Rina's POV :
Dalam keadaan tegang saat ini, aku hanya mampu memerhati tindakan Fifi yang mula bergerak ingin menutup pintu kelas.
Namun belum sempat pintunya tertutup rapat, tubuh ramping gadis itu tiba-tiba tertolak ke belakang.
"Kau tengah buat apa ni, hah?"
Suara keras milik seorang lelaki kedengaran menyoal gadis berambut pink itu.
Danny.
Aku melirik sekilas ke arah Ary, sebelum kembali semula pada gerangan yang baru sahaja muncul di muka pintu kelas saat ini.
Sama sepertiku, aku perasan mata Ary turut sedang memerhati setiap pergerakan Danny.
Lelaki itu melangkah masuk diikuti dengan dua lagi rakannya di belakang.
Perhatian kami semua beralih sepenuhnya kepada tiga pelajar lelaki itu.
Wajah serius mereka sepadan dengan riak yang dipamerkan Darkrose saat ini. Suasana tegang di dalam kelas yang terlalu tebal bagiku sangat melemaskan.
Please guys, harini baru second day.
Aku perasan lelaki yang berkacamata merenung tajam wajah Ary.
Matanya meliar ke sekeliling kelas dan saat ianya berlabuh pada wajah rakannya yang berdarah, mata lelaki itu serta-merta membulat.
"Weh, kau kenapa?"
Jelas nada terkejut pada suara lelaki itu seraya menghampiri Adam.
Rayyan dan Danny turut melangkah mendekati.
Pandangan mereka bertembung dengan renungan tajam milik Ary yang paling dekat dengan lelaki berlesung pipit itu. Melihat tangan Ary yang turut berdarah, aku mengagak mereka sudah tahu apa yang sedang berlaku sebenarnya.
"Ni mesti kerja kau, kan?"
Areyz menyoal marah seraya menghampiri Ary.
Gadis berambut merah itu meraup rambut hadapannya.
Tabiat yang sering dilakukan Ary apabila gadis itu berusaha untuk bertenang.
Wajah Areyz dia pandang.
"Bukan salah aku. Kawan kau yang nak test skill tangan dia."
"Apa masalah kau sebenarnya? Kau tu dah lah perempuan, buat pulak perangai buruk macam ni."
Aku terperasankan Nia di tepi yang menggigil, menahan marah.
"Kau, kalau tak tahu apa-apa baik kau diam. Kau tak tahu apa-apa lepastu datang sini berlagak setia kawan konon nak pertahankan member kau. Eh, pergi mampos lah bodoh!"
Kasar bicara gadis itu dengan wajah yang sudah merah padam.
"Kau ni memang tak reti malu, kan? Kau tak kesian ke dekat mak ayah kau hantar kau pergi sekolah suruh belajar? Bukannya suruh kau datang sini belasah orang!
Areyz membalas lancar, jelas kelihatan geram dengan bicara Nia yang begitu lantang membidasnya.
Dan kali ini, Nia terdiam.
Wajah gadis itu berubah sepenuhnya. Pandangannya jatuh ke wajah Ary.
Woah, ini sudah lebih.
Menerima pandangan daripada Nia, aku perasan mata hazel Ary serta-merta membesar tanda memberi perhatian pada postur tubuh dan riak sensitif yang ditunjukkan oleh gadis itu.
Helaan nafas besar darinya kedengaran.
"Mind your fucking language, Syed Areyz."
Baru sahaja lelaki berkacamata itu ingin bersuara membalas, niatnya terhenti separuh jalan.
ANDA SEDANG MEMBACA
Young Blooded Mafia
Mystery / ThrillerWARNING : This story contains very strong language, drug abuse, and little torturing that might not be suitable for those who are underage. Read at your own risk though, you've been warned. ***** "There's still some time left for you to take a step...
