𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐌𝐈𝐆𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐎𝐔𝐋: 𝐘𝐔𝐄 𝐘𝐔𝐄
Bai Feng mendekati Yue Yue lalu dia berdiri dihadapannya. "Kau okay? Dia tidak buat apa-apa dekat kau kan?"
Yue Yue menggelengkan kepalanya, menolak sangkaannya yang tidak betul itu. Melihat ia menggelengkan kepalanya, dia pun mengeluh kecil lalu dia melabuhkan punggungnya di atas katil yang diduduki oleh Yue Yue itu.
"Apa yang buat kau kesini bai feng?"
"Kau adalah tetamu ku. Satu kesalahan besar jika membiarkan tetamu ku diculik oleh seseorang yang berbahaya." Ujarnya dengan nada yang tenang.
Entah kenapa, Yue Yue dapat merasakan kejanggalan dalam diri Bai Feng itu. Seakan-akan badannya itu memberitahu sesuatu yang Dia (bai feng) adalah seseorang yang lebih berbahaya.
Long Bai Feng adalah Penguasa Kerajaan Laut ( TOTS: Y 23 ), Memegang Jawatan itu di saat muda sudah semestinya membuktikan dia juga seorang yang berbahaya.
Kerana dia tahu, kuasa adalah sesuatu yang boleh mengubah seseorang.
"Kau okay?"
Yue Yue hanya membalas soalannya tadi dengan senyuman kecil yang terukir di bibirnya.
"Baguslah, sekarang aku akan membawa kamu ke tempatmu semula." Katanya sambil mendekati Yue Yue.
Melihat ia semakin mendekatinya, Yue Yue pun memberhentikan tindakan Bai Feng itu.
"Aku masih boleh bergerak. Terima kasih" ujarnya terus berjalan keluar dari bilik itu.
Dari tatapan mata Bai Feng, Yue Yue dapat merasakan yang Bai Feng adalah orang yang ia harus berpisah jauh.
Sampai sahaja mereka di biliknya, Yue Yue terus berjalan masuk ke dalam kerana ia mendengar suara Xiao ba yang kedengaran seperti sedang cemas itu.
"Xiao ba?"
Xiao ba menoleh kebelakang. Air matanya mengalir keluar dari matanya, dia berlari mendekati Yue Yue lalu dia memeluknya dengan erat.
Yue Yue tahu perangai Xiao ba. Jika Xiao ba berkelakuan sebegitu maknanya dia sedang overthinking yang sangat tinggi. Bahkan, dia juga pernah berfikir yang Dirinya (Yue Yue) dimakan binatang buas ketika ia sesat di hutan itu.
[Tapiii Xiao ba tetap cute dihati authorrrr aaaaa..] - author
"Kali ini apa yang kau fikirkan, Xiao ba?"
"Cui Ling kata Cik Muda Yue diculik dengan seorang lelaki yang jahat!!" Katanya sambil menangis teresak-esak.
Xiao ba memandang Cui Ling yang ada dihadapannya dengan raut wajah yang tidak percaya yang Cui Ling akan berkata sebegitu.
"M-maaf, cui ling tidak sengaja menyebutnya lelaki jahat"
"Haih, baiklah baiklah.. Xiao ba, boleh kamu sediakan air mandian? Aku mahu mandi" ujar Yue Yue menamatkan perbualan tentang kehilangannya sebentar tadi itu.
Xiao ba mengangguk perlahan lalu ia berjalan keluar dari bilik Yue Yue untuk menyediakan air mandian Yue Yue itu.
Setelah Xiao ba pergi, Yue Yue pun memandang Cui Ling yang ada dihadapannya itu.
"Bagaimana?"
"Cik Muda, Mengikut siasatan Cui Ling.. Ru Shi akan mengikuti majlis itu dan pasangannya ialah Jenderal Liu."
"Bagaimana dengan Qing Yuan?"
"Yang Mulia Wu sudah sampai di gunung Suci dan rasanya dia sudah memulakannya."
"Bagaimana dengan berita pertunangan kami?"
"Maharaja Zhou menerimanya. Pertunangan antara Cik Muda Yue dan Yang Mulia Wu sudah diputuskan."
"Kalau begitu, mesti 'dia' sekarang cuba untuk berada disisinya kan?"
"Seperti jangkaan Cik Muda, 'dia' sekarang menuju ke Gunung Suci"
"Bagus. Cui Ling, kamu patut berehat. Aku akan memberikan kamu cuti selama 2hari."
"Terima Kasih Cik Muda, tetapi Cui Ling menolaknya kerana Cui Ling sudah berjanji untuk terus berada di sisi Cik Muda walaupun pertunangan kamu sudah diputuskan" ujar Cui Ling sambil menundukkan kepalanya menandakan ia menerima Yue Yue sebagai Atasannya yang baru.
YOU ARE READING
Transmigration of the soul: Yue Yue
Historical Fiction[ 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 #1 ] [ DALAM PROSES PEMBAIKAN ] Dalam prosesnya untuk menyelesaikan misi, Mo Yue Yue malah diserang oleh musuhnya. Disaat ia tahu ia sudah menjumpai jalan mati, tanpa tersengaja, ia tersentuh buku terkutuk yang akan memb...