"Sial! Macam mana kau boleh salah info?!"
Sang ketua Evil Rings sudah mengamuk di salah satu bilik yg berada di tingkat kedua rumah agam tersebut. Bilik tetamu tersebut yg tadinya kemas dan cantik tersusun rapi kini segala perabotnya sudah tidak berupa dengan segala-segalanya yg berterabur di sana sini.
"Mana lah aku tahu macam mana dia boleh tiba-tiba muncul pulak! Kau tak payah lah nak mengamuk dekat aku!" Jessica menempik turut marah, tidak berpuas hati apabila dia yg dipersalahkan.
"Kau ni memang nak kena hentak kan!"
Gadis itu terus terdiam melihat amarah yg meletus kali ini. Hampir-hampir sahaja lelaki itu membuka langkah ingin memukulnya sebentar tadi jika tidak segera dihalang oleh Ayie. Namun wajah yg bertampal mekap tebal miliknya tetap juga cemberut saat tangannya naik berpeluk tubuh.
"Habis macam mana sekarang boss? Takkan kita nak serang macam tu je? Kita sepatutnya berbaik dengan diaorang dulu kan?" Remy menyampuk dengan soalannya dalam suasana tegang tersebut. "Waktu saya cuba explore lagi pasal dia, dia memang banyak musuh. Tapi dalam masa yg sama jugak, dia banyak sekutu. Balance, she know how to put things in their places."
"Yup boss. Lagipun pompuan tu memang jenis yg pentingkan budak-budak dia. Semua yg ada dengan dia tadi, diaorang yg paling dia jaga." Aris menambah.
"Memang sial lah macam ni! Rosak plan aku!" meja kayu yg sudah terbalik di hadapannya ditendang marah.
"Kalau perempuan tu ada sekalipun, boss takut ke nak attack diaorang?" Remy menyoal penuh ingin tahu, menambah minyak pada api yg sedang membara tanpa sedar.
"Kau jangan nak naikkan darah aku! Setakat perempuan bodoh macam dia tu, sekelip mata je aku boleh sapu." giginya terketap di hujung ayat. Urat-urat di dahi dan juga lehernya mula timbul, menakutkan anak-anak buahnya yg melihat.
"Maaf boss," Remy menunduk sedikit dari memandang terus ke renungan maut yg diberikan oleh ketuanya.
"Boss tak perlu risau," Aris bersuara dengan senyuman sinisnya yg mula terukir perlahan-lahan, serta-merta menarik perhatian yg lain. "Sesiapa je yg ada dekat sini malam ni dah boleh nampak yg Ghost dengan Black Swan memang dah tak sabar nak hentam kumpulan tu."
"Oh right, aku setuju!" Remy menyampuk tiba-tiba dengan senyuman lebar. "Kita memang tak boleh nak sangkal kekuatan dua kumpulan tu. Sedar tak sedar, diaorang dah pun membantu kita."
Rudy mula terangguk-angguk sendiri tanda bersetuju dengan kata-kata anak buahnya. Senyuman sinis kembali menapak di wajahnya.
"Black Swan, Ghost.. dengan Darkrose? Siapa lagi satu?" Ayie yg hanya diam sepanjang proses yg agak tidak menyenangkan itu sebentar tadi tiba-tiba bersuara menyoal kepada sesiapa sahaja yg mengetahui jawapannya.
"Red Snake." sang ketua yg membalas sendiri. "Tak silap aku leader gang tu nama Danielle. Tapi aku tak nampak lagi kelibat dia dekat sini." wajahnya berkerut sedikit memandang anak buahnya. "Remy, kumpulan tu tak datang ke?"
"King jemput semua boss. Dia pun memang dah hantar reply yg dia akan datang." lelaki bersubang itu membalas dengan anggukan kecil.
"Kalau kumpulan tu pun menentang Darkrose, this game will be more interesting." tepat saat Rudy selesai menuturkan bicaranya, bunyi pintu bilik yg berhawa dingin itu yg kedengaran dibuka oleh seseorang serta-merta berjaya menarik perhatian mereka semua. Serentak mereka berpaling ke arah yg sama.
"King, aku-"
"Kau tak sepatutnya buat kecoh macam tadi Rudy. Rosak parti aku nanti." lelaki yg sudah berumur itu melangkah masuk dengan riak tidak senang.
ANDA SEDANG MEMBACA
Young Blooded Mafia
Mystery / ThrillerWARNING : This story contains very strong language, drug abuse, and little torturing that might not be suitable for those who are underage. Read at your own risk though, you've been warned. ***** "There's still some time left for you to take a step...
