
Seperti biasa.. ubat tetap ubat.. rasanya akan sentiasa pahit dan susah untuk ditelan, sama seperti kata-kata yang dilontar keluar dari mulut seorang lelaki yang ia baru kenal itu. Susah untuk ia menelan kata-katanya itu tadi.
"Kau patut menghabiskannya."
Setelah Yue Yue meminumnya sehingga habis ia pun meletakkan mangkuk itu di atas meja yang ada disebelahnya itu.
Ia memandang ke arah mangkuk yang sudah kosong itu, lalu dia kembali memandang Yue Yue.
"Kuasa kau.. adalah kuasa yang aku cari selama ini"
Perubahan topik perbualan mereka itu membuatkan Yue Yue cuba memahaminya dengan lebih dalam.
"Aku rasa kau tahu, kau bukan seperti orang lain didunia ini."
"Maksud kau?"
"Kuasa kau adalah sesuatu yang aku mahu."
"Kuasa? Apa kau gila? Kau tahu aku hanya seorang gadis lemah.. jika tidak sudah semestinya ak-"
"Kau lemah disebabkan kuasa kau masih terkunci. Aliran Yin kau tidak dapat menanggungnya lagi.. sebab itu kau selalu merasa sakit kepala dan lemah badan."
Apa yang dikatakan olehnya tadi adalah tepat. Sama seperti yang dikatakan oleh Cui Ling, Aliran Yin-nya sudah tidak dapat menanggung kuasanya itu.
"Aku memberi kau dua pilihan"
"Pilihan?"
"Satu, biarkan aku menjaga kau"
"Eh?"
"Atau yang kedua, jadi anak muridku.."
"Ha?" Yue Yue memandangnya dengan tatapan yang kosong. -_-
"Aku rasa itu.."
"2saat sebelum aku sendiri memilihnya.."
"Ehhh, tunggu.. 2 aku pilih 2"
Mendengar jawapannya, Ia terus tersenyum kecil. "Bagus, kita jumpa lagi dalam beberapa hari kemudian setelah Majlis itu"
"Ha? Maj-" belum sempat ia menghabiskan kata-katanya, Longyan sudah pergi dari situ dengan mengunakan kuasanya.
"Tch, lelaki yang tidak sopan"
"Aku akan mengajar kamu untuk bercakap sopan kepada gurumu.."
"Yiikkkkk!! Hehehe..he" Yue Yue hanya tertawa kecil lalu dia memejam matanya kerana dia sedang menahan rasa marahnya terhadap Longyan itu.
Tidak lama setelah itu, Bai Feng pun tiba-tiba muncul dihadapannya.