30 | Stronger

221 31 0
                                    

Rayyan's POV :

Danny menghampiriku saat menuturkan ayat. Darkrose, it's them. Saat ini kami berdua sedang merenung si gadis pink yg sedang lena tidur dengan kepalanya yg sudah terlentok ke tepi. Gaya tidurnya biasa sahaja namun sebahagian daripada rambut panjang mengurainya sudah hampir menutupi keseluruhan wajahnya.

"Patutlah kereta je ada dekat parking. Tuan punya kereta, batang hidung pun tak nampak lagi dekat kelas harini. Rupanya tengah sedap berdengkur dekat sini." Areyz bersuara perlahan. Matanya tidak lepas daripada merenung wajah Nia yg tidak sedikitpun terganggu dengan bicara kami semua.

Setakat ni aku tengok Nia yg paling ekstrim. Sebelah kakinya terletak di atas lengan sofa, tergantung ke bawah. Begitu juga dengan tangan kirinya, tergantung di sisi sofa. Sebahagian wajahnya turut hampir ditutupi dengan rambut lebatnya yg kelihatan liar berselerakan di atas bantal kecil yg digunakan sebagai alas kepalanya.

Tapi aku tak jumpa lagi yg aku punya. Eh aku punya? Sejak bila..

"Mana leader diaorang?" aku terus menyoal kepada sesiapa sahaja yg mengetahui akan keberadaan gadis itu.

"Right there." Adam pantas menjawab dengan tangannya yg sudah naik menunjuk ke arah belakang kami, tempat di mana sofa yg paling jauh terletak.

Aku terus bergerak ke arah sofa yg berwarna coklat tersebut manakala Adam bergerak ke arah Rina. Gaya gadis purple itu tidur memang sebijik macam adik-adik aku. Mengiring dengan kedua-dua tangannya bercantum untuk dijadikan alas kepala. Kedua-dua kakinya pula dilipat naik bertemu dengan perutnya. Sumpah style dia sama macam Alisa bila tidur. Aku menunduk memandang si gadis merah yg sedang tidur. Gaya si gadis ini tidur yg paling relax. Pergelangan kakinya bersilang antara satu sama lain. Tangan kirinya di atas perut manakala tangan kanannya berlabuh di sisi wajahnya. Bibir merahnya yg merekah kelihatan terbuka sedikit. Wajahnya ketika tidur sangat sangat sangat berharga. Calm and innocent. Tanpa sedar, tanganku bergerak masuk ke dalam poket seluar sukan yg dipakai lalu mengeluarkan telefon pintarku sebelum mengambil gambar wajah si gadis merah yg sedang tidur.

Cantiknya ciptaan Tuhan.

Ditambah dengan pakaian sukan yg melekat di tubuh gadis itu, benar-benar membuatkan tubuh cantiknya lebih terbentuk, dan berjaya membuatkan diriku menjadi tidak keruan di situ. Liurku ditelan.

No no no, benda bodoh apa yg aku fikir ni!

Apa yg aku tak tahu, kawan-kawan aku juga turut sedang berfikir perkara yg sama.

**

Danny's POV :

Aku merenung lama wajah gadis di hadapanku, meneliti setiap inci wajahnya dengan penuh minat. Rambut berwarna merah jambunya kelihatan lebih terang dalam keadaan bilik yg suram tersebut. Alis matanya yg panjang menyebabkan bayangnya terhasil di pipi gebunya. Kulitnya yg putih pucat sangat sesuai dengan rambut merah jambunya yg cerah. Tanganku terasa gatal ingin menyentuhnya, terlalu ingin membelai rambut lembut dan pipi gebunya.

This girl has been catching my interest since that day Ary and Adam got into a fight in our class. So beautiful.

Tanganku dipanjangkan ingin menyentuhnya namun niatku serta-merta terbantut saat tubuh gadis itu mula bergerak, mengubah posisi tidurnya yg sedang duduk. Kepalanya yg terlentok sebentar tadi kini menggelongsor jatuh tepat ke atas bantal kecil yg berada di sisinya seiring dengan tubuhnya yg bertemu dengan permukaan lembut sofa. Kakiku dibawa mengundur selangkah ke belakang namun terhenti saat tubuhnya sudah kembali kaku tidak bergerak. Hati lelakiku kembali mengusik, memaksaku agar menyentuh wajahnya yg sedang lena tidur saat ini.

Hampir seinci jarak antara jemariku dan pipinya, mata gadis itu tiba-tiba terbuka luas. Aku terkedu saat bertentangan dengan mata polos tersebut. "Beautiful.." tidak sedar dengan keadaan tersebut, perlahan tanganku kembali bergerak dan akhirnya berjaya berlabuh pada kulitnya yg lembut.

Young Blooded MafiaWhere stories live. Discover now