𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐌𝐈𝐆𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐎𝐔𝐋: 𝐘𝐔𝐄 𝐘𝐔𝐄
"Zhe Hu"
Yue Yue memandang Zhe Hu. "Er, maaf.. saya.."
"Baiklah, baiklah.. bukan kau saja terkejut, aku juga begitu" ujar Yue Yue sambil menepuk bahu Zhe Hu dengan perlahan.
Mendengar kata-kata Yue Yue itu, Zhe Hu pun meminta maaf atas tindakan yang tidak profesional itu.
"Jadi? Apa yang kau mahu ceritakan?" Kata Yue Yue sambil duduk di bangku batu yang ada disebelahnya itu.
"Oh. Cik Muda Zhen, sebenarnya tubuh Yang Mulia akan melemah apabila Bulan Purnama akan muncul."
"Maksud kau?" Yue Yue mula mengerutkan dahinya. Dia tidak menyangka yang Qing Yuan juga memiliki kelemahan yang amat ketara.
"Semua ini disebabkan kuasanya yang dikunci oleh Para Pendeta Suci. Apabila Bulan purnama muncul, Yang Mulia harus berlatih di gunung suci untuk membiarkan kuasanya yang terkunci itu terbuka." ujar Zhe Hu menjelaskan kondisi tubuh Qing Yuan yang tiba-tiba pengsan itu.
"Jadi kamu akan berangkat tidak lama lagi kan? Memandangkan Bulan purnama akan muncul dalam 2hari lagi."
Zhe Hu menggelengkan kepalanya. "Sebenarnya itulah masalahnya"
"Eh? Masalahnya? Apa itu?" Kata Yue Yue kehairanan.
"Cik Muda Zhen tahukan, kebelakangan ini Pengikut Dunia bawah telah melakukan beberapa kekecohan disini dan hal ini menyebabkan Yang Mulia tidak dapat meninggalkan tempat ini."
Yue Yue mula mengerutkan dahinya, dia sekarang sedang berfikir panjang. Dia sedar, kebelakangan ini memang ada kekecohan yang sering terjadi di sekelilingnya.
Pada mulanya dia fikir semuanya akan baik-baik saja, namun andaiannya salah. Dia tidak menyangka yang kekecohan itu masih berlangsung. "Kalau Dia tidak pergi ke Gunung Suci itu.. apa yang akan terjadi kepadanya?" Tanya Yue Yue sambil memandang wajah Zhe Hu yang dari tadi menatap wajahnya saja.
"Seperti yang Cik Muda Zhen lihat sekarang.. Yang Mulia tidak akan menyedarkan dirinya dan dia juga akan sedikit terseksa disebabkan kekuatannya yang terkunci itu" jawab Zhe Hu panjang lebar.
Mendengar jawapan Zhe Hu itu membuatkan Yue Yue berfikir sesuatu.
"Zhe Hu"
"Ya Cik Muda?"
"Apa tujuan kau mengatakan hal ini kepadaku?" Ujar Yue Yue sambil memandang Zhe Hu dengan tatapan yang serius.
"Ahh, itu.. sebenarnya.."
"Dia sengaja membuat cerita seperti itu?"
"Eh? Apa?"
"Zhe Hu, kau tahu aku tiada kaitan dalam hal ini. Jadi, terima kasih untuk penjelasan tadi." Kata Yue Yue terus berjalan pergi dari situ.
Pada mulanya Zhe Hu mahu mengejarnya namun langkahnya terhenti apabila dia ternampak kelibat Qing Yuan yang kini sudah berada dihadapan Yue Yue.
YOU ARE READING
Transmigration of the soul: Yue Yue
Fiction Historique[ 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 #1 ] [ DALAM PROSES PEMBAIKAN ] Dalam prosesnya untuk menyelesaikan misi, Mo Yue Yue malah diserang oleh musuhnya. Disaat ia tahu ia sudah menjumpai jalan mati, tanpa tersengaja, ia tersentuh buku terkutuk yang akan memb...