𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐌𝐈𝐆𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐎𝐔𝐋: 𝐘𝐔𝐄 𝐘𝐔𝐄
Sepanjang Perjalanan menuju ke kediaman Qing Yuan, Yue Yue hanya menatap wajah Xiao ba yang pucat dan tidak bermaya itu. Tatapannya penuh kerisauan.
Kedatangan Yue Yue di Kediam Qing Yuan disambut dengan seorang lelaki tua yang berpakaian seperti seorang tabib (doktor).
"Tabib Hua silakan"
Lelaki tua yang bergelar Tabib Hua itu menganggukkan kepala lalu dia membuat Isyarat kepada Zhe Hu untuk membawa Xiao Ba ke tempat yang sepatutnya.
"Ak-"
"Biarkan dia menjalankan tugasnya. Kau ikut aku" arahan Qing Yuan itu membuatkan Langkah Yue Yue terhenti.
"Bawa Cik Muda Zhen menukar pakaiannya." Kata Qing Yuan dengan nada yang dingin kepada pembantu rumahnya itu.
Mendengar arahan Qing Yuan itu, mereka terus membawa Yue Yue ke suatu tempat untuk menukar pakaiannya.
YUE YUE POV
Selepas mereka mendengar arahannya, aku terus dibawa pergi oleh pembantunya untuk menukar pakaian ku yang kotor itu.
Langkah ku terhenti di depan sebuah bilik yang besar dan agak mewah.
"Cik Muda Zhen, silakan masuk, Kami sudah sediakan mandian Herba untuk Cik Muda"
Aku hanya mengangguk kecil. Seperti seorang gadis yang penurut, aku hanya mengikuti arahan mereka sehingga akhir.
Aku tidak akan bertingkah seperti ini jikalau dia tidak membawa Xiao Ba berjumpa dengan tabib pribadinya.
Malu? Haruskah aku malu ? Dia tunang ku, sudah semestinya aku.. aaa apa yang sedang aku fikirkan sekarang?!
Tanpa aku sedar, aku sudah terbawa oleh mandian herba itu. Airnya yang suam dan wangi itu membuatkan aku terlelap lena.
Hanya untuk sementara. Bagi aku 5minit untuk menikmati ini.
Semenjak aku datang di dunia ini, aku tidak pernah merasa senang seperti ini. Setiap kali aku ingin ketenangan seperti ini pasti si gadis bodoh itu akan menganggu ku.
"Cik Muda"
Suara kecil itu membuatkan aku tersedar. "Sudah tiba masanya untuk bersiap. Yang Mulia Tuan Qing Yuan sudah lama menunggu kedatangan Cik Muda" ujar gadis itu dengan nada yang lembut.
"Mm" hanya itu yang aku balas.
Setelah aku keluar dari tub mandi itu, aku terus mencapai tuala mandi ku yang disangkut di depan mata ku.
Rambut panjangku disikat rapi oleh pembantu-pembantunya itu. Mereka semua bersungguh-sungguh untuk mendandankan aku.
Semuanya berjalan dengan lancar, tiada sebarang kesalahan yang mereka lakukan.
"Cik Muda.. kami telah siap"
Mendengar ia berkata sedemikian, aku pun membuka mata ku dengan perlahan.
Aku melihat 'riasan' di rambut dan diwajahku. perfect. Pakaian yang diberikan oleh Qing Yuan juga tidak kurang bagusnya.. hmm, dia lelaki gatal kah?
(Pakaian yg dikenakan oleh YUE YUE)
"Cik Muda Zhen, Yang Mulia sudah lama menunggu Cik Muda."
Itu adalah suara Zhe Hu. Bagaimana dengan Xiao ba?
Tanpa memikir apa-apa aku terus keluar menemui Zhe Hu. Lengan kiri Zhe Hu aku genggam erat. "Xiao ba? Macam mana dengan keadaannya ?" Ujar ku dengan nada yang cemas.
"C-cik muda ?"
Aku terdiam seketika. Aku perasan wajah Zhe Hu memerah sedikit. Dia bahkan tidak memandang wajahku langsung. Pelik.
Persoalan ku tadi, tidak dijawab olehnya. Dia hanya berjalan dengan laju tanpa memandang ku langsung. Apa aku sudah buat sesuatu yang salah ? Ujar ku dalam hati.
YUE YUE POV END
Setelah lama berjalan, akhirnya mereka tiba disebuah tempat yang agak sunyi dan muram dan didepan mereka adalah..
"Gua?"
Zhe Hu menoleh kebelakang lalu dia memandang tepat wajah Yue Yue yang kehairanan itu.
"Silakan Cik Muda Zhen, Yang Mulia sudah lama menunggu Cik Muda Zhen di dalam." Katanya dengan nada yang perlahan.
Yue Yue yang tidak tahu apa yang sedang berlaku hanya mengikuti arahan Zhe Hu itu.
Dia berjalan masuk ke dalam gua yang gelap itu dengan langkah yang perlahan.
"Q-Qing Yuan?"
Yue Yue menggenggam erat bajunya itu. Dia sudah memberhentikan langkahnya apabila dia merasakan dia sudah jauh dari pintu masuk Gua itu.
"Qing Yuan?" Yue Yue sekali lagi menyebut nama Qing Yuan.
"Sudah lama kami menanti kedatangan Kamu, Mo Yue Yue"
Suara yang halus terdengar di telinganya itu membuatkan Yue Yue terkejut.
MO YUE YUE itu adalah nama sebenarnya. Nama yang ia gunakan sebelum rohnya berpindah ke badan Zhen Yue Yue dari dunia Spiritual.
"Mo Yue Yue? Siapa itu? Siapa yang-" belum sempat ia menghabiskan kata-katanya.. tiba-tiba Yue Yue dikelilingi dengan cahaya yang berwarna putih biru.
Yue Yue menutup matanya dan tangannya sudah bersiap sedia untuk menyerang.
YOU ARE READING
Transmigration of the soul: Yue Yue
Historical Fiction[ 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 #1 ] [ DALAM PROSES PEMBAIKAN ] Dalam prosesnya untuk menyelesaikan misi, Mo Yue Yue malah diserang oleh musuhnya. Disaat ia tahu ia sudah menjumpai jalan mati, tanpa tersengaja, ia tersentuh buku terkutuk yang akan memb...