33 | Sweet Times

253 30 2
                                        

Rayyan's POV :

"Abang Ray, mana Kak Ary ni?" Damia pula yg mengambil giliran untuk menyoal. Sejak sampai ke sini tadi, Alisa terus sahaja menjalankan tugasnya dalam menyoalku tanpa henti, sebelum dia berehat sebentar kerana baru sahaja diberi rasuah berbentuk aiskrim olehku. Damia pula imannya kuat, tetap ingin menyambung soal selidik yg tergantung oleh adik kembarnya.

"Be patient, Mia, nanti Kak Ary sampai lah."

Bibirnya sudah memuncung ke depan, tanda protes. "Mmm lama dah Mia tunggu dia, kaki dah sakit ni."

Ceh takdelah lama mana pun. Baru dalam 15 minit kitaorang semua sampai sini. And on top of that, dia bukannya berdiri pun, aku yg dukung dia. Aku suruh duduk sebelah Alisa dia taknak. Mengada! Nasib baik aku sayang.

Aku hanya memerhati sahaja orang ramai yg berjalan masuk ke dalam mall di hadapanku, kebanyakannya adalah keluarga, dan ada juga yg berpasangan. Saat ini kami bertiga sedang menunggu di salah sebuah restoran yg berada di dalam shopping complex ini. Benar-benar bersebelahan dengan gerbang utama City Mall agar mudah untuk melihat andai si gadis merah melangkah masuk. Dan dengan seperti itu sahaja, tepat saat fikiranku melayang kepadanya, seorang gadis berambut merah tiba-tiba melangkah masuk melalui automatic sliding door di hadapanku. Pakaiannya kasual. Cermin matanya terletak elok di atas kepalanya, berdiri di sebalik rambut merahnya yg beralun lembut setiap kali tubuhnya bergerak. Gadis itu kelihatan tercari-cari. Kepalanya meliar ke sekeliling.

Nasib baik aku duduk sini. Memandangkan si gadis tidak mempunyai nombor telefonku begitu juga denganku, pastinya akan menyusahkannya pula untuk mencari kami bertiga di dalam bangunan yg besar ini. Saat Ary kembali melangkah untuk mencari di tempat lain, segera aku memanggil namanya.

"Aryana!"

Dia tersentak, lantas berpaling ke sisinya tepat untuk bertembung mata denganku. Senyumannya terukir serta-merta, sekaligus mengundang debaran di hatiku. That feeling when she look at me and smile.. I'm addicted to that feeling. Senyuman yg serupa aku ukir juga buatnya saat gadis itu sudah melangkah mendekatiku.

"Ry-Ry!" Alisa yg sedang duduk menikmati aiskrim coklatnya terus berdiri lalu membuka langkah ingin berlari ke arah si gadis merah. Laju sahaja tanganku memaut lengan kecilnya sebelum sempat dia menerkam kaki Ary.

"Abang Ray, nak turun." Damia merengek seraya menampar bahuku beberapa kali. Segera aku meletakkannya ke bawah.

"Ray-Ray!" Alisa menampar lenganku yg masih memegangnya. Wajahnya cemberut kerana tidak dapat memeluk Ary. Suka sangat protes dekat aku budak berdua ni.

"Nanti dulu, tangan dengan mulut awak tu comot kan? Nanti kotor baju Ry-Ry macam mana?"

Dia terus terdiam, berfikir keras, lalu akhirnya merenungku lama. Seolah-olah menyoal 'nak buat apa ni' dekat aku.

"Mana tisu yg abang Ray bagi tadi?" aku menyoalnya seraya mencangkung agar ketinggianku sama dengan tubuh kecilnya.

Tidak menjawab, tangannya terus menunjuk ke arah kerusi yg baru sahaja didudukinya sebentar tadi. Beberapa helai tisu bersama plastiknya sudahpun selamat mencium lantai, semuanya digumpal dengan kotoran berwarna coklat melekat padanya. Lah..berapa helai dia guna woi. Habis satu plastik.

Aku kembali memandang si gadis kecil yg bertocang dua di hadapanku. "Aiskrim?"

"Here." tangannya menepuk perutnya beberapa kali dengan senyuman lebar.

"Hey, kotorlah baju tu nanti." aku kembali menarik tangan yg berada di perutnya agar kekal dalam peganganku.

Damia yg sudah sampai terlebih dahulu kepada Ary kini sudah mengheret tangan si gadis merah ke arah kami berdua yg masih di dalam restoran.

Young Blooded MafiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang