𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐌𝐈𝐆𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐎𝐔𝐋: 𝐘𝐔𝐄 𝐘𝐔𝐄
Dia yang baru saja melangkah masuk ke dalam biliknya tiba-tiba memberhentikan langkahnya apabila dia ternampak kelibat seorang lelaki sedang berdiri di hadapan tingkap biliknya itu.
"Siapa kamu?"
"Apa kau sudah melupakan aku? Pendeta Suci?" Suaranya yang agak familiar itu membuatkan ia teringat akan seseorang.
"Wu Qing Yuan?"
Sebaik sahaja ia menyebut namanya, Qing Yuan pun berjalan menuju ke kerusi yang ada di hadapannya itu.
Dia yang bergelar Pendeta Suci itu terkejut saat melihatnya. Badannya tiba-tiba bergetar ketakutan.
"S-selamat Kembali Yang Mulia Wu.. " ujarnya sambil menundukkan kepalanya ke bawah.
Beberapa minit setelah kabar kedatangannya di Temple Suci itu tersebar. Para Pendeta Suci pun berlari menuju ke aula utama Temple Suci itu untuk berjumpa dengannya.
Setelah mereka semua sudah berkumpul di hadapannya, dia pun menyilangkan kakinya dengan raut wajah yang dingin.
Tetua Pendeta Suci itu mendekatinya lalu dia berdiri dihadapannya.
"Mengapa kamu kesini, Wu Qing Yuan? Bukankah kita akan bertemu 3hari kemudian." Ujarnya dengan nada yang perlahan.
"Malam ini aku akan ke Gunung Suci"
Mendengar kata-katanya itu, mereka semua yang mendengarnya terus memberi reaksi yang terkejut.
Walaupun Tetua Pendeta Suci itu juga terkejut dengan kata-katanya itu tetapi dia tetap memberikan raut wajah yang biasa.
"Kamu tidak boleh melanggar peraturan dunia Dewa Dewi, Wu Qing Yuan." Katanya dengan penekanan.
Ia tahu permintaannya itu tidak diterima oleh Tetua Pendeta Suci itu tetapi dia masih dengan kata-katanya itu.
"Apa kau mahu aku membunuh semua pendeta suci disini?" Ujarnya dengan nada yang dingin.
Kata-katanya itu membuatkan mereka semua kembali terdiam.
Wu Qing Yuan walaupun dia adalah kelahiran semula Dewa Api Suci tetapi kekejamannya amat berbeza dengan Dewa Api Suci yang terdahulu.
5tahun yang lepas, saat Wu Qing Yuan berumur 15tahun, dia pernah memusnahkan Sekte Ching Eu dalam satu malam.
Dia membunuh semua orang yang berada di sekte Ching Eu itu tanpa belas kasihan. Saat itu, pedang sucinya menjadi saksi bisu atas kejadian itu.
Kejadian itu berlaku disebabkan, Sekte Ching Eu telah membunuh Tetua Pendeta Suci yang lama. Oleh kerana itu, Wu Qing Yuan pun membalas semula pembunuhan itu dengan memusnahkan Sekte Ching Eu dalam satu malam.
"Wu Qing Yuan!"
Qing Yuan memandang Tetua Pendeta Suci itu dengan tatapan yang dingin. "Aku akan pergi. Kita berjumpa lagi 2tahun kemudian" kata Qing Yuan terus menghilangkan dirinya dengan mengunakan kuasanya itu.
"Tetua Pendeta Suci? Bagaimana ini?"
Tetua Pendeta Suci itu hanya mampu menggelengkan kepalanya. "Kita tidak boleh menghalangnya.. She Zhi"
Dia yang bernama She Zhi, berjalan mendekati Tetua Pendeta Suci itu. "Hantarkan khabar kepada Dewa Penjaga Gunung Suci yang Ia akan tiba dalam masa terdekat."
"Baiklah"
She Zhi mengangguk perlahan lalu dia menghilangkan dirinya dengan mengunakan kuasanya untuk pergi ke Gunung Suci.
Setelah ia pergi, para pendeta suci yang lain pun mendekatinya. Raut wajah mereka penuh dengan kerisauan.
"Macam mana ini?"
"Kita sudah tidak dapat berbuat apa-apa lagi."
"Kalau kita tidak melakukan 'itu', Yang Mulia Putri Xia Fei pasti akan membunuh kita semua" ujarnya Dengan nada yang bergetar.
Ia ketakutan. Bukan, bukan ia saja ketakutan. Mereka semua dalam ketakutan kerana mereka tidak melakukan 'itu' kepada Wu Qing Yuan sebelum dia ke Gunung Suci itu untuk berlatih disana.
Tetua Pendeta Suci hanya mengeluh kecil lalu dia berjalan pergi dari aula utama Temple Suci itu.
![](https://img.wattpad.com/cover/251246463-288-k545780.jpg)
YOU ARE READING
Transmigration of the soul: Yue Yue
Historical Fiction[ 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 #1 ] [ DALAM PROSES PEMBAIKAN ] Dalam prosesnya untuk menyelesaikan misi, Mo Yue Yue malah diserang oleh musuhnya. Disaat ia tahu ia sudah menjumpai jalan mati, tanpa tersengaja, ia tersentuh buku terkutuk yang akan memb...