TOTS:R 26

563 71 3
                                    

 𝐓𝐑𝐀𝐍𝐒𝐌𝐈𝐆𝐑𝐀𝐓𝐈𝐎𝐍 𝐎𝐅 𝐓𝐇𝐄 𝐒𝐎𝐔𝐋: 𝐘𝐔𝐄 𝐘𝐔𝐄

Sudah beberapa minit telah berlalu, Qing Yuan mula kehairanan, Mustahil Yue Yue akan mengambil masa yang lama untuk bersiap.

"Zhe Hu"

"Ya?"

"Pergi ke tempatnya dan lihat apa yang sedang dia lakukan sekarang." Ujarnya dengan nada yang dingin.

Mendengar arahannya itu, dia pun mengangguk perlahan lalu dia berjalan masuk ke dalam kediaman Zhen itu semula.

Langkah Zhe Hu terhenti apabila dia ternampak Yue Yue sedang berlari ke arahnya sambil mengendong seorang gadis yang berpakaian seperti seorang pembantu.

"Zhe Huuuu!"

"I-iyaa ??" Jeritan Yue Yue itu membuatkan Zhe Hu segera berlari mendekati Yue Yue.

"Pinjamkan aku kud-"

"Mo Yue Yue"

Suara halus yang menyebut nama sebenarnya membuatkan Yue Yue terkejut. 

"Siapa? Siapa yang menyebut nama sebenar aku tadi?" Ketus Yue Yue dalam hati.

"Cik Muda kenapa Cik Muda mengendong pembantu Cik Muda?"

"Ha? Oh! Pinjamkan aku kuda kau!"

"Kuda?? Kenapa Cik Muda Yue mahu meminjam kudanya?? Apa Kau sudah lupa apa yang aku arahkan tadi ??" Ujar Qing Yuan dengan nada yang dingin dan serius.

Yue Yue memandangnya sekilas pandang lalu dia kembali memandang Zhe Hu, baginya sekarang tiada apa yang lebih penting berbanding Xiao Ba.

Melihat Yue Yue tidak mengendahkan kata-katanya tadi membuatkan kesabarannya mula menghilang.

Tetapi melihat wajah Yue Yue yang penuh kerisauan itu membuatkan kemarahannya reda. Dia lupa yang tunangnya itu cuma ada pembantunya iaitu Xiao ba dan sudah sewajarnya untuk dia lebih pentingkan Xiao Ba daripadanya arahannya tadi.

"Baiklah, kali ini saja.. Zhe Hu.. bantu Cik Muda Yue masuk ke dalam kereta kuda bersama Pembantunya itu."

"Ha? Tidak! Aku tidak mahu mengikuti kau sekarang! Aku per-"

"Apa kau mahu duduk bersamaku atau duduk disebelah pembantumu itu ?" Ujar Qing Yuan dengan wajah yang dingin.

Mendengar kata-kata Qing Yuan itu, Yue Yue pun mendiamkan dirinya dan hanya mengikuti Zhe Hu yang sudah mengambil Xiao Ba dari gendongannya tadi.

Transmigration of the soul: Yue YueWhere stories live. Discover now