60 | Resilient

187 32 2
                                        

Sensitive issues ahead. Read at your own risk!

Nia's POV :

Aku terus melangkah turun dari jeep wrangler hitam milik Alex sebaik sahaja lelaki itu memakirkan kenderaannya di hadapan villa Darkrose. Lama juga aku dan Alex di tempat Black Maniac tadi. Aunty Yana, Uncle Arif, Uncle Hanz, Aryan, pengetua- iaitu Uncle Malik begitu juga dengan Blake, semuanya berkumpul bersama kami sebentar tadi. Blake sudah mengerahkan anak-anak buahnya untuk mencari di sekitar kawasan hujung bandar mengikut koordinat yg sudah diberikan oleh Eddy. Si gadis brunette yg aku kenal sebagai Val iaitu orang kanan Blake turut gigih mencari jalan dalam perbincangan kami tentang Ary dan juga Fifi sebentar tadi.

"Kenapa semua orang berkumpul dekat gazebo tu?" suara Alex yg baru sahaja melangkah turun dari kenderaannya memaksaku untuk mendongak ke arah laman hadapan villa tempat ruang bersantai kami terletak.

Wajahku terus berkerut pelik sebelum segera melajukan langkahku ke sana bergandingan dengan Alex di sisiku.

"Rina, kenapa ni?" aku memilih untuk menarik lengan si gadis ungu yg berada di tengah-tengah. Sempat aku perasan sekilas rambut pink yg sedang duduk di atas gazebo memangku seseorang di atas ribaannya.

"Boss dah balik." suara Raiz kedengaran segera membuka laluan buatku dan juga Alex. Semua yg berada di situ terus bergerak ke tepi sedikit turut memberi laluan. Masing-masing kelihatan cemas dan ada juga yg kelihatan risau dengan apa sahaja yg sedang berlaku saat ini.

"Lady boss?" aku segera menghampirinya.

"Kenapa takde sorang pun yg call kitaorang cakap boss dah balik?" suara keras Alex yg kedengaran tidak berpuas hati kini menggantikan tempat Fifi memangku Ary.

"Aku tak tahu nak buat apa, lagipun kitaorang baru je sampai. Ary nampak lemah sangat, kau tengok muka dia." Fifi membalas risau. "Tadi dalam kereta pun dia tiba-tiba cakap dia nampak benda."

Alex terus mendongak dari terus memandang Ary yg sedang tidak sedarkan diri. "Maksud kau?"

Nafas berat si gadis pink dihembus keluar.

"Kitaorang kena tahan dengan Rudy tadi." dia memulakan ayat. "Aku tak sedarkan diri tapi Ary cakap Jessica ada masukkan dadah dalam badan kitaorang. Ni, kau nampak ni?" lengan kirinya diangkat lalu ditunjukkan sekilas kepada kami semua. Pelipatnya kelihatan membengkak dan memerah. "Lengan Ary pun bengkak jugak."

"Dia..inject?" aku menyoal tidak percaya.

"Yes."

"Kau jangan risau, aku dah check tadi." Rina menyampuk menerangkan. "Jarum yg diaorang guna memang clean."

Saat ini aku perasan wajah Alex sudahpun berubah pucat. Wajah Ary yg juga pucat tidak berdarah terus dia paut lembut.

"Boss?"

Mengalihkan fokusku kepada Fifi sebentar, aku menyoal, "Kau okay, Fif?"

Gadis pink itu terus mengangguk.

"Kenapa Ary jadi macam tu?" dia menyoalku. "Kita kena bawak dia pergi hospital kan?"

"Tak. Tak payah." laju Alex membalas. "Aku bawak dia naik atas sekarang."

"Alex.."

Mata kami semua serta-merta kembali kepada Ary yg tiba-tiba bersuara. Suaranya sangat perlahan, hampir berbisik.

"Ya, boss. Boss sakit kan, saya tahu boss sakit. Saya bawak boss-"

"Aku takut.." mata si gadis merah itu terbuka dan tertutup dengan sangat perlahan namun tetap kelihatan berair. Bibirnya terbuka sepanjang masa seolah-olah sedang mencari oksigen buat paru-parunya.

Young Blooded MafiaTempat di mana cerita hidup. Terokai sekarang