TOTS: Y 05

857 96 4
                                    

𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐌𝐈𝐆𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐎𝐔𝐋: 𝐘𝐔𝐄 𝐘𝐔𝐄

 "Marilah Cik Muda Yue Yue" kata Xiao Ba yang baru saja sampai di tempat Yue Yue berada sekarang.

Melihat Xiao Ba sudah sampai, Dia pun meneruskan perjalanannya namun langkahnya terhenti apabila namanya tiba-tiba dipanggil oleh seseorang "Zhen Yue Yue" dan sudah tentu ia mengenali suara orang itu.

"C-Cik Muda Ru?!" Ujar Xiao ba dengan nada yang terkejut.

"Ah, setelah lama kita tidak berjumpa.. akhirnya kita berjumpa semula.. Li Ru Shi"

Yue Yue memalingkan badannya ke belakang lalu dia mengukirkan senyuman paksa di bibirnya.

"Ahyo, Jie Jie(kakak)" Yue Yue mendekati Ru Shi lalu dia memeluk tangan Ru Shi.

Tindakan Yue Yue itu membuatkan mereka yang melihatnya agak sedikit terkejut. "Bukankah Cik Muda Yue dikhabarkan sudah gila selepas kejadian itu.. jadi khabar angin itu betul-betul benarkah?!" Bisik mereka dengan nada yang tidak percaya.

Ru Shi yang sememangnya tidak suka Yue Yue menyentuhnya terus menolak Yue Yue untuk menjauh darinya.

"Ahk!"

Yue Yue terjatuh di atas tanah. Tolakan Ru Shi mungkin kelihatan lembut tetapi sebenarnya dalam diam dia menggunakan sedikit kuasanya untuk mencederakan Yue Yue.

"Cik Muda Yue!" Ujar Mei Ru dan Xiao Ba serentak. Mereka agak terkejut apabila Cik Muda mereka ditolak oleh Ru Shi. Bahkan, tolakan itu telah membuatkan baju Cik Muda mereka kotor.

"Cik Muda Ru, bukankah ini salah?! Kenap-" belum sempat Xiao Ba menghabiskan kata-katanya Pembantu peribadi Ru Shi terus menamparnya dengan kuat dan hal itu membuatkan Yue Yue terkejut begitu juga yang lain.

"Dimana adab kamu?!" Ujarnya dengan angkuh.

Xiao ba terdiam. Matanya mula berkaca-kaca, Mei Ru yang pada mulanya ingin membalas kata-kata Pembantu Ru Shi yang angkuh itu tiba-tiba berhenti apabila dia melihat Tatapan Yue Yue yang tajam itu.

Dia terkejut, sebenarnya ini bukan kali pertama ia melihat tatapan tajam Yue Yue. Ini sudah kali ke-tiga ia melihat tatapan itu dan tatapannya itu masih membuatkan ia takut sendiri.

Lagipun tatapan itu membuatkan ia teringat akan sesuatu. "Xiao Ba" Mei Ru mendekati Xiao Ba setelah ia membantu Yue Yue bangun semula.

"Heh, Mei Mei (adik) kamu sepatutnya mengambil Pembantu yang beradab.." kata Ru Shi dengan nada yang sinis.

Yue Yue yang hanya menahan rasa marah itu hanya mengukirkan senyuman yang manis dibibirnya. "Oh? Kalau begitu.. bolehkah Jie Jie mencarikan Yue Yue pembantu yang beradab? Hmm?" Ujar Yue Yue sambil tersenyum.

Melihat Senyuman yang terukir dibibirnya itu membuatkan Ru Shi semakin benci dengan Yue Yue kerana senyuman itulah yang membuatkan ia pernah direndahkan oleh orang disekelilingnya ketika ia kecil dulu.

