Danny's POV :
Genap dua minggu berlalu sejak acara pengebumian arwah papa Ary.
Langit mendung dengan awan gelap yg sedang berarak di luar villa Darkrose saat ini menandakan bahawa hari bakal hujan. Sudah beberapa hari cuacanya sebegitu.
Si ketua Darkrose masih juga tidak memunculkan dirinya sejak hari itu.
Bahkan saat jasad Uncle Ariffin sudah siap dikebumikan dan keluarga si gadis mula mengambil giliran menyiram tanah yg masih baru, wajah mereka semua tetap jelas kelihatan berharap.
Namun Ary tidak pernah muncul.
Kata Fifi sebelumnya, si gadis merah itu hilang tanpa jejak.
Tanganku naik berpeluk tubuh merenung langit. Berfikir.
Bermacam-macam perkara berlaku sejak kebelakangan ini. Rahsia bahawa Darkrose sebenarnya adalah sebuah organisasi mafia terbesar juga masih baru dan mendadak untuk dihadam Knightz.
Perselisihan dan juga salah faham antara Knightz dan Darkrose tidak ketinggalan turut diluahkan masing-masing. Fifi membuat keputusan untuk membuka cerita satu persatu mengenai latar belakang Darkrose begitu juga dengan Rayyan yg memberitahu hal sebenar mengenai ugutan Quinns yg pernah diberikan buat kami berempat.
Benar seperti jangkaan Rayyan, ugutan Quinns yg berkait dengan diri si gadis merah benar-benar menjadi isu sensitif buat tiga lagi rakan baiknya apatah gadis itu sendiri andai diberitahu.
Tetapi dalam situasi kami saat ini aku lebih kesiankan Rayyan.
Kenyataan mengenai diri Ary yg sebenarnya seorang ketua kumpulan mafia besar benar-benar membuatkan lelaki itu hilang kata. Ditambah pula dengan kehilangan si gadis, aku dan Areyz bahkan Adam mula perasan bahawa Rayyan kelihatan tidak tahu mahu meminta penjelasan dari mana.
Tidak mampu dinafikan juga lelaki itu sudah tidak banyak bercakap. Lebih banyak termenung sendirian berfikir daripada berkumpul bersama kami semua.
"Danny," sapaan suara lembut milik gadis yg aku kenali membuatkan aku berpaling.
Si gadis pink sudah lengkap berpakaian serba hitam dengan boots paras buku lalinya seperti kebiasaan. Pakaian yg kerap tersarung di tubuh si gadis sejak akhir-akhir ini.
"Dah siap?"
Fifi mengangguk. Areyz yg baru sampai di sebelahnya bersuara,
"Darkrose dah turun, kita naik dengan diaorang je."
Aku hanya mengangguk mengiyakan. Baru Knightz sedar bahawa selama ini 'Darkrose' itu bukanlah hanya identiti empat gadis sebaliknya melibatkan sekumpulan mafia berpengaruh di bawah pimpinan si gadis yg bernama Aryana.
Fifi sudah memberitahu bahawa mereka semua akan tetap meneruskan pencarian si gadis merah bersama kumpulan Danielle. Dalam hal ini, Knightz turut berkeras untuk mengikut terutama sekali Rayyan.
Fifi menjadi pemandu buat kereta yg dinaiki aku dan juga Adam. Si gadis ungu di sebelahnya.
Nia di kenderaan yg satunya lagi bersama Rayyan dan tiga lagi ahli Darkrose yg lain. Begitulah seterusnya dengan mereka yg turut memandu kenderaan lain.
Bergerak keluar dari pagar besar villa Darkrose, beberapa buah kenderaan hitam sudah diparkir teratur secara berderet. Range rover yg di hadapan sekali adalah ketua mereka, Danielle. Seperti kebiasaan, kami memandu bersama sebelum akhirnya berpecah di suatu tempat dan ke tujuan masing-masing dalam usaha mencari si gadis.
Pencarian kami hari ini berlanjutan selama lima jam. Tempoh yg lebih lama dari hari-hari yg sebelumnya. Dapat aku lihat wajah lelah kepunyaan Fifi dan juga Rina. Masing-masing bahkan turun dari kenderaan untuk mencari di segenap ruang yg ada.
ANDA SEDANG MEMBACA
Young Blooded Mafia
Mystery / ThrillerWARNING : This story contains very strong language, drug abuse, and little torturing that might not be suitable for those who are underage. Read at your own risk though, you've been warned. ***** "There's still some time left for you to take a step...
