𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐌𝐈𝐆𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐎𝐔𝐋: 𝐘𝐔𝐄 𝐘𝐔𝐄
Dengan begitu saja, haiwan-haiwan pelik itu pun mempercayai Yue Yue. Setelah itu, mereka pun mendengar rancangan Yue Yue dengan teliti kerana mereka berminat dengan rancangan Yue Yue itu.
FLASHBACK END
Melihat Haiwan-haiwan yang mereka tangkap itu terkeluar dari kurungan mereka membuatkan mereka mula ketakutan.
"Dia Perempuan gila!!"
"Cepat larii" kata mereka sambil berlari keluar dari kawasan itu.
Yue Yue yang masih berdiri di tempat yang sama itu hanya tertawa kecil melihat tingkah laku mereka itu.
"Baiklah, aku patut pergi sekarang.." ujarnya dengan nada yang tenang. Dia tidak pernah menyangka yang misinya kali ni lebih menarik daripada Misinya dulu.
Ketika ia sedang berasa bahagia dengan pencapaiannya malam ini, Yue Yue tidak sedar yang dia diperhatikan oleh seseorang yang tidak jauh dari tempat pintu keluar itu.
"Heh, menarik"
-
Setelah kejadian malam itu, Istana Kerajaan langit telah ditutup buat sementara dan Tetua Kerajaan Langit telah melakukan beberapa pemeriksaan ketat terhadap Pewaris takhta kerajaan langit iaitu Putera Mahkota Tian dan seorang lagi Putera Kerajaan langit yang jarang menunjukkan dirinya itu.
Disisi lain, Yue Yue dan Bai Feng telah kembali ke Istana Long kerana mereka tidak mahu terlibat dengan apa yang terjadi di Istana Langit itu.
Yue Yue menghentikan langkahnya lalu dia memandang tepat ke wajah Mei Ru. Begitu banyak soalan yang bermain di kepalanya, begitu juga Mei Ru.
Cui Ling yang baru saja sampai di bilik Yue Yue itu terus memberhentikan jalannya. Dia memandang Xiao ba yang ada disebelahnya itu. Keadaan pada waktu itu kelihatan serius, seakan ada sesuatu yang telah terjadi.
"Xiao ba.. Cui Ling, apa kamu dua boleh memberikan aku waktu dengan Mei Ru?" Ujarnya sambil memandang Xiao ba dan Cui Ling yang ada dibelakangnya itu.
Melihat wajahnya yang serius, Xiao ba dan Cui Ling pun berjalan keluar dari bilik Yue Yue itu. Setelah mereka keluar dari biliknya itu, Yue Yue pun meminta Mei Ru untuk memasang kuasa kedap bunyi di seluruh biliknya itu agar tiada sesiapa yang boleh mendengar mereka bercerita.
Sesuai permintaan Yue Yue itu, Mei Ru pun menggunakan kuasa kedap bunyinya itu ke seluruh bilik Yue Yue.
Setelah ia dipasang, Yue Yue kembali memandang ke arah Mei Ru.
"Siapa nama sebenar kamu Mei Ru dan apa hubungan kau dengan Lin Xi"
Buat seketika ia mendiamkan dirinya. Dia terkejut apabila mendengar nama kakaknya disebut oleh Yue Yue.
"Kau tidak perlu menipu lagi Mei Ru, Kakakmu yang meminta ku untuk menyelamatkan kamu"
"Maksud kau?"
"Aku tahu kau tahu yang aku bukan Zhen Yue Yue yang sebenar kan?" Kata Yue Yue sambil bermain pedang kecil miliknya itu.
Dia tahu, Mei Ru tahu akan Identitinya yang sebenar dan sudah semestinya dia tidak mahu berpura-pura lagi didepannya.
"Kau tidak perlu berpura-pura lagi Mei Ru. Aku juga tahu kau perlukan aku untuk membantu kau membalas dendam kepada pembunuh keluarga kau kan?"
"Bagaimana kau tahu semua itu?"
"Kau rasa?"
"Kalau begitu siapa kau yang sebenarnya dan apa yang terjadi dengan Zhen Yue Yue." Ujar Mei Ru sambil memandang tepat ke wajah Yue Yue itu.
"Hm? Apa Kau berminat dengan aku atau kau lebih mahu tahu tentang Zhen Yue Yue?"
"Cukup dengan basa-basi itu. Jawab soalan ku tadi"
Melihat ia semakin serius, Yue Yue pun tertawa kecil. Sudah lama dia tidak berbual seperti itu.
"AHAHAHA baiklah. Aku Mo Yue Yue, bukan dari dunia ini dan Zhen Yue Yue dia sudah mati tepat pada hari Ru Shi membunuhnya."
"Mo Yue Yue? Kau ada nama yang sama dengan Zhen Yue Yue. Kau rasa ini kebetulan atau ??"
"Entah, aku tidak tahu. Semuanya berlaku tiba-tiba" ujar Yue Yue sambil mengangkat bahunya ke atas.
"Dan kau?" Yue Yue kembali bersuara.
![](https://img.wattpad.com/cover/251246463-288-k545780.jpg)
YOU ARE READING
Transmigration of the soul: Yue Yue
Fiksi Sejarah[ 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 #1 ] [ DALAM PROSES PEMBAIKAN ] Dalam prosesnya untuk menyelesaikan misi, Mo Yue Yue malah diserang oleh musuhnya. Disaat ia tahu ia sudah menjumpai jalan mati, tanpa tersengaja, ia tersentuh buku terkutuk yang akan memb...