Ary's POV :
Lama memerhati tubuh Ben yang terbaring di lantai, langkahku akhirnya diatur keluar dari bilik yang dipenuhi mayat tersebut.
Setiap langkahku laju bahkan saat menuruni anak tangga untuk berjumpa dengan Darkrose di bawah.
"Boss!"
Suara nyaring Nana kedengaran sebaik sahaja ternampak kelibatku.
"Lama boss dekat atas. Boss okay tak?"
Gadis berambut pendek itu mula meniti setiap inci bahagian tubuhku.
"Aku o-"
"Oh boss, you've been shot!"
Nana menempik lagi, memotong bicaraku.
Nana, please... just stop shouting. I mean, yeah, I'm literally standing right in front of you.
"It's fine."
Ahli-ahli Darkrose mula menghampiri kami berdua.
"Tapi aku rasa hidung aku patah balik."
Bahuku spontan terangkat tanda tidak kisah namun serta-merta aku menyesalinya.
Damn.. the fucking bullet.
Mendengarnya, Rina tiba-tiba menyentuh hidungku.
Shit.
Laju tangannya aku tepis.
"Kau buat apa ni?!"
"Eh eh, kau ni."
Gadis berambut ungu itu terus bercekak pinggang.
"Aku nak tengok lah teruk ke tak cedera hidung kau tu. Haritu dah patah, ni dah nak makin elok, patah balik ke? Kau nak tunggu hidung kau tu hilang dulu ke apa hah?!"
"Shut up."
Tidak menghiraukan gadis itu, aku terus mengatur langkah meninggalkannya.
Aku menghampiri Alex yang berjaga.
"Eh makhluk ni, geram je aku. Aku ni cuma nak nasihatkan dia, untuk kebaikan dia jugak. Maksudnya apa? Maksudnya aku sayang dia lah. Bukannya saja-saja, tapi dia...."
Rina masih menyambung bebelannya.
Aku tergelak saat yang lain hanya mampu menadah telinga.
"Kenapa, boss?"
Luth di sebelah Alex menyoal sebaik sahaja melihatku memerhati sekeliling.
"Jack dah settle job dia?"
Soalan pertama yang terlintas di fikiranku.
"Dah, boss." lelaki itu mengangguk.
"Dia dah keluar dulu macam yang boss nak."
Alex pula yang menyambung.
"Good."
Nafas lega aku hembus perlahan namun hanya buat seketika.
Wajahku berkerut saat teringat kembali kejadian yang berlaku di tingkat atas sebentar tadi.
"Kenapa pulak ni?"
Kali ini suara Nia yang menyapa pendengaranku.
Aku tersentak lantas menoleh memandangnya yang sudah berdiri di sebelah.
"Lady boss?" keningnya terangkat naik meminta jawapan.
Shit.
Aku memilih untuk tidak menjawab pertanyaan gadis itu sebaliknya memanggil salah seorang anak buahku.
ANDA SEDANG MEMBACA
Young Blooded Mafia
غموض / إثارةWARNING : This story contains very strong language, drug abuse, and little torturing that might not be suitable for those who are underage. Read at your own risk though, you've been warned. ***** "There's still some time left for you to take a step...
