𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐌𝐈𝐆𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐎𝐔𝐋: 𝐘𝐔𝐄 𝐘𝐔𝐄
Tanpa membuang masa mereka pun berjalan keluar dari tempat itu lalu mereka bersama-sama menuju ke aula utama."Yang Mulia Long, maaf kerana bersikap biadab.. sekarang adalah masanya untuk persembahan pasangan Yang Mulia Long."
"Hm? Pasangan Yang Mulia Long? Kenapa aku tidak pernah melihatnya tadi?" Ujar Puteri Mahkota Tian sambil memandang Bai Feng yang masih menunjukkan raut wajah yang tenang itu.
"Long Bai Feng.. dimanakah pasangan kamu? Kamu tidak boleh-"
"Maaf. Adakah aku terlambat?"
Suaranya yang lantang itu membuatkan semua orang memandang ke arahnya.
Dengan langkah yang perlahan, ia berjalan masuk ke dalam aula utama itu. Ia sedar semua orang disana sedang memandangnya dengan pelbagai reaksi yang ditunjukkan di wajah mereka.
Ada yang tergamam, ada yang terkejut, ada yang memandangnya dengan pandangan yang benci, ada yang memandangnya dengan tatapan yang bersinar dan sebagainya..
Namun hal itu tidak membuatkan dia lemah semangat. Bahkan, sekarang ia kelihatan begitu bersemangat lebih dari sebelumnya.
Bai Feng memandang Yue Yue dengan raut wajah yang terkejut. Dia tidak menyangka kedatangan Yue Yue yang secara tiba-tiba itu mampu membuat suasana menjadi lain.
Bahkan, pakaian yang dikenakan oleh Yue Yue pada saat itu juga kelihatan begitu sesuai dengannya.
"Kamu adalah pasangan Yang Mulia Long kan?"
Yue Yue menganggukkan kepalanya lalu dia menundukkan sedikit badannya.
"Saya, Zhen Yue Yue pasangan Yang Mulia Long ingin memohon maaf kepada Maharaja Tian dan Yang Mulia Permaisuri Chua kerana lambat untuk tiba pada masa yang tepat." Ujar Yue Yue sambil menundukkan badannya sedikit.
Melihatnya memohon maaf, Maharaja Tian pun tertawa kecil begitu juga Permaisurinya.
Mereka suka dengan perangainya.
"Beta memaafkan kamu. Jadi, apa kau tidak mahu melakukan persembahan kau sekarang?" Ujar Maharaja Tian sambil mengukirkan senyuman manis dibibirnya.
"Kalau Yang Mulia sudah berkata sebegitu, Zhen Yue Yue tidak akan melengahkan masa lagi" jawab Yue Yue lalu dia menolehkan pandangannya ke tepi untuk memandang Long Bai Feng yang berada tidak jauh darinya itu.
Melihat ia memandangnya, Bai Feng pun menganggukkan kepalanya sedikit. Setelah itu, dia pun bercakap sesuatu dengan pembantunya itu.
Tidak lama kemudian, datang lah Beberapa orang membawa Gu zheng dan meletakkannya di hadapan Yue Yue.
"Hm? Apa yang dia mahu lakukan dengan benda itu?"
"Ah! Itu Gu Zheng!!"
"Gu Zheng?! Kenapa bentuknya berbeza?"
"Waa, Ini kali pertama aku melihat Gu Zheng seperti itu"
Mendengar percakapan mereka itu, Yue Yue pun mengeluh kecil. Dia tidak menyangka yang Bai Feng akan menyediakannya Gu zheng yang seperti itu.
"Menarik, beta tidak sabar melihat persembahan kamu." Ujarnya sambil memandang Yue Yue.
"Em.. Terima Kasih Yang Mulia Tian, kalau begitu, Yue Yue akan memulakan persembahan Yue Yue."
Tanpa membuang masa, Yue Yue pun memulakan persembahannya.
Jari-jemarinya mula bermain dengan tali Gu Zheng itu.
"Lagu apakah ini"
"Siapa dia sebenarnya?"
Mendengar perbualan mereka itu, Dia mula merasa tidak senang. Entah kenapa dia merasakan gadis yang ada dihadapannya itu sekarang seperti bukan dia yang sebenar.
Kerana sebelum ini, dia selalu memerhatikan Zhen Yue Yue. Mana mungkin dia tahu untuk bermain Gu Zheng.
"Menarik, Dia memang seorang yang menarik"
"Herm! Tuan Jenderal Liu, sila ingat aku adalah pasangan kamu" ujarnya sambil tersenyum kecil.
Dia yang bergelar Jenderal Liu itu hanya tergelak kecil saat mendengar kata-katanya tadi. "Heh, apa kau lupa.. kau hanya pilihan kedua daripada Maharaja Zhou. Sila jangan lupakan itu" jawabnya dengan nada yang dingin.
Saat ia mendengar jawapannya itu, Dia pun terdiam sepi. Dia terpaksa mendiamkan dirinya dan menahan rasa marah yang semakin membuak-buak itu.
CONTINUE...
Pakaian yg dikenakan oleh ZHEN YUE YUE.
Gaya rambut Zhen Yue Yue
Gu zheng yang disediakan untuk Zhen Yue Yue oleh Long Bai Feng.
YOU ARE READING
Transmigration of the soul: Yue Yue
Fiksi Sejarah[ 𝐒𝐏𝐄𝐂𝐈𝐀𝐋 𝐒𝐓𝐎𝐑𝐘 #1 ] [ DALAM PROSES PEMBAIKAN ] Dalam prosesnya untuk menyelesaikan misi, Mo Yue Yue malah diserang oleh musuhnya. Disaat ia tahu ia sudah menjumpai jalan mati, tanpa tersengaja, ia tersentuh buku terkutuk yang akan memb...