Pic above is Hunter.
Fifi's POV :
Serious lah. Takde benda lain ke yg orang nak bagi aku selain daripada bunga? Dalam banyak-banyak benda yg ada, kenapa bunga? Aku semak lah tengok benda ni. Well, Darkose punya lambang pun memang lah bunga tapi tu lain punya cerita. Melihatkan tiga kuntum bunga ros di dalam jambangan nipis dan ringkas tersebut, perlahan tanganku naik memegang rantai Darkrose yg sedang tergantung elok di leherku. Keluhan kecilku terlepas.
Rina kini sudahpun berada di sebelahku namun matanya memerhati ke sekeliling kelas yg sememangnya kosong selain daripada figura Darkrose dan juga Knightz di dalamnya.
"Siapa yg bagi weh? Sejak bila lagi ada dalam meja kau ni?" gadis itu menyoal perlahan seraya memandangku yg masih duduk tidak bergerak di atas kerusi dengan penuh tanda tanya.
Aku hanya mengangkat bahu tanda tidak tahu sebelum berpaling memandang ke arah lelaki yg sedang fokus pada telefonnya di sebelahku. "Danny, ada sesiapa ke yg datang sumbat benda ni dalam meja aku tadi?" mestilah aku tanya dia, dia je yg paling dekat. Takkan dia tak nampak pulak kalau ada makluk asing yg datang sini tadi kan?
"Entah.. takde rasanya." kepalanya tidak sedikitpun diangkat memandangku, hanya bahunya sahaja yg terangkat sedikit ke atas.
Aku mengeluh, namun Rina pula tiba-tiba berubah teruja. "Ooh, ada kad lah," laju sahaja tangannya dipanjangkan untuk mencapai kad keras bersaiz kecil yg terselit antara tiga kuntum ros merah tersebut namun laju juga tanganku menepisnya. "Ah, tak payah usik."
"Ceh kedekut," dia membuat muka seraya berpeluk tubuh sebelum bersandar pada sisi mejaku. "Anyway, dah lama jugak kau tak dapat bunga kan? Lepas kita pindah masuk sini balik, meja aku pun kosong je. Biasanya ada lah jugak chocolate bar ke.." dia tergelak. Aku ikut sama. Memang benar katanya. Sebelum kami semua dipindahkan ke London, meja aku dan Rina sentiasa penuh dengan bermacam-macam benda yg dihadiahkan dari 'mereka' yg tidak bernama. Dan kebiasaannya adalah bunga. Sebab tu aku semak dengan benda ni.
Selalunya kalau benda tu luar daripada kebiasaan sikit aku buang je, bunga dengan coklat aku bagi Rina. Settle. Budak purple ni pulak pantang gila bila dapat dua benda tu. Boleh pulak tu dia simpan semua bunga tu dekat villa, hidup je sampai harini dia jaga. Budak-budak RGH pulak level tinggi, bagi bunga tak pernah yg plastik. Sama lah macam tiga kuntum bunga ros dekat tangan aku sekarang ni.
"Maksudnya ramai lagi lah yg pernah bagi kau bunga sebelum ni?" Danny tiba-tiba menyampuk, sekaligus menarikku keluar dari segala tanggapanku sebentar tadi.
Menoleh sekilas ke arahnya, aku membalas, "Uh, yelah kot.."
"So, kau nak buat apa dengan bunga ni?" Rina menyoal tanpa menghiraukan Danny yg kelihatan masih ingin menyoal sesuatu di sebelahku. Terbantut terus niat lelaki itu.
"Kau taknak ke?" aku menyoalnya.
Dia menggeleng. "Dah banyak weh. Malas aku."
"Well then, macam biasa jelah." bangun dari dudukku, jambangan bunga ros tersebut turut dibawa bersama. Rina mengikut di belakang seperti selalunya, namun kali ini aku mempunyai pengikut baharu. Danny.
"Kau dah kenapa ikut kitaorang?" Rina menyoal pelik, wajahnya berkerut sedikit.
Tidak membalas, lelaki itu hanya mengangkat bahu sebelum menyelukkan tangannya ke dalam poket seluar yg dipakai dan bersandar pada pintu hadapan kelas. Aku dan Rina pula bergerak ke pintu belakang. Kelas Daisy sememangnya terletak di hujung bangunan, bahagian paling belakang sekali.
"Wow cuaca begitu baik hari ini.." kepalaku meliar ke kiri dan ke kanan dengan sebelah tangan melekat di keningku menjadi pelindung kepada cahaya matahari yg terang menyinari.
![](https://img.wattpad.com/cover/256893799-288-k650658.jpg)
YOU ARE READING
Young Blooded Mafia
Misteri / ThrillerWARNING : This story contains very strong language, drug abuse, and little torturing that might not be suitable for those who are underage. Read at your own risk though, you've been warned. ***** "There's still some time left for you to take a step...