Ary's POV :
"Kayra jenis yg tak biasa dengan lelaki."
Tegak telingaku mendengar ayat tersebut saat melalui salah satu bilik tamu yg sebaris dengan bilikku di tingkat paling atas ini.
Langkah dan pergerakanku serta-merta terhenti dengan mata yg sudah tajam mengintai ke dalam bilik yg pintunya hanya terbuka sedikit.
"Jadi waktu Louis try rapat dengan dia, dia bagitahu Ary. Dia cakap dia tak suka bila Louis asyik sentuh dia. Nak lagi bila lelaki tu dapat nombor dia lepas dinner yg dia dengan Ary attend together sebagai representative, setiap hari Louis mesej dia."
What the hell is going on.
"Lepastu Ary takde buat apa-apa dekat Louis?"
Fifi.
"Ary slow talk dengan dia."
"Then?" gadis berambut pink itu menggesa lagi.
"A-aku tak tahu." perlahan suara Aryan yg 'bercerita' membalas selepas beberapa saat terdiam.
"Aikk..kau-"
"Aku tak tahu. Aku takde dekat Malaysia waktu benda tu jadi. Aku sambung belajar dekat Japan." laju Aryan memintas kata-kata Rina.
"Aku cuma tahu semuanya lepas aku balik. Itupun sebab mama call aku cakap pasal Kayra. D-dia kata..."
Lelaki itu kelihatan teragak-agak untuk menyambung ayat.
Matanya dipejamkan buat seketika sebelum kembali dibuka. Wajah Knightz dan juga Darkrose di hadapannya dia pandang lama satu persatu.
"...dia kata Kayra mengandung."
Dapat aku lihat reaksi setiap individu yg mendengar di hadapannya serentak berubah.
Aku dapat lihat mata Fifi yg membulat, Nia yg sudah menekup mulutnya sendiri dan Areyz yg beristighfar panjang.
"Yes, she's pregnant. Kayra mengandung waktu umur dia 12 tahun. Apa yg aku tahu, dia mengandungkan anak Louis. Dan daripada apa yg Ary cerita, lepas dia mengadu yg Louis selalu mesej dia tu..a month later diaorang bercinta."
Semuanya diam tidak berkutik buat beberapa minit. Mungkin masih memproses kata-kata lelaki itu.
Aku mengetap bibir geram dengan kesunyian mereka.
Hampir 10 minit berlalu baru lah suara Rina pula yg kedengaran menyoal.
"Jadi..sebab tu Ary bencikan Louis? Dia mula bencikan lelaki. Dia berubah. Sebab tu ke? Sebab Louis rosakkan kakak dia?"
"No." keruh wajah Aryan saat menyambung lagi,
"Ary memang mampu terima berita tu tapi apa yg Louis buat dekat Kayra lepas kakak dia bersalin..b-benda tu yg hancurkan Ary." teragak-agak lagi Aryan membalas di hujungnya.
Kenapa kau macam tu? Teringat balik semua emosi yg aku dah lepas semalam?
Jujur hatiku sudahpun berasa kurang setuju dengan cara Aryan saat ini.
Aib Kayra tidak patut dibuka kepada orang lain. Kesilapan Kayra tidak perlu dihebahkan ke mana-mana. Namun tika ini juga Knightz, Fifi, Rina, dan juga Nia bahkan ahli-ahli Darkrose yg lain sedang fokus mendengar di hadapannya.
Hanya Alex tiada bersama mereka.
Dan Renuisse.
"Berbeza dengan aku..lepas je aku balik dari Japan, aku bertindak ikut perasaan. A-ku..." terdengar keluhan berat lelaki itu.
Ketika itulah aku membuat keputusan bahawa ianya cukup sampai di situ sahaja.
Rakan-rakanku tidak sepatutnya tahu akan kisah silam keluarga kami dari mulut Aryan.
YOU ARE READING
Young Blooded Mafia
Mystery / ThrillerWARNING : This story contains very strong language, drug abuse, and little torturing that might not be suitable for those who are underage. Read at your own risk though, you've been warned. ***** "There's still some time left for you to take a step...