[ 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 #1 ]
[ DALAM PROSES PEMBAIKAN ]
Dalam prosesnya untuk menyelesaikan misi, Mo Yue Yue malah diserang oleh musuhnya. Disaat ia tahu ia sudah menjumpai jalan mati, tanpa tersengaja, ia tersentuh buku terkutuk yang akan memb...
Xiao Ba menarik nafasnya dengan perlahan lalu dia menghembus nafasnya, Setelah berulang kali ia berbuat sedemikian, akhirnya, dia kembali tenang dan tanpa membuang masa ia pun mengatakan hal yang ia ingin sampaikan kepada Yue Yue.
"AHH!! CIK MUDA YUE SEBENARNYA AKAN ADA SESEORANG DATANG KESINI.." jerit Xiao Ba dengan kuat.
Jeritan kuat itu kembali mengejutkan Yue Yue yang sedang bersiap-siap itu, begitu juga Mei Ru yang sedang berdiri disebelah Yue Yue itu.
"Xiao Ba, kenapa hari ini kau kelihatan sangat teruja? Siapa Sebenarnya yang akan datang?" Ujar Yue Yue dengan nada yang tenang.
"Err.. HEHEHE(😅) maaf"
Mei Ru hanya menggelengkan kepalanya dengan perlahan menandakan dia bersependapat dengan Yue Yue.
Melihat Mei Ru menggelengkan kepalanya, Xiao Ba pun tersipu malu dengan tindakannya tadi.
Berbeza dengan Mei Ru, Xiao Ba seorang gadis yang lembut dan ceria. Walaupun dia sering dipukul oleh pelayan-pelayan yang lain namun dia tetap memberikan senyuman yang manis kepada Yue Yue dan dia tetap setia untuk melayani Yue Yue (yang dulu).
Namun sekarang Mo Yue Yue telah berjanji untuk tidak membiarkan sesiapa menyentuh Xiao Ba lagi kerana dia memilih untuk melindungi Xiao Ba walaupun itu bukanlah permintaan Zhen Yue Yue.
"Zhen Yue Yue begitu bodoh.. bagaimana dia boleh melupakan gadis yang ceria ini? Merasakan dirinya sentiasa bersendirian sedangkan Xiao Ba sentiasa ada untuknya.."
"Jadi? Siapa yang kau maksudkan tadi?" Yue Yue kembali memandang Xiao Ba setelah ia telah siap untuk mendandan kan dirinya itu.
"Yang Mulia Tuan Qing Yuan.. apa Cik Muda Yue masih ingat tentangnya? Saya pernah menceritakan tentangnya kepad-"
Xiao Ba tiba-tiba berhenti bercakap setelah ia melihat raut wajah Yue Yue yang berubah menjadi muram itu.
Mei Ru yang tidak faham apa yang sedang berlaku hanya memilih untuk mendiamkan dirinya saja.
"Sial! Aku hampir lupa tentangnya. YANG MULIA TUAN QING YUANN!!"
Sebenarnya, Zhen Yue Yue telah bertunang dan tunangnya ialah Yang Mulia Tuan Qing Yuan atau nama sebenarnya ialah Wu Qing Yuan. Dia ialah Putera Pertama bagi Keluarga Wu dan dia juga adalah orang yang digeruni ramai.
Kerana sifatnya yang dingin dan tidak suka membiarkan mana-mana perempuan mendekatinya atau menyentuhnya.
Mo Yue Yue tidak mengingatinya sangat kerana dia tidak pernah peduli tentangnya tetapi dia salah, tidak mengingatinya rupanya adalah satu kesalahan yang terbesar dalam hidupnya.
Dan kini dia terpaksa menemui TUNANGNYA itu.
"Ah, itu Cik Muda Zhen."
Langkah Yue Yue terhenti di depan seorang lelaki yang berdiri diam didepannya itu. Tubuhnya yang agak tinggi itu telah membelakangi sinaran matahari yang mengenai wajah Yue Yue.
Dan hal itu membuatkan Yue Yue tidak dapat Melihat jelas wajah lelaki itu.
"Xiao Ba, siapa dia? kenapa dia memakai penutup mata?" Bisik Yue Yue kepada Xiao Ba yang ada di belakangnya itu.
↓ ( orang yang dimaksudkan oleh Yue Yue ) ↓
Oops! This image does not follow our content guidelines. To continue publishing, please remove it or upload a different image.
"Hermm, Cik Muda.. Yang Mulia Tuan Qing Yuan masih dapat mendengar bisikan Cik Muda" ujar Mei Ru dengan nada yang tenang.
Yue Yue yang baru perasan perkara itu terus kembali memandang kehadapan dengan raut wajah yang tidak bersalah.
Pembantu Qing Yuan yang juga mendengar bisikan Yue Yue itu hanya menggelengkan kepalanya.
Manakala, Qing Yuan yang sememangnya dengar dengan jelas kata-kata Yue Yue tadi hanya mendiamkan dirinya saja.
Yue Yue tidak menyangka pertemuan pertamanya dengan Qing Yuan akan menjadi sekekok itu.
"Mengapa kamu berada ada di sini?" Ujar Yue Yue cuba menutup suasana yang kekok itu.
"Ah, sebenarnya kami sesat (🙂)" Kata Pembantu Qing Yuan dengan Wajah yang menahan malu.
"Sesat?"
Yue Yue kembali memandang Qing Yuan. "Dari ingatan Zhen Yue Yue, Qing Yuan tidak pernah menjumpainya.. jadi kenapa hari ini dia tiba-tiba datang?" Yue Yue mula bermonolog sendirian.
Dia pelik.. kenapa Qing Yuan tiba-tiba ada didepannya sekarang. Apa tujuannya ke sini? Itulah persoalan yang bermain di fikirannya.
"Maaf kalau kami mengganggu Cik Muda Zhen tetapi bolehkah kamu menghantar kami ke aula utama? Yang Mulia Tuan Qing Yuan ingin bertemu dengan Perdana Menteri Zhen." Ujarnya dengan nada yang sopan.
Disebabkan Yue Yue tidak ingin lama-lama dengan Qing Yuan yang merupakan Tunangnya itu dia pun menyuruh Xiao Ba untuk menghantar Qing Yuan ke Aula utama.
"Huh.. Xiao Ba"
Xiao Ba yang faham dengan maksud Cik Mudanya itu pun mengangguk perlahan dan dia pun memulakan langkahnya untuk menuju ke aula utama.
"Selamat Jalan Yang Mulia Tuan Qing Yuan." Ujar Yue Yue terus berjalan meninggalkan kawasan itu setelah ia memberikan salam selamat tinggal kepada Qing Yuan.
Manakala, Mei Ru hanya berjalan mengikutinya dari belakang.