3rd's POV :
Beberapa minit berlalu, tembakan dilepaskan lagi dari Jessica. Begitu juga dengan rakan-rakannya yg lain kepada Darkrose.
Bunyi dentuman dari kenderaan yg berlaga sesama sendiri masih tidak berhenti kedengaran sejak tadi. Hanya menunggu masa sahaja untuk salah satu dari mereka untuk terbabas ke tepi. Ary yg ingin mengambil risiko tersebut seperti rakan-rakannya yg lain segera menoleh ke arah Rayyan yg masih memandu. Posisi si gadis masih kekal sama sejak tadi dan sebelah tangan lelaki itu masih di rambutnya.
"Langgar dia,"
Mata Rayyan terus membulat tidak percaya.
"W-what?"
"Now." si gadis merah mengangguk tegas menandakan bahawa dia benar-benar serius.
"Tapi kereta awak..." Rayyan pula masih teragak-agak.
"Langgar je. Kita takkan boleh berhenti kalau diaorang masih ikut kita."
Nafas berat lelaki itu lepaskan dari bibirnya saat melepaskan pegangannya pada rambut si gadis dan melakukan apa yg disuruh.
Stereng dipulas sekilas ke kiri dan kemudian ke kanan penuh tenaga sebelum bertembung dengan sisi Tesla milik Jessica.
"Again,"
Kali kedua Rayyan mengikut juga dan kali ini si gadis merah sertakan tembakan buat si lawan.
Tembakan yg dilepaskan oleh si gadis seiring dengan bunyi dentuman kuat yg terhasil akibat perlanggaran antara sisi Audi merah Ary dan juga kereta si mata-mata terbaik Rudy.
Dumm!
Bang!
Kenderaan Jessica serta-merta hilang kawalan dengan kelajuannya yg menurun serta-merta.
Kereta tersebut yg sudah hilang kawalan penuh dari pemandunya akhirnya melanggar kenderaan rakannya sendiri di belakang yg sedang menyerang Fifi di belakang Ary. Kereta mereka terbalik dan terpelanting lebih jauh ke belakang faktor kelajuan tinggi yg dibawa masing-masing sebelum letupan yg besar terhasil dari Tesla milik Jessica.
Tersenyum lebar, Ary kembali ke tempat duduknya. Walkie talkie mini yg tergantung di sisi stereng kenderaan dia capai.
"Two out."
"Two more to go." suara Fifi kedengaran membalas.
Kelibat BMW merah jambu milik si gadis pink kelihatan sudahpun dipandu seiring dengan kenderaan sang ketua.
Seolah-olah mengetahui rancangan Darkrose yg ingin menyerang mereka berdua secara serentak, dua buah lagi kenderaan Evil Rings yg menyerang Nia dan Rina tiba-tiba menekan brek kenderaan masing-masing sekaligus membuatkan kenderaan Darkrose bergerak laju melepasi mereka kecuali Fifi yg masih berada di sisi Ary.
Pada waktu yg singkat tersebut, jantung si gadis merah sempat terhenti buat sesaat dengan kemungkinan bahawa Fifi bakal merempuh kenderaan mereka.
"So damn close," nafas lega Ary lepaskan kuat dari bibirnya saat Fifi sempat mengelak tepat pada waktunya.
Akhirnya mereka semua kembali meneruskan pemanduan seperti biasa ke apartment lama milik Darkrose.
**
Fifi's POV :
Hampir satu jam di atas jalan hanya diisi dengan kesunyian, akhirnya aku dapat memarkirkan kenderaanku di sisi jalan, tepat di belakang Audi merah kepunyaan Ary.
Hari ini adalah hari yg melelahkan, sumpah.
"Dekat sini ke?" suara Rayyan kedengaran menyoal sebaik sahaja kami semua melangkah keluar dari kenderaan masing-masing.

YOU ARE READING
Young Blooded Mafia
Misteri / ThrillerWARNING : This story contains very strong language, drug abuse, and little torturing that might not be suitable for those who are underage. Read at your own risk though, you've been warned. ***** "There's still some time left for you to take a step...