1 | Darkrose

1.5K 44 1
                                    

Ary's POV :

Here I am.

Being transferred for almost 6 months away from my old school along with my friends.

It's London. Sounds good huh? Yeah it is because we can do our job here.

Hanya berbaki beberapa hari sahaja lagi sebelum aku dan tiga lagi rakan baikku dapat kembali semula ke Royal Green Highschool.

Kononnya pertukaran Darkrose ke London bakal mengubah sikap aku dan rakan-rakanku yang sering membuli dan membuat masalah demi masalah di sekolah.

Says by the principal of the Royal Green Highschool.

It's sucks. Nothing can really change us.

"Lady boss, he's here." suara keras milik Nia berjaya menolak semua tanggapan yang bermain di mindaku agar kembali fokus.

"Qai, you're up next." ringkas arahanku kepada Rina melalui earpiece yang dipasang di telinga.

Gadis itu sedang berada di atas bumbung salah sebuah bangunan bertentangan dengan bangunan cafe yang didudukiku saat ini untuk tugasnya.

"Oh no." suara cemas milik Fifi pula yang memasuki talian.

Pantas mataku dibawa bertemu dengan sepasang mata milik si gadis yang sedang duduk di salah sebuah meja bertentangan denganku. Hanya berjarak beberapa langkah di dalam cafe yg sama.

"He's not coming alone like the deal were made."

Gigiku serta-merta terketap rapat. That dumb piece of sh-

"Dia dengan siapa?" suara Rina bergema melalui earpiece yang dipakai.

Mataku kini meliar ke sekeliling melihat beberapa manusia yang turut berada di dalam cafe tersebut menikmati bagel dan latte panas pada waktu pagi.

"Ramon DeLuca." jawapan pantas dari Nia menyekat pernafasanku buat seketika.

"Not just the two of them. Empat anak buah DeLuca akan join boss dekat dalam."

Serentak dengan itu, bunyi loceng kecil yang berada di atas penjuru pintu cafe tersebut berbunyi menandakan ada pelanggan yang melangkah masuk.

Nafas perlahan aku hela sebelum tanganku naik mencapai tangkai cawan kopiku yang dipesan sebentar tadi lalu dibawa ke bibirku dan disisip perlahan.

"Qai, make sure aim kau kekal dekat O'Neill." minuman panasku kembali diletakkan di atas piringnya di atas meja. "Do not harm DeLuca."

"Got it."

"Arlyssa."

Just in time. Pantas aku mendongak saat satu suara garau kedengaran menyebut perlahan namaku. Seorang lelaki muda dengan sepasang mata berwarna honey brown miliknya menyapa pandanganku. Rambut hitamnya di hadapan hanya dibiarkan jatuh ke dahi hampir menutupi matanya.

"O'Neill," jemari runcingku bergerak menunjuk ke arah dua buah kerusi kosong di hadapanku. "Have a seat."

Lelaki itu hanya mengangguk sedikit sebelum melabuhkan duduknya.

Mataku beralih pula ke arah seorang lagi lelaki yang masih berdiri tegak di sisi mejaku. Wajahnya tidak menunjukkan sebarang emosi saat merenungku.

Ini adalah pertama kali aku dan lelaki ini bersemuka. Mataku mengambil masa meneliti figuranya. Sepasang mata emerald green yg sangat memukau. I actually really admire green eyes.

What a joke.

Renungannya tajam. Seolah-olah memberi amaran bahawa dia bukanlah lelaki yang sepatutnya dibawa bermain. Masih tiada secalit senyuman di wajahnya sebaliknya kekal dengan ekspresi yang tidak berperasaan. Tubuhnya tinggi dan tegap. Meskipun dalam umurnya yang lewat 30-an, lelaki ini tetap kelihatan bergaya dengan sut hitam yang melekat di tubuhnya. Rambut coklat keperangannya juga tersisir rapi ke belakang.

Young Blooded MafiaWhere stories live. Discover now