Ary's POV :
Aku tersedar dari lenaku dengan pergerakan sesuatu yg buas di sebelah. Perlahan mataku dibuka dalam kegelapan bilik sebaik sahaja pergerakan tersebut bertambah ganas. Belum sempat melihat makhluk apa yg sebenarnya berada di sisi kananku, bunyi sesuatu yg berat jatuh ke lantai serta-merta menyentakkanku yg masih mamai.
Bukk!
"Aduh!" kuat, namun nadanya berbisik.
"Weh Fif, kau ok?" aku mengenal pasti suara serak basah tersebut adalah milik Rina yg masih mamai, kedengaran dari sisi kiriku.
Jap, macam mana dia boleh ada dekat sini?
Mengerdipkan mataku beberapa kali dalam kegelapan, akhirnya aku teringat semula bahawa kami berempat terpaksa pulang dan tidur lewat malam semalam kerana keluar melawat beberapa markas. Selesai dengan urusan kami, jam sudahpun menunjukkan angka 4 pagi. Pulang ke villa sememangnya dalam keadaan penat namun sebaik sahaja aku keluar daripada bilik pakaianku dan bersedia untuk berehat, ketiga-tiganya sudahpun berada di atas katilku membodek ingin tidur bersama. Nasib baik katil dalam villa ni memang semuanya double size jadi muatlah kami empat manusia di atasnya.
Teringat kembali kejadian yg berlaku di RGH semalam. Kami berempat terus ke cafe kopi tempat yg sering dituju Darkrose jika ingin melepak. Terlalu banyak soalan yg ditanyakan oleh ketiga-tiga rakan baikku sama seperti ahli-ahli Darkrose yg lain saat aku tiba-tiba muncul di villa selepas ketiga-tiganya bergerak ke sekolah pagi semalam. Aku ke RGH juga sebenarnya kerana ingin berjumpa dengan Uncle Malik, tapi lain pula jadinya apabila aku sengaja mengikut tiga lagi rakan baikku ke Cafe. One thing led to another.
"Fif?" suara Rina kembali menyedarkanku. Kepalanya yg masih di bantal kini terangkat sedikit ingin menjenguk ke bawah melihat rakan baiknya namun disebabkan tubuhku di hadapannya dan dalam kegelapan bilik, penglihatannya jelas terhalang.
"Fifi?" senyap.
"Weh Ary, pergi angkat kawan kau tu naik atas balik." dia bersuara lagi namun sebelah tangannya masih di pinggangku seperti saat mula-mula aku tersedar. Lampu tidur yg berada di atas nightstand milikku aku buka.
Di situ, si gadis pink, dengan wajahnya yg sedang mencium lantai. Inilah sebabnya setiap pagi bila dia bangun kepala dia ada benjol. Tidur buas gila. Agaknya balak yg aku rasa atas perut aku tadi tu kaki dia lah.
"Fif?" aku memanggil perlahan sebelum mengerling jam di sisi lampu tidurku.
7.33 a.m.
"Rin bangun lah, dah lewat ni." aku menolak tangan si gadis ungu yg melingkar di pinggangku sebelum turun dari katil, tetap berhati-hati agar tidak terpijak si gadis pink di bawah.
"Fif? Fifi. Fifi!" bahunya aku goncang lebih kuat saat gadis itu tetap tidak merespon. Segera aku bergerak ke arah suis lampu utama bilik yg terletak berhampiran dengan pintu. Barulah jelas penglihatanku sebaik sahaja suisnya ditekan. Rina kini sudah memeluk tubuh Nia yg tidur mati. Gadis berambut lebat itu langsung tidak tersedar apatah lagi bergerak. Fifi pula kini sudah mula bergerak masuk perlahan-lahan ke bawah katilku dalam keadaannya yg masih meniarap, berusaha untuk berlindung dari cahaya lampu pendarfluor di atas yg sedang menyuluh terang.
Menggeleng perlahan, langkahku terus diatur ke arah bilik pakaianku, mengambil tuala dan ke bilik mandi untuk bersiap ke sekolah.
° ° °
8.00 a.m.
"Um, saya nak satu Caramel Macchiato, satu Cappuccino, and dua Latte Vanilla."
Pekerja wanita di kedai kopi itu hanya mengangguk dengan senyuman seraya menekan mesin pesanan di hadapannya beberapa kali. Selesai membayar, aku menunggu selama sepuluh minit di kerusi berhampiran sebelum namaku akhirnya dipanggil. Empat minuman panas yg tersusun di dalam cupboard bersegi empat sama aku ambil sebelum mengucapkan terima kasih dan berlalu ke luar. Bergerak ke arah baby Porsche milik Nia terlebih dahulu, cawan Cappucino aku serahkan kepadanya yg sudahpun menurunkan cermin kenderaannya.
![](https://img.wattpad.com/cover/256893799-288-k650658.jpg)
YOU ARE READING
Young Blooded Mafia
Mystery / ThrillerWARNING : This story contains very strong language, drug abuse, and little torturing that might not be suitable for those who are underage. Read at your own risk though, you've been warned. ***** "There's still some time left for you to take a step...