𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐌𝐈𝐆𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐎𝐔𝐋: 𝐘𝐔𝐄 𝐘𝐔𝐄
Setelah Yue Yue keluar dari Aula utama itu, mereka pun kembali meneruskan perjumpaan itu. Yue Yue hanya merengus kesal. "Xiao ba.. sediakan kereta kuda, Aku ingin berjumpa dengannya" ujar Yue Yue terus berjalan masuk ke dalam biliknya semula.
Xiao ba mengangguk perlahan kepalanya, sesuai arahan Yue Yue tadi, Xiao ba telah menyediakan Kereta kuda untuk dinaiki oleh Yue Yue.
"Cik Muda.. Kereta kuda sudah disiapkan" ujar Xiao ba dengan tercungap-cungap. "Kamu berlari?" Soal Yue Yue sambil memandang Xiao ba yang masih tercungap-cungap itu.
"Maafkan saya Cik Muda" ujarnya sambil mengukir senyuman manis di bibirnya. Yue Yue menggelengkan kepalanya lalu dia mengusap perlahan rambut Xiao ba. "Kamu sudah lakukan yang terbaik" ujar Yue Yue lalu dia berjalan menuju ke kereta kuda yang sudah disiapkan oleh Xiao ba itu.
Pujian yang diberikan oleh Yue Yue itu membuatkan Xiao ba tersenyum lebar dan Cui Ling yang melihat kecomelan Xiao ba itu juga turut tersenyum kecil.
Dia tidak menyangka yang dia akan merasakan kehangatan yang baru dalam kehidupannya.
Kerana sebelum ini, dia tidak pernah merasa kegembiraan seperti itu.
[ BEBERAPA MINIT KEMUDIAN ]
"Selamat datang Cik Muda Zhen" sapa seorang lelaki yang berpakaian serba putih itu. Dia menghulurkan tangannya untuk memudahkan Yue Yue keluar dari kereta kuda itu.
"Terima Kasih" kata Yue Yue sambil tersenyum kecil. Dia memegang tangan lelaki itu lalu dia berjalan keluar dari kereta kuda itu dengan langkah yang berhati-hati.
"Baiklah, Cik Muda Zhen.. Silakan.." ujarnya lagi dengan menunjukkan jalan yang harus ia ikuti itu. Yue Yue mengangguk perlahan lalu dia memandang Xiao ba dan Cui Ling yang sudah berada dibelakangnya itu.
Seperti tekaannya, Cui Ling kelihatan begitu berhati-hati.
"Silakan" ujarnya lagi dengan nada yang lembut.
Tanpa membuang masa Yue Yue pun berjalan mengikuti langkah lelaki itu. Tidak lama setelah itu, mereka pun sampai disebuah tempat yang besar dan luas itu.
"Silakan tunggu diluar dahulu Cik Muda Zhen" ujarnya lalu dia berjalan masuk ke dalam tempat itu.
Beberapa saat kemudian, dia kembali dengan seseorang dibelakangnya. "Akhirnya, kita berjumpa kembali Zhen Yue Yue" ujar seorang lelaki yang berada dibelakang lelaki yang mengambilnya tadi.
"Selamat bertemu kembali, Long Bai Feng" sapa Yue Yue sambil menundukkan sedikit kepalanya, menandakan dia memberikan kehormatan kepadanya.
"Kamu kelihatan semakin cantik" pujinya sambil tersenyum. Yue Yue hanya membalas pujiannya itu dengan senyumannya.
"Baiklah, bawa mereka ke bilik tetamu."
Lelaki itu mengangguk perlahan.
"Kita akan bertemu kembali.. Yue Yue"
"Baiklah, terima kasih" kata Yue Yue terus berjalan mengikuti lelaki tadi itu.
"Silakan Cik Muda" ujarnya sebaik sahaja mereka sampai di depan sebuah bilik yang kelihatan mewah itu.
"Terima Kasih" ujar Yue Yue terus berjalan masuk ke dalam bilik itu. Setelah Yue Yue masuk ke dalam bilik itu, Lelaki itu pun berlalu pergi dari situ.
Dan kini tinggallah mereka bertiga di dalam bilik yang besar dan mewah itu.
"Cik Muda"
Yue Yue memandang Cui Ling yang tiba-tiba memanggil gelarannya itu. "Hm?"
"Apa Cik Muda mengenali dia?"
"Sekadar kawan lama. Kenapa?" Tanya Yue Yue kembali sambil memandang Cui Ling yang seperti tidak selesa itu.
"Benarkah? Hm, nampaknya Cui Ling yang berfikir banyak" ujarnya dengan nada yang perlahan. Dia menamatkan perbualan itu disitu.
Tingkah laku Cui Ling yang mencurigakan itu membuatkan Yue Yue mula berhati-hati kerana dia tahu jika Cui Ling dalam keadaan seperti itu maknanya ada sesuatu yang tidak kena dengan kawasan itu.
YOU ARE READING
Transmigration of the soul: Yue Yue
Ficción histórica[ 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 #1 ] [ DALAM PROSES PEMBAIKAN ] Dalam prosesnya untuk menyelesaikan misi, Mo Yue Yue malah diserang oleh musuhnya. Disaat ia tahu ia sudah menjumpai jalan mati, tanpa tersengaja, ia tersentuh buku terkutuk yang akan memb...