"Jie Jie?" Yue Yue kembali mendekati Ru Shi. Tindakan Yue Yue yang secara melulu itu membuatkan Ru Shi yang berada dalam keadaan tidak sedar sepenuhnya itu menolak kasar Yue Yue untuk menjauhinya sehingga Yue Yue terjatuh kembali dan kali ini tindakan Ru Shi itu dilihat oleh seseorang.

 Ru Shi yang baru tersedar dari lamunan kisah silamnya itu terus menatap Yue Yue dengan wajah yang penuh kebencian. Xiao Ba dan Mei Ru kembali membantu Yue Yue untuk berdiri semula. Jelas kelihatan diwajah Mei Ru seperti ia sedang menahan sesuatu dan Yue Yue yang menyedarinya itu hanya mendiamkan dirinya saja.

"Mei Mei apakah kamu lupa yang aku tidak pernah menyukai kamu menyentuh ku dengan tangan kamu yang menjijikan itu." ujar Ru Shi dengan nada yang sombong.

 Yue Yue hanya terdiam dan dia juga sengaja membuat raut muka yang sedih dihadapan Ru Shi agar dia kelihatan seperti seorang yang lemah.

"OH, Bukankah itu Cik Muda Zhen?" ujar seorang lelaki dengan nada yang teruja. "Mengapa kau begitu teruja saat melihatnya?" kata seorang lagi lelaki yang juga kawan kepada lelaki itu. Mendengar ia berkata sedemikian, Lelaki itu pun mendiamkan dirinya lalu ia kembali berdiri dibelakang seorang lelaki yang dari tadi hanya memandang ke tempat Yue Yue itu.

"Dia bukan Dia. Jadi dia siapa?"

"Yang Mulia?" Dia yang bergelar Yang Mulia itu memandang ke arah orang yang menyebut nama gelarannya itu. "Apakah Yang Mulia masih mahu berdiri disini atau kita meneruskan perjalanan kita?"

 Mendengar ia berkata sedemikian, tanpa mengeluarkan apa-apa suara atau bunyi ia  hanya meneruskan Jalannya dengan langkah yang perlahan dan para pembantunya pun turut mengikutinya dari belakang dengan langkah yang perlahan.

 Setelah Melihat Ru Shi berlalu pergi dari tempatnya, Yue Yue pun membersihkan semula bajunya yang sedikit kotor disebabkan ulah Ru Shi tadi.

 Xiao Ba dan Mei Ru juga membantu Yue Yue untuk menghilangkan kotoran yang ada dibajunya itu. "Cik Muda Yue.. Mengapa Cik Muda tetap mendekati Cik Muda Ru walaupun Cik Muda tahu yang ia pasti akan berbuat jahat dengan Cik Muda?" ujar Mei Ru dengan nada yang tidak berpuas hati dengan tindakan Yue Yue tadi.

 Yue Yue hanya tersenyum, dalam diam dia kagum dengan Mei Ru yang masih menahan kemarahannya walaupun sebenarnya tadi ia hampir menunjukkan siapa dirinya yang sebenar.

"Aku tidak tahu apa yang membuatkan kau berpura-pura menjadi seperti seorang gadis yang biasa. Tetapi aku benar-benar ingin mengetahuinya." ujar Yue Yue dalam hati sambil memandang lama Mei Ru.

 Yue Yue tahu Mei Ru yang berada dihadapannya sekarang adalah seorang yang misteri, Identitinya dibiar tidak teratur dan Ketua Pelayan Kediaman Zhen tidak peduli akan identitinya kerana ia tahu, ia akan berkerja dibawah seorang puteri yang lemah dan tidak berguna.

 Namun, bagi Yue Yue ini adalah satu kesilapan besar yang mereka buat. Mei Ru, gadis yang memiliki Kuasa tahap 4 memilih untuk menyembunyikannya dan berkerja sebagai seorang pembantu.. adakah itu logik? sudah tentu tidak.

Transmigration of the soul: Yue YueWhere stories live. Discover now