𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐌𝐈𝐆𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐎𝐔𝐋: 𝐘𝐔𝐄 𝐘𝐔𝐄
"Qing Yuan, ada sesuatu yang aku mahu katakan kepada kamu jadi.." dengan gerakan yang perlahan ia memandang Zhe Hu yang ada tidak jauh darinya itu.
Zhe Hu faham akan maksud Xia Fei itu lalu dia pun berjalan keluar dari kediaman Qing Yuan itu. "Silakan berbual. Aku mahu keluar sebentar" kata Zhe Hu terus meninggalkan mereka berdua disana.
Setelah ia keluar, Xia Fei pun kembali memandang Qing Yuan. "Kau betul-betul setuju dengan pertunangan itu?"
Qing Yuan diam buat sejenak lalu dia memandang kembali Xia Fei.
"Kenapa?"
"Apa kau lupa janji yang aku katakan dulu?"
"Xia Fei.."
"Tidak, tunggu.. dengar dulu apa yang mahu aku sampaikan."
"Apa dia?"
"Kita membesar bersama dan kita pernah berjanji untuk terus bersama. Aku memilih untuk memiliki Kuasa Phoenix hanya untuk bersama dengan kamu Qing Yuan! Aku berlatih keras di dunia Dewa-dewi hanya untuk kamu Qing Yuan! Tapi kenapa sekarang.."
"Xia Fei"
"APA BAGUSNYA DIA DARIPADA AKU QING YUAN!! DIA CUMA PUTERI GAGAL DAN DIA TIDAK PERNAH LAYAK UNTUK MENJADI MILIK KAMU!! DIA BAHKAN BERANI BERJUMPA DENGAN MUSUH KAMU!!"
"XIA FEI CUKUP!"
Suara Qing Yuan yang sedikit kuat itu membuatkan Xia Fei terdiam dan terkejut. Matanya mula berair.
Qing Yuan yang baru sedar akan kesilapannya tadi terus menundukkan kepalanya ke bawah. "Dia bukan Puteri Gagal.. Dia Tunangku, Xia Fei. Kamu sepatutnya tahu had kamu disini." Ujar Qing Yuan dengan nada yang tenang.
Mendengar Ia berkata sebegitu, air matanya pun mengalir deras di pipinya. Dia sudah tidak dapat menahannya dirinya lagi.
"Sudahlah, anggap saja aku tidak bertemu dengan kamu hari ini. Aku pergi dulu"
Tanpa membuang masa, Xia Fei pun berlari keluar dari kediaman Qing Yuan itu dengan air mata yang masih mengalir deras di pipinya itu.
Sebenarnya, ada sebuah rahsia yang disembunyikan di sebalik Kuasa Phoenix yang dimiliki oleh Li Xia Fei itu dan Rahsia itu hanya diketahui oleh Qing Yuan dan Guru Xia Fei.
Setelah Xia Fei sudah pergi dari kediamannya dia pun kembali duduk di bangkunya. Matanya menatap lama siling kediamannya itu, Kata-kata Xia Fei tadi terngiang-ngiang di kepalanya.
Langkahnya terhenti apabila ia melihat ada seorang lelaki yang berpakaian serba hitam sedang memerhatikannya dari jauh.
"Cik Muda Yue?"
Apabila lelaki itu sudah perasan yang kehadirannya sudah diketahui olehnya, Dia pun segera pergi dari situ. Yue Yue yang sememangnya tidak akan berdiam diri itu terus mengejar lelaki itu.
"Ehh!! Cik Muda Yue!! Tunggu!!" Jerit Xiao Ba terus berlari mengejar Yue Yue yang sudah jauh darinya itu. Namun, lariannya terhenti apabila ada seseorang dari belakangnya memukulnya dan membuatkan ia pengsan.
Larian Yue Yue terhenti apabila dia sedar yang sekarang dia berada di dalam hutan. Kelibat orang yang ia kejar tadi tidak sudah kelihatan.
"Sial! Aku termakan umpannya. Bodoh"
YOU ARE READING
Transmigration of the soul: Yue Yue
Historische fictie[ 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 #1 ] [ DALAM PROSES PEMBAIKAN ] Dalam prosesnya untuk menyelesaikan misi, Mo Yue Yue malah diserang oleh musuhnya. Disaat ia tahu ia sudah menjumpai jalan mati, tanpa tersengaja, ia tersentuh buku terkutuk yang akan memb...