Rina's POV :
Aku dan rakan-rakanku sudahpun sangat hampir ke kenderaan masing-masing saat terperasankan kelibat empat makhluk yg sangat tidak asing lagi melangkah ke arah kami semua dengan segala keangkuhan mereka yg ada.
"Hey beautiful,"
Aku, Nia dan juga Fifi hanya memerhati tindakan Jibrail yg mula mendekati Ary. Gadis itu sudahpun berdiri di sisi kenderaannya. Oh, nampaknya aku dan yg lain juga perlu menghadapi situasi yg sama.
"Hi pinky pie, miss me?" Ammar mendekati Fifi di sebelahku, menghalangnya dari terus bergerak ke mana-mana sekaligus menolak aku ke tepi dalam proses tersebut. Hilang keseimbangan diri secara tiba-tiba, jeritan kecilku terlepas seiring dengan mata yg sudah dipejam rapat bersedia untuk bertemu dengan permukaan yg keras di bawah.
"Whoa, careful dude." suara seorang lelaki menyapa pendengaranku buat rakannya serentak dengan tangan sasa seseorang yg terasa melingkar erat di pinggangku. Mendongak, senyuman sinis Faiz yg menyapa. Laju sahaja tanganku yg melekap pada dadanya aku bawa kembali ke sisiku.
"Thanks," aku bersuara kekok.
"Thanks je?" sebelah keningnya diangkat ke atas menyoalku.
Tidak mampu ditahan bebola mataku yg ingin bergerak ke atas.
"Habistu kau nak apa?"
"Well, ada sebab kitaorang datang sini harini." Razin yg berdiri bersama Nia menjawab dengan senyuman lebar, mengundang kerutan di wajahku dan juga tiga rakan baikku.
"Kenapa?" aku terus menyoal ingin melangkah ke arah Ary namun ditahan oleh Faiz yg masih tersenyum sinis.
"Eh jap, yg tangan kau ni gatal sangat nak pegang aku dah kenapa?" Nia merungut marah seraya menolak kasar tubuh Razin agar menjauhinya. Riaknya jelas tidak suka membuatkan Ary bersuara.
"Jibrail," dia memanggil. Riaknya serius saat mendekati Razin dan juga Nia.
Jibrail yg ditinggalkan di belakang pula kini berdiri tegak, bersedia untuk mendengar apa sahaja yg bakal keluar daripada mulut gadis itu saat ini.
"Kenapa kau dengan kawan-kawan kau ada dekat sini? Kalau nak bercakap, pakai mulut, bukannya tangan." berdiri di sebelah Nia, tangannya naik berpeluk tubuh merenung si ketua Romio.
Tersenyum terlebih manis, lelaki itu terus bergerak kembali mendekati Ary. Tangannya diseluk masuk ke dalam suit jaket yg dipakainya sebelum mengeluarkan sekeping kad keras bersaiz sederhana berwarna hitam lalu dihulurkan kepada Ary.
"What's that?" Ary menyoal tanpa sedikitpun bergerak untuk mengambil kad yg dihulurkan tersebut apatah lagi membuang masanya untuk melihat lebih dekat.
"My invitation for Darkrose," senyuman Jibrail melebar. "To my birthday party."
"Huh?"
Lelaki itu mengangguk. "Lagi dua minggu. Semua students tingkatan lima tahun ni and tahun lepas dekat RGH akan dapat kad undangan yg sama minggu depan untuk ke party aku."
"Oh really?" aku terus menyampuk kini turut berpeluk tubuh. "What makes us special?"
"Oh Qairina, you don't know how much special you are." Faiz di sisiku membalas dengan senyuman lebar.
Ok. Something was definitely not right there.
"Maksudnya?" aku menyoal.
Aku perasan Jibrail sudah menggerakkan kad di tangannya beberapa kali supaya Ary mengambilnya namun gadis itu tetap beriak tidak peduli.
"Take it, beauty." dia bersuara lagi. "What makes Darkrose special is that only four of you got the black card instead of white. This one's for you." dia tersenyum lagi meneliti wajah beku Ary.

YOU ARE READING
Young Blooded Mafia
Misteri / ThrillerWARNING : This story contains very strong language, drug abuse, and little torturing that might not be suitable for those who are underage. Read at your own risk though, you've been warned. ***** "There's still some time left for you to take a step...