TOTS: Y 67

228 28 0
                                    

 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐌𝐈𝐆𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐎𝐔𝐋: 𝐘𝐔𝐄 𝐘𝐔𝐄

Setelah mengambil ubat itu, Yue Yue pun memasukkan semula pedang kecilnya itu ke sarungnya lalu dia kembali memandang Guo'er yang ada disebelahnya itu.

"Saja, dan kau? Apa yang kau buat disini.. dengan berpakaian serba hitam dan menutup muka"

"Aku perlu mengambil sesuatu tetapi benda itu sudah diambil oleh kau." Ujarnya sambil melirik ke arah botol ubat yang berada di genggaman Yue Yue itu.

Yue Yue juga memandang botol ubat itu lalu dia memasukkan botol ubat itu kedalam bajunya.

"Aku yang sampai duluan dan aku juga yang menemuinya duluan. Jadi ini adalah milikku." Ujar Yue Yue dengan wajah yang bersahaja.

Melihat Yue Yue yang bersikap tenang itu membuatkan ia terhibur. Dia tahu Yue Yue bukan orang biasa dan sudah semestinya dia tidak mahu menutup matanya dari Yue Yue.

"Baiklah. Aku menyerah. Seterusnya apa yang kau mahu lakukan?" Kata Guo'er yang kini sudah tertarik dengan Yue Yue itu.

"Perlukah aku memberitahumu?"

"AHAHA sudah semestinya.. kerana sebentar lagi beberapa orang akan datang ke sini."

"Heh, jangan risau.. Aku boleh bergerak sendiri. Jumpa lagi, Guo'er"

Dengan begitu sahaja, perbualan mereka pun berakhir kerana Yue Yue tidak mahu membuang masa lagi, dia perlu menyelamatkan Mei Ru sebelum terlambat.

Kini Yue Yue berada di tempat yang Mei Ru dikurung. Mei Ru yang sedar akan kehadiran Yue Yue itu terus memandang kearahnya.

Tanpa membuang masa, Yue Yue pun melakukan isyarat tangan kepada Mei Ru dan Mei Ru membalasnya dengan isyarat mata.

"Bagaimana dengan dia?"

"Dia sedang tertidur. Cuba untuk berjalan dengan perlahan."

"Mundur kebelakang sebanyak 4 kali dan tutup hidungmu"

Mei Ru mengangguk perlahan lalu dia melangkah kebelakang dengan langkah yang perlahan agar orang yang menjaganya itu tidak terbangun dari tidurnya.

Sesuai dengan arahan Yue Yue tadi, Mei Ru menutup hidungnya lalu Yue Yue pun membaling sesuatu ke arah Mei Ru berada.

Benda yang dibaling oleh Yue Yue tadi tiba-tiba mengeluarkan asap yang tebal dan baunya juga tidak begitu wangi.

Benda itu ialah Bom asap yang dicampur dengan bahan yang boleh menyebabkan orang yang menghidunya asap itu pengsan.

Melihat Asap itu mula menebal, Yue Yue pun berlari ke arah Mei Ru lalu dia membuka kunci Besi yang mengurung Mei Ru itu dengan mudah.

Ketangkasan Yue Yue itu membuatkan Mei Ru terkesima, seakan orang yang ada dihadapannya sekarang bukanlah orang yang ia kenal selama ini.

"Dari mana asap ini berada?"

"Jangan menghidunya"

"Ha?" Dia yang tidak sengaja menghidunya jatuh ke lantai dan tidak menyedarkan dirinya, bukan dia saja ada juga beberapa orang yang tidak sengaja menghidunya juga tidak menyedarkan diri mereka.

Transmigration of the soul: Yue YueWhere stories live. Discover now