Nia's POV :
"APA?!"
Suara rakan-rakanku bergabung memenuhi ruang mesyuarat kami di rumah penginapan dua tingkat tersebut. Wajah masing-masing terpamer terkejut dan tidak percaya sebaik sahaja Ary menceritakan hal yg sebenarnya mengenai diri Ben.
Tidak kurang juga denganku, otakku mula memproses semua perkara yg baru sahaja disampaikan oleh si gadis sebentar tadi.
She's lying..right?
Tak mungkin Ben pengkhianat. Tak mungkin Ben..tipu aku..
Semua mata kini terarah padaku. Beberapa dari mereka memberikan riak simpati.
"K-kau ti-pu kan..?"
Mataku merenung tepat ke dalam mata si gadis merah. Bibirku bergetar saat menuturkan ayat.
This can't be true. Tubir mataku sudah mula bergenang dengan cecair jernih namun dikeraskan juga hatiku agar ianya tidak mengalir jatuh.
Namun saat mataku menangkap gelengan perlahan dari Ary, terasa seperti satu objek tajam menikam tepat ke dalam jantungku. Mataku terus dipejamkan rapat.
Segala perasaan kini bercampur menjadi satu.
Peritnya hanya Tuhan sahaja yg tahu. Betapa sakitnya apabila kepercayaan itu dikhianati. Pedihnya apabila diberi janji namun akhirnya dimungkiri. Perasaan sebak mula mengambil alih tubuh dan emosiku.
Tidak menunggu lama, langkahku terus diatur keluar daripada bilik tersebut. Laju aku melangkah ke arah pintu utama rumah penginapan kami untuk menenangkan perasaanku yg bercelaru. Gazebo sederhana besar yg berada di laman rumah tersebut menjadi tujuanku. Tepat saat kakiku memijak permukaan rumput segar yg tumbuh di kawasan sekeliling gazebo tersebut, airmataku terus mengalir turun dengan laju tanpa mampu ditahan. Mencurah-curah ianya jatuh seakan-akan tidak mahu berhenti.
"Ke-napa kau.." aku teresak-esak sendiri. "..buat ma-cam ni?"
Tangisku menjadi-jadi.
Tangan kananku dibawa naik mencengkam dada, tepat di mana jantungku berada. Ianya berdetak laju, penuh dengan pelbagai rasa. Hatiku yg sedia retak semakin retak. Tangan yg dibawa ke dada itu aku kepal sekuat hati hingga tubuhku menggeletar kuat menahan perasaan.
Dan?
Menangis.
Ya, lagi dan lagi tanpa henti sebelum akhirnya aku terduduk lemah di gazebo tersebut. Nafasku ditarik perlahan lalu dihembus keluar melalui mulutku. Berusaha untuk menenangkan diri sendiri namun malangnya tidak berjaya. Kepalaku pantas didongakkan memandang bulan dan bintang yg setia menemani di atas sana. Mataku kembali berkaca-kaca lalu mutiara jernih itu mengalir lagi.
Ya, kuat pada luaran tak semestinya kuat pada dalaman.
Tidak hairan kenapa lelaki itu sering menghilangkan diri dari villa. Dia jarang menyertai misi kerana terlalu banyak alasan yg diberikan, bahkan Ary dan Alex sudah beberapa kali menyuarakan rasa pelik dan ketidakpuasan hati masing-masing. Dan aku? Aku lah yg selalunya menjadi penyelamatnya. Menerangkan keadaan sebenar dia, bahkan memujuk baran Ary demi dia. Ketidakhadiran dia yg terlalu kerap kadang kala membuatkan Darkrose lupa siapa sebenarnya Ben. Aku mengeluh perlahan.
Itu tujuan sebenarnya. Dia berkhidmat buat Blood Dragon, demi Tao. Kesetiaannya pastilah bukan buat Darkrose selama ini. Kesetiaannya bukan..buatku..
Buat kesekian kalinya, airmataku tumpah lagi. Dan selepas hampir setengah jam, aku masih begitu. Mencurahkan rasa sakit yg terbuku di hati.
"Aku yg tembak dia."
Kata-kata Ary tiba-tiba bergema di kepalaku.
Gadis itu yg menembak Ben. Satu tembakan namun hampir mematikan. Lelaki itu masih tidak sedarkan diri. Kata Rina, peluru si gadis merah hampir menyentuh permukaan jantungnya.
YOU ARE READING
Young Blooded Mafia
Mystery / ThrillerWARNING : This story contains very strong language, drug abuse, and little torturing that might not be suitable for those who are underage. Read at your own risk though, you've been warned. ***** "There's still some time left for you to take a step...