TOTS: R 18

599 75 1
                                    

 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐌𝐈𝐆𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐎𝐔𝐋: 𝐘𝐔𝐄 𝐘𝐔𝐄

Dengan langkah yang sederhana laju, Ia berjalan masuk ke dalam Aula Utama itu. Kedatangannya di situ membuatkan semua orang yang berada disana terkejut.

"Puteri Li Xia Fei?!"

"Selamat Kembali Puteri Li Xia Fei"

Mereka semua menundukkan badan mereka kerana itu adalah tanda hormat mereka terhadap Puteri Mahkota Dunia Spiritual itu.

"Xia Fei? Kenapa kamu tidak memberitahu beta tentang kedatangan kamu kesini?" Ujar Maharaja Zhou sambil menghampiri Xia Fei yang ada dihadapannya itu.

Kedua-dua tangannya memegang bahu Xia Fei lalu dia memeluk Xia Fei dengan erat. Li Xia Fei adalah Puteri Kesayangan Maharaja Zhou sebab Xia Fei memiliki darah dan kuasa Phoenix.

Kuasa Phoenix adalah kuasa suci bagi Dunia Spiritual namun kuasa Phoenix hanyalah kuasa suci yang kedua.

Kuasa Suci yang pertama masih belum diketahui kerana kuasa itu sangatlah misteri. Ada khabar angin mengatakan Kuasa itu boleh menaikkan Tahap kuasa seseorang apabila orang itu berada berdekatan dengannya, selain itu, Kuasa itu juga memiliki aura yang tersendiri.

"Kamu datang kesini sendiri? Kenapa kamu tidak membawa Dewa Naga Air kesini?" Ujar Maharaja Zhou.

Xia Fei menggelengkan kepalanya, "Tidak sebab ada hal yang guru mahu lakukan nanti."

"Ohh.. kalau begitu, kamu berehatlah dahulu. Nanti beta akan ke kamar kamu"

Mendengar Ayahandanya berkata sedemikian dia pun menganggukkan kepalanya. "Baiklah, maaf sebab mengganggu ayahanda" ujarnya dengan nada yang lembut.

"Tidak mengapa.. pergilah berehat. Sida Sheng sila hantar Puteri Mahkota ke kamarnya."

Sida Sheng yang berada di belakang Maharaja Zhou itu menganggukkan kepalanya lalu dia berjalan kehadapan untuk menghantar Xia Fei ke Kamarnya.

"Kalau begitu Xia Fei pergi dulu. Sampai berjumpa lagi Ayahanda" ujar Xia Fei terus berjalan meninggalkan Aula Utama Istana itu.

Setelah lama berjalan akhirnya mereka sampai di bilik Xia Fei iaitu Kediaman Fenghuang (PHOENIX).

"Silakan Masuk Yang Mulia Tuan Puteri Mahkota" Kata Sida Sheng sambil menundukkan kepalanya. Pintu biliknya sudah dibuka oleh Sida Sheng.

"Terima Kasih." Ujar Xia Fei terus berjalan masuk kedalam biliknya itu.

"Eh, Sida Sheng tunggu."

Langkah Sida Sheng terhenti lalu dia menolehkan badannya kebelakang untuk melihat Xia Fei yang berada dibelakangnya itu.

"Qing Yuan.. benarkah dia sudah ditunangkan dengan Puteri Gagal itu?"

"Benar Yang Mulia, Keputusan itu dibuat oleh Maharaja Zhou selepas Yang Mulia berangkat ke Dunia Dewa-dewi."

Xia Fei terdiam buat seketika. "Baiklah, terima kasih. Selamat berehat, Sida Sheng"

Transmigration of the soul: Yue YueWhere stories live. Discover now