TOTS: Y 19

608 77 9
                                    

 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐌𝐈𝐆𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐎𝐔𝐋: 𝐘𝐔𝐄 𝐘𝐔𝐄

Setelah beberapa minit berehat, Xia Fei pun berjalan keluar dari biliknya lalu dia berjalan menuju ke suatu tempat.

"Yang Mulia, Jenderal Liu mahu bertemu dengan Yang Mulia esok" ujar Zhe Hu sambil meletakkan surat kecil yang ada di tangannya itu di atas meja.

Surat kecil itu diperhati lama oleh Qing Yuan lalu dia membakar surat kecil itu dengan menggunakan kuasa api sucinya itu.

"Lupakan saja. Tiada hal penting yang perlu dibincangkan" kata Qing Yuan dengan nada yang dingin.

Qing Yuan mungkin dikenali sebagai seorang yang dingin dan tidak suka menyentuh orang tetapi hakikatnya, Perangainya itu hanya akan muncul apabila dia memakai topeng muka yang menutup separuh wajahnya itu.

Jika dia membuka topengnya maka perangainya akan berubah 100% dan perkara itu hanya diketahui oleh Zhe Hu dan Jenderal Liu sahaja.

"Okay. Oh, Setahu aku.. Xia Fei sudah kembali"

"Li Xia Fei?"

Zhe Hu mengangguk kecil.

"Yang Mulia mahu berjumpa dengannya?"

"Tidak perlu. Dia sudah ada disini" Qing Yuan memakai kembali Topeng mukanya itu lalu dia meletakkan kembali Lukisan yang ia pegang tadi di tempat asalnya.

"Sudah ada disini?"

Seperti jangkaannya, Xia Fei memang sudah ada disana. "mengumumkan Ketibaan Yang Mulia Puteri Mahkota"

"Terima kasih, Apa Qing Yuan ada didalam?"

"Selamat Datang Puteri Mahkota" ucap Zhe Hu yang baru saja membuka pintu kediaman Qing Yuan itu.

"Hai Zhe Hu. Qing Yuan ada didalam?"

Zhe Hu menganggukkan kepalanya sedikit lalu dia mempelawa Xia Fei untuk masuk ke dalam.

Tanpa membuang masa, Xia Fei pun berjalan masuk kedalam kediaman Qing Yuan itu. Saat ia melihat Qing Yuan yang ada tidak jauh darinya dia pun mengukirkan senyuman yang manis dibibirnya.

"Qing Yuan"

Xia Fei berlari menghampiri Qing Yuan lalu dia cuba untuk memeluk Qing Yuan tetapi Qing Yuan terlebih dahulu sudah menjauhinya.

"Xia Fei"

"Ah, maaf. Aku lupa tapi takkan kamu tidak merindui ku?" Ujarnya sambil menatap mata Qing Yuan.

Tatapan itu tidak dibalas oleh Qing Yuan. Dia hanya memberikan Isyarat untuk Xia Fei duduk. Melihat kedinginan Qing Yuan terhadap dirinya, hatinya mula merasa sakit.

Sebenarnya, Xia Fei memiliki perasaan terhadap Qing Yuan dan dia selalu berharap agar Qing Yuan juga akan mencintainya nanti.

"Ah, kamu makin dingin."

Zhe Hu yang baru sahaja sampai terus menuangkan Teh hangat untuk Xia Fei. "Banyak yang terjadi kebelakangan ini, disebabkan itulah Yang Mulia semakin dingin" kata Zhe Hu dengan nada yang lembut.

"AHAHA, kenapa? Tentang pertunangan itu kah?" Kata Xia Fei sambil menghirup perlahan teh hangat yang diberikan oleh Zhe Hu tadi.

"Oh, Tuan Puteri tahu tentang pertunangan itu?"

"Mm, aku tahu tentang itu di pasar tadi dan dapat kepastian pada Sida-sida Sheng"

"Ohh.."

"Kalau kamu mahu memutuskan Pertunangan itu, Aku bol-"

"Bagaimana dengan pelatihan kuasa kamu?"

Persoalan Qing Yuan secara tiba-tiba itu membuatkan Xia Fei terkejut seketika. "Ahh, baik-baik saja. Guru-guru disana juga sangat bagus." Balas Xia Fei sambil tersenyum manis.

"Baguslah, kamu patut terus berlatih supaya dapat menguasai Kuasa Phoenix itu."

"Ahh, jangan risau semuanya baik-baik saja. Terima Kasih kerana merisaukan aku."

"Bukan. Kamu adalah harapan Zhou Wei (Maharaja Zhou) kamu patut buat yang terbaik."

Xia Fei terdiam buat seketika lalu dia mengukirkan senyuman kecil dibibirnya. "Aku tahu"

"Jangan risau, aku akan menolong kamu"

Mendengar Qing Yuan berkata sedemikian tadi, Xia Fei pun menundukkan kepalanya, jari-jemarinya menari. Senyuman kecil terukir kembali dibibirnya.

"Kamu selalu berkata begitu".

Transmigration of the soul: Yue YueWhere stories live. Discover